Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Tuesday 19 March 2013

Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum.....

Selamat bekerja kembali buat semua....apa program uolls hujung minggu lepas? Macam CikTeh hujung minggu sangat lah best sebab may ma datang KL. Actually my ma datang ngan my niece and bermalam kat rumah abang yon kat seremban. Sabtu pas keje CikTeh terus ke Seremban sebab tak sabar nak jumpa depa. Plan nak gerak ke Seremban dalam pukul 1 after work tapi memandangkan kerja tak siap lagi and kena siapkan hari tu juga so terpkasa la siapkan juga. Dalam pukul 3 baru gerak dari office. sampai Seremban dalam pukul 5.30 and tunggu hampir setengah jam baru la my bro muncul. Then cari kedai telefon sebab tel ma tak de bateri and charger dia lak rosak. Masa depa pi beli CikTeh ngan kakak duk dalam keta je. So, depa tak leh la nak shopping sangat kan....he3. Pas beli charger then my SIL singgah beli air kat Cool Blog. Kakak laupun demam (batuk) ais tetap minum gak. 2 bekas cool blog habis kat dia je. Nasib dia jenis yang senang nak makan ubat. Sampai rumah terus mandi segala then mengadap makanan yang banyak atas meja makan. Actually hari tu my SIL ada buat makan-makan sikit. Asalnya memang CikTeh tak tahu tujuan makan-makan tu sebab CikTeh tanya my ma dia just bagitahu makan-makan biasa je sempena pindah rumah. Tapi balik dari Seremban tu baru la tahu yang sempena birthday my SIL and anugerah cemerlang yang my bro dapat. Alhamdulillah my bro dah 2 kali dapat anugerah cemerlang. My ma and my sis pun pernah dapat. Tak lupa my cikgu pun dapat gak...ermmmm....CikTeh lak bila?entah la...hu3.....memang bangga la ngan depa semua ni. Entah bila la depa nak bangga ngan CikTek lak ye....lupakan dulu hal cemerlang ni kita sambung balik cerita tadi.

So sambung bab makan tadi. My SIL buat nasi dagang dan laksam. My SIL memang lau bab masak serah pada dia. Lau time raya, my ma akan serah kan kat my SIL je buat juadah pagi raya if depa balik raya kat rumah kami. Rajin tak yah cakap la lau bab masak ni. Sedap lak tu. My ma and my SIL saling bertukar resepi tau. My ma belajar ngan my SIL buat bakso then my SIL belajar ngan my ma buat nasi dagang. lau pergi rumah dia cakap je nak makan apa dia akan masak. Bab tu my bro makin gemok....hi3. Tak cukup ngan apa yang dah my SIL masak, ma CikTeh masak pula nasi putih sebab ma CikTeh memang tak leh lau sehari tak makan nasi putih. Kebetulan ma ada bawa tulang ayam dari kampung so ma goreng pula tulang ayam tu makan nasi ngan ulam cicah budu. CikTeh asalnya dah nak berhenti makan sambung lagi habiskan nasi kakak. Memang banyak giler makan. Itupun my SIL suruh goreng nudget lak pastu tapi CikTeh cakap tak boleh masuk dah. Giler-giler penuh dah perut. Pas makan basuh baju then golek-golek ngan my niece. Nak tengok tv pun my bro asyik buka channel sport je. Nak guna laptop pun dia pakai. Lau pi rumah dia memang susah la nak tengok channel lain melainkan dia kua on call or pi kedai. Lau tak memang channel sport la di bukanya. 

Esok paginya siap-siap segala dengan packing barang, gerak ke Sri Muda. Kedatangan ma CikTeh sebenarnya nak tengok adik CikTeh yang baru pindah. Jejak je kaki kami kat tempat adik CikTeh tinggal, hati CikTeh dah sayu, sebak dan sedih. Sungguh kesian tengok keadaan bilik yang dia sewa tu. Tak berbaloi la dengan harga yang mahal. Sewa bilik tu sebulan RM230 termasuk air ngan letrik tapi biliknya ya ampun......macam tempat pelarian. Tahan je CikTeh tengok keadaan daif bilik tu. Nak menangis tapi tahan tapi mata memang dah berair la. Ma CikTeh pun sama. So kami dah decided yang adik CikTeh tak leh duk situ. Kena pindah. Dah la motor parking tak selamat. Itu pun rantai motor baru je beli sehari dua dah kena kebas. So ma CikTeh suruh adik pindah duk ngan sepupu kat PJ. Jauh sikit tak pe janji selesa duduk. So bulan depan adik CikTeh akan pindah lagi sekali. Harap-harap ok lah duk ngan sepupu kami tu. 

Pas habis melawat kediaman mewah adik, kami gerak ke rumah makcik kat Klang. Singgah sebentar saja sebab abang yon nak kena gerak balik Seremban balik sebab tiket bas ma pukul 8.45 malam takut tak sempat. So pas hantar adik balik, then hantar CikTeh kat Sentul terus my bro pecut ke Seremban. My bro takut jam je. Ma ada bawa tempoyak, keropok, budu dan bahulu untuk kami. So sesi diet CikTeh terpaksa di tunda kerana penangan tempoyak dan budu....hehehehe....

Dalam pukul 8 lebih mesej ma CikTeh. Alhamdulillah depa dah selamat sampai esoknya. Sepanjang CikTeh duk rumah abang yon kat Seremban, macam-macam kakak duk bercerita. Pasal sekolah dia la, pasal tokm a dia la dan banyak la. CikTeh senyum je and memang terhibur dengan telatah dia. Lau ada Amani dan Irfan lagi best. Banyak kali dia mintak CikTeh beli itu ini dan yang selalu dia mintak CikTeh belikan basikal. Insyallah kakak nanti CikTeh belikan. Dan paling tak leh tahan dia lau boleh nak bawa balik semua barang yang ada kat rumah ayah long dia tu. Katanya takpe kakak balik naik bas. Bas kan besar so boleh la muat barang-barang ni.....kelakar pula. Barang yang dia nak sangat bawa balik adalah kerusi rehat ala-ala pelampung tu. Siap tanya lagi kat ayah long dia beli kat mana sebab nanti kakak nak ajak tokma pergi beli. Satu lagi yang kelakar juga ma CikTeh cerita.....suatu hari tu ada la budak kat kampung datang rumah. Budak tu actually krang waras so dengan siapa je dia jumpa akan mintak duit. Selagi tak bagi duit selagi tu la dia akan tunggu. So nak jadikan cerita, dia datang la rumah then kebetulan kakak ada kat luar tengah main. So kakak masuk dalam rumah bagitahu tokma dia yang kawan abahnya datang. Ma CikTeh keluar la tengok sapa yang datang. Sekali keluar tengok budak tu je yang ada. then ma Cikteh tanya la mana kawan abahnya? Kakak dengan selamber je cakap tu la (tunjuk kat budak tu). Ma CikTeh apa lagi gelak la. Ma CikTeh tanya la betulke tu kawan abah? Kakak cakap memang kawan abah sebab abahnya selalu bagi duit kat budak tu tapi sikit je. Kakak de bagitahu kat tokma nye yang lau dia ada duit banyak dia nak bagi kat kawan abahnya tu tapi siap pesan kat tokma dia jangan bagitahu kat abah nanti abah mintak....hi3.  Percakapan dia pun memang dah macam orang dewasa. Dah tahu dah pasal kawen-kawen ni...adoiyaiii...kakak....Masa on the way balik dari rumah makcik pun, cik long dia ada bagi duit. Then CikTeh suruh dia simpan dalam beg tokma dia. Masa dia nak simpan siap pesan kat tokma dia "Tokma ni duit kakak k.Jangan amik buat beli ikan tau".....kami dengar gelak je....adoiyaii....memang betul2 terhibur ngan anak-anak buah CikTeh ni.



Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: En.Tunang manyak busy lor.....


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews