Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Friday 13 April 2012

Ketupat Palas

 

Hai semua...dah tido ke?Mesti dah ade yang tido ye lah dah pukul 1 lebih dah ni. CikTeh macam biasa lah lau dah mengadap laptop ni memang lambat lah tido nye apatah lagi sambil duk chat ngan kawan-kawan. Lagipun esok cuti kan bagi mereka yang kerja kat belah pantai timur lah. So CikTeh sebenarnya baru je lepas tolong ma CikTeh bungkus ketupat palas. Jangan ingat time raya je dapat makan ketupat palas nih time tak raya pun boleh makan tau janji rajin buat. Ma CikTeh memang rajin maklumlah itu memang kerja dia. Ingat kan ma CikTeh nak buat esok tapi tiba-tiba tengah dok syok layan fb terbau sedap pulut kukus. So CikTeh dah dapat agak malam ni kena bungkus ketupat. Awalnya buat tak tau lagi walaupun dah semerbak bau aroma pulut kukus sekali kena cubik dengan anak buah sebab dia panggil CikTeh tak dengar. Mana nak dengar telinga sumbat earphone dengar lagu. Membebel dia sekejap sebab panggil CikTeh tak dengar. Pas kena cubit dan bebel dek kakak terus sleep kan laptop p tolong my mum bungkus ketupat. Lau bab bungkus ketupat ni memang CikTeh sorang je lah yang tolong my mum sebab my sis dua orang tuh tak pandai and tak nak belajar. Alasannya tempah je lagi senang. CikTeh dulu pun memang tak reti nak bungkus ketupat nih and tiap-tiap tahun try buat boleh dikatakan sebiji setahun je jadi tapi selepas my mum try buat sendiri sejak 2 tahnu lepas CikTeh dah pandai bungkus ketupat walaupun tak seteror my mum. Sebelum nih pun my mum just suruh my mak yang buat or tempah je tapi sejak dia dah pandai buat sendiri ni CikTeh lah yang tolong dia. Insyallah CikTeh nak belajar ngan my mum lak macam mana nak kukus pulut untuk buat ketupat mana tau nanti ade someone nak makan so CikTeh boleh buat sendiri. Mudah-mudahan lah kan ^_^. 

So tadi dapat lah dalam 50++ biji ketupat palas yang kami buat. Tak rebus pun lagi sebab dah lewat. My mum nak rebus esok sambil buat rendang sekali. Wah siap ngan rendang lagi tu. Bahan ada memang jadi je lah my mum nih. Lagipun ayam murah kot sekilo dalam RM5.50. So semalam masa p super market my mum beli 3 ekor ayam, 2 ekor untuk buat makan kat office dia dan sekor lagi untuk rendang esok. Tadi my sis balik kerja bagitahu yang kat tempat dia keje ade buat shopping hour and harga ayam amatlah murah tapi dia boleh pula tak beli. My mum bukan main lagi excited ingat dia beli ye lah boleh buat stok dalam peti ais tuh last-last sembang je ^_^.

Dan esok juga CikTeh nak try buat puding kastad or puding labu. Semalam ayah long ada bagi labu so ingat nak buat ngan my mum. Mintak-mintak jadi. 2 hari lepas dah serve kat internet resepi nak buat puding nih tapi memandangkan my mum ada esok tak yah lah tengok resepi refer kat my mum sudah sebab tadi pun dia dah bagitahu sikit bahan dan cara-cara nak buat cuma CikTeh je tak focus apa yang my mum cakap sebab sibuk duk bungkus ketupat.

Ok lah semua CikTeh stop sini dulu nanti kita celoteh kat entry lain k. So selamat malam semua dan semoga esok kita diberi peluang untuk melihat alam yang indah ini lagi dan maaf kan CikTeh atas segala salah silap CikTeh selama ini ^_^...amin

Sekian



-CikTeh-

Kaki Nota:Asyik tak de line je kat Bintulu...ish3


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews