Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Wednesday 11 April 2012

Cuti Pertabalan Agong

Assalamualaikum....

Kemana kalian sempena cuti pertabalan agong? Ok CikTeh sekeluarga just pergi picnic kat air terjun Lata Belatan dekat je dengan rumah kami. Tak ramai pun yang join picnic kami sebab masing-masing ade plan sendiri. Kami pergi 2 buah kete je. Plan nih my Kak Ngah yang buat itu pun last minute so that my mum tak sempat nak prepare ape. Kami just bawa ikan talapia 9 ekor yang ayah mie bagi semalam yang dia amik kat kolam then nasi putih beserta air. Lau cakap awal-awal nak p picnic of course lah my mum akan masak sedikit sebanyak macam nasi goreng or bihun goreng. Nasib lah tak ramai yang join so tak de lah yang tak cukup makan.

Kami bertolak dalam pukul 11 and balik dalam pukul 1 lebih. Ramai gak lah yang datang picnic tadi maklumlah cuti umum kan tapi tak de lah seramai yang dulu. Lau dulu memang ramai yang datang Lata Belatan sampai tak de tempat nak duduk tapi sekarang dah tak macam dulu sebab air kat sana pun dah semakin sikit sampaikan dah boleh duduk kat gigi air. Lau dulu memang kat atas je leh parking untuk picnic tapi la ni sampai ke bawah leh parking untuk picnic. And dulu-dulu kami selalu parking kat bahagian atas air terjun sebab mandi kat atas best tapi la ni masing-masing dah tak larat nak naik sampai sana maklumlah semua dah berumur dan beranak kecik. So parking je kat bawah. Lau nak sangat mandi atas naik sendiri macam Mak CikTeh tadi. Tengah-tengah duk sibuk bakar ikan dengan daging tiba-tiba kami perasaan dia tak de. melilau kami cari rupanya dia pergi naik atas mandi. My mak (nenek sebenarnya kami panggil mak) umur dah nak masuk 70 lau tak silap tapi dia sihat walafiat. Dengan umur yang macam tu dia larat lagi naik atas sana. Dia memang tak suka duduk diam. Dia kurus je tapi kuat.

Selepas semua dah siap, makan dah mandi dah kami berkemas dan balik. Sampai rumah lepak luar makan goreng pisang sebelum semua pengsan kepenatan. My sis ida siap untuk pergi kerja. Orang lain cuti dia sorang je kerja. Nak buat macam mana demi mencari sesuap nasi :-)

Ok kat bawah ni ade lah beberapa keping gambar yang CikTeh amik. macam biasa as photographer yang tak pro nih, tak de lah gambar saya just gambar my family only ^_^ so enjoy the pica
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sorry la tak dapat nak upload sebab line tak berapa nak laju. Siput khinzir jalan laju lagi kot...huhuhuhu....so nanti insyallah lau CikTeh tak lupa CikTeh upload ye.....sorry again....bagi mereka yang dah add CikTeh kat fb leh tengok kat Fb ye.
 
Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: Amaran Tsunami sudah ditarik balik. Malaysia terkecuali.Alhamdulillah semoga semuanya kembali aman.....amin

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews