Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Thursday, 11 July 2013

:: 2 RAMADHAN ::

Assalamualaikum....

Selamat sore semua. Apa juadah buka korang hari ni? Actually CikTeh pun tak tau apa menu untuk buka hari ni. Lau semalam dapat lah merasa nasi dagang air tangan kak Am dan juga nasi berlauk sardin + sayur goreng kak Anis, hari ni tak tau lagi. Actually semalam rezeki murah kak Am belanja nasi dagang. Sedap sangat tapi tak leh lawan nasi dagang belah pantai timur. Ingat alik nanti nak singgah bazar depan apartment tu tengok apa yang best itupun lau de orang menjual. Semalam balik keje macam tak de sangat orang menjual juadah macam tahun lepas penuh tepi jalan depa duk meniaga. Lau tak de yang berkenan, may be buat spagetti je lah. Dari hari tu lagi sebenarnya nak buat spagetti tapi malas...hehehehehehe

Hari ni rasa macam perut tak berapa nak sedap. Masuk meeting tadi pun tahan je. May be masuk angin. Insyallah selagi boleh tahan CikTeh tahan. Office hour bulan puasa tak macam tahun lepas. Lau tahun lepas masuk 8 balik pukul 5 tapi tahun ni tak de perubahan waktu kerja alasan pihak management tak de siapa pun tanya masa meeting sebelum puasa hari tu. Boleh pulak macam tu ye. Tak kisah lah janji sempat berbuka. 

Tadi sempat call my mum tanya khabar sebab my sis bagitahu dia kurang sihat. Sakit telinga katanya. Sian my mum. Harap-harap my mum cepat baik. Masa call tadi pun dia tengah rehat kat surau. Rindu nye nak berbuka ngan family. 

Sempena bulan puasa ni kami kat production department dah plan untuk bertema selama sebulan. So semalam tema pink dan hari ni tema kuning. Bukan setakat pemakaian je bertema, kami akan amik gambar dan buat something. So kat bawah ni ada lah 2 keping editing gambar untuk 2 hari berpuasa. Coming soon akan diupdate kemudian lah.....
1st day fasting
2nd day fasting

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Tak sabau nak buka puasa esok reramai.....rindu lagi kat my cikgu (makin gedik)

Wednesday, 10 July 2013

:: RAMADHAN KAREEM ::

Assalamualaikum.....

Hai semua......sihat ke? Lau sihat alhamdulillah. Amacam puasa pertama hari ni? Dah de yang berbuka ke? Baru separuh hari tak kan dah tak larat kot.....ke tak bangun sahur? Walau apa pun semoga kalian tabah dan sabar mengharungi ujian di bulan Ramadhan ni. Ala tak lama pun sebulan je bukan setahun pun. Sabar banyak-banyak ye. 

Ok sempena bulan baik lagi mulia ni, CikTeh ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA bagi sleuruh umat Islam dan semoga puasa tahun ini dapat lah kita tingkatkan lagi amal ibadat kita sekaligus lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. 


Kami yang gojes....kuang3



Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Apa lah my bro 2 orang tu berbuka ye.......risau pulak.....rindu kat my cikgu lah (gedik x habis2)

Friday, 5 July 2013

Jabi ----> Dungun ----> Kemaman ----> Rompin ----> Seremban ----> Sungai Buloh ----> KL ----> Kepong ----> Jabi

Assalamualaikum...

Wow tajuk entry nye panjang sepanjang trip kami je kan....hihihi....actually ni nak cite pasal hujung minggu yang lepas. Alhamdulillah hujung minggu CikTeh kali ini awesome gak lah sebab my family naik KL (entry lepas pun da sebut depa naik KL kan). So family CikTeh mulakan kembara depa bertolak dari kampung tercinta kampung Jabi paginya menuju ke Dungun untuk menghadiri kenduri kawen rumah saudara. Lepas perut pun dah kenyang segala, depa menuju ke kampung Lubuk Lesung, Kemaman pula bertemu bakal besan my ma a.k.a my future MIL. Alhamdulillah senang je nak cari rumah mak esah (my future MIL). Tak lama pun kat kemaman sebab kembara depa jauh lagi. Beruntung depa dah dapat jumpa my future MIL. Tak macam CikTeh ni sampai la ni belum kenal lagi mak esah tu. Just tengok gambar and dengar suara je. Bertabah lah CikTeh. Raya nanti leh jumpa kan. Bertabahlah lagi ye CikTeh. Selesai kat Kemaman, depa teruskan lagi kembara depa ke Rompin, rumah besan my ma. Actually depa de misi penting kat sana. Depa bermalam kat sana semalam before bertolak ke Seremban. 

CikTeh suka lau ke Rompin sebab kat sana boleh pancing udang kat sungai Pahang belakang rumah Mak Besah je(tadi mak esah ni mak besah lak ye....). Mak Besah buat bisnes sewa bot untuk kaki pancing. Dan yang paling suka sangat pi Rompin ni adalah menu yang family mak Besah sediakan. Menu wajib semestinya udang galah. Tiap kali nak makan udang galah mesti ada. And baru-baru ni my ma cakap depa di jamu ngan seafood je. Ketam yang besar, udang galah yang besar lagi segar dan lain-lain lagi. Semua lauk pauk tak de langsung sayur. Semua tu buat CikTeh meleleh air liur....hihihihi. Walaupun CikTeh alergik ngan seafood, makan tetap makan sebab my febret ketam. Alergik belakang kira. Pagi sebelum depa bertolak ke Seremban, Mak Besah bawa my ma, my aunt melawat kebun depa. Apa lagi bila dah melawat kebun tu macam-macam la hasil yang depa dapat. Tak cukup kat kebun, Mak Besah tapaukan lagi makanan lain untuk di bawa ke Seremban. Nasib baik bawa Kenari je lau bawa lori mesti ada lagi mak Besah nak bagi. Untuk cucu tersayang tak yah cakap lah memang tak pernah balik kosong si Amani tu. Bekal makanan saja dah 2,3 beg. Beruntung Amani dapat nenek macam tu. Concern sangat kat cucu. Tokma pun apa kurangnya kan Amani. Walaupun Amani kurang rapat ngan nenek dan tokki kat Rompin tapi kasih sayang tetap tak berkurang.

Habis misi kat Rompin, depa gerak ke Seremban. CikTeh ngan my aunt family gerak esoknya ke Seremban. On the way ke Seremban, jam tak yah cakap lah. Lau normal kita leh sampai Seremban dalam 45 minit la dari KL tapi hari tu 2 jam k. 


Semua dah penat dah harung jam

See.....punya lah panjang....
Sampai Seremban rehat-rehat sambil tengok plane ngan anak buah and sepupu. Sebelum tu kami melantak dulu sebab dah lapar sangat. Berselera kami menjamu sebab semua lauk kampung dengan ulam ulaman bagai kan. Siap mencekik, rehat-rehat sambil makan lagi sebab makanan banyak sangat. Itupun my SIL suruh goreng lagi fast food dalam peti ais tu. Memang tak lah kan sebab badan pun tak larat ngan perut kenyang yang amat. Plan asal nak buat BBQ kat tepi pantai PD tapi memandangkan semua dah kenyang and malam tu pula ada game bola, langsung cancel. 


Siakap pelbagai rasa
Nampak simple tapi menyelerakan
Kuah siakap on da way
Hasil tangkapan untuk santapan kami malam tu
Akhirnya ke dalam kuali jua
Siakap stim
Esoknya before gerak ke Sungai Buloh, kami singgh kat Muzium Askar kat Seremban. 


Suka la Tokma dapat jalan-jalan ngan cucu

Excited Aman tengok fish ngan che long

Panas2 pun jadi je posing

Nur Amani Batrisyiah

Kakak and Adam

Manja-manja ngan ayoh chik 

Adoiyaiii....CikTeh dok ready lagi ni mama wei

Seronok Amani...ayoh Dotayang betis nampak :-)

Mama Amani gemok...yeeeeaaayyyy :-)

Besau nye sunglasses Cdo
Dh habis round satu muzium tu kami terus gerak cari makan. After lunch kami teruskan perjalanan ke IKEA mencari barang-barang adik CikTeh dan barang-barang lain. Family Cdo and Ayah Do yang banyak shopping. Actually kami sesat cari pintu keluar. 4,5 kali pusing akhirnya jumpa gak pintu keluar. 


Kat IKEA depa je banyak shopping...

Dah dapat keluar, tunggu lak family Cdo habis shopping. Dah settle kami gerak ke shopping mall lain lak sebab barang-barang adik CikTeh de lagi yang tak settle. Dalam pukul 9 lebih kami terus gerak ke Sungai Buloh. Sampai sana kami di sambut oleh adik Mak cik dan terus di jamu dinner. Seronok dinner rumah depa sebab semua segar-segar dan hasil peliharaan dan tanaman depa sendiri. Habis menjamu selera, CikTeh dengan family Cdo gerak balik ke Kuala Lumpur memandangkan esok semua kerja. Ikut hati nak join my family hantar adik ke Kepong tapi dah kerja so cancel. Esoknya selepas hantar adik kat FRIM, Kepong berkursus sebagai Renjer Hutan selama setahun, my family terus gerak balik Terengganu. Depa konvoi 2 keta je. Dan alahamdulilah depa semua selamat sampai. 


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Ujian yang melanda membuatkan saya lebih kuat....insyallah.....semoga kami tabah dalam menghadapinya...amin

Tuesday, 18 June 2013

:: INTEAM IMAN & AMAN ::

Assalamualaikum....

Hai selamat sore semua.....hari ni CikTeh nak berceloteh pasal IMAN & AMAN. Actually ni tajuk album terbaru kumpulan nasyid Inteam. Lau sesiapa peminat nasyid mesti tahu kan yang Inteam baru je lancarkan album terbaru depa yang tajuknya Iman & Aman. Alhamdulillah CikTeh dah pun memiliki siang tadi sampai parcel kat office. Untuk keluaran 100 unit yang terbaru ni harga hanya lah RM 20.90 sahaja. Siap ngan signature akhi Syah, Akhi Rahim dan Akhi Amin lagi tau. Semalam status kat fb Inteam ada lagi 27 keping saja yang tinggal. So sesiapa yang berminat nak beli boleh la klik kat link kat bawah ni ye. 


Juga boleh check kat  fb INTEAM atau twitter INTEAM untuk tahu dengan lebih lanjut lagi tentang Inteam, jadual Inteam atau lain-lain lagi atau anda boleh lawati  laman WEB INTEAM sendiri.....wah tolong promote Inteam gituuuuu :-)

Dan juga dalam carta nasyid IKIM, lagu IMAN AMAN dah beberapa kali menjadi juara carta. Harap-harap tercalon untuk Anugerah Carta Nasyid nanti. Lau korang nak vote lagu IMAn AMAN ni boleh la klik kat Vote INTEAM IMAN AMAN

Bagi CikTeh album ni memang best. Lagu-lagu yang best, tambahan pula Inteam bergabung dengan Ex-Inteam lagi untuk album kali ini. Boleh di katakan semua lagu dalam album ni CikTeh suka tapi yang paling CikTeh suka lagu IMAN AMAN DAN NOTHING's EVERLASTING. Dah ade album ni memang confirm everyday everytime la selagi laptop ni on memang pasang lagu depa je lah. Siap copy masuk dalam hp lagi. Cover album pun CikTeh suka. CikTeh memang suka air tangan uncle Frizdan

CikTeh memang minat sangat kumpulan Inteam ni dari sekolah menengah lagi. Masa sekolah dulu teringin sangat nak tengok depa buat show and jumpa face to face. Alhamdulillah CikTeh pernah jumpa akhi Syah masa dia bawa budak-budak Aeman buat show kat Paroi tak silap sempena Majlis Tilawah AL-Quran Anak-Anak YAtim Peringkat Kebangsaan dulu. Itu lah first jumpa anggota Inteam. Dulu nak beli CD or DVD depa tak dapat sebab duit tak cukup. Then bila dah habis belajar, dapat lah kumpul duit sikit beli MTV karaoke depa. Tapi yang sedih nya CD yang CikTeh beli tu tak tau sapa yang kebas. Sedih giler time tu. Memang waktu sekolah dulu tiap Jumaat pukul 10 memang akan setia tepi radio dengar carta nasyid IKIM. Kenkadang lau CikTeh lupa, budak-budak bilik yang tolong ingatkan. Dan sebab CikTeh suka dengar nasyid gak lah budak-budak bilik berjangkit jadi suka dengar nasyid gak. 

Ok berbalik pada album IMAN AMAN ni....actually Inteam dah lama x kuakan album baru. Asyik terbitkan album orang lain je kan... tak  pun buat collaboration album je. So tahun ni Inteam keluar dengan album yang cukup best bagi CikTeh. Lau tak caya beli lah album ni dan dengar sendiri.

Anda boleh gak  tengok preview album ni kat youtube INTEAM atau klik link kat bawah ini:

1. Di kedai-kedai buku agama dan kedai muzik berhampiran anda

2. Secara online di www.inteammobile.com



5. Dengar secara streaming di Spotify:http://open.spotify.com/artist/4V3ZO3RnRFdpS10jbUTJaT


Actually lau ikutkan album yang CikTeh dapat ni hadiah dari kak Aini (Zaujah akhi amin). Thanks a lot to Kak Aini untuk hadiah CD Inteam ni. Semoga INTEAM terus maju dalam industri dan dakwah mereka.

Dan sempena promosi album terbaru ni, pihak INTEAM ada buat tawaran buat persembahan percuma uolls.....

Photo: TAWARAN PERSEMBAHAN PERCUMA DI TEMPAT ANDA!!!

Bagi penganjur yang berminat, sila komen dengan alamat email anda, atau email terus pertanyaan anda ke inteamevent@gmail.com, supaya dapat kami emailkan maklumat lanjut, serta syarat dan terma-termanya.

Antara terma-termanya ialah:
1. Tempoh promosi dari 1Jun 2013 - 31 Disember 2013
2. Penganjur hanya dari kalangan IPTA/IPTS, Kolej, Institusi dan Sekolah. Syarikat Swasta dan korporat tidak termasuk dalam tawaran promosi.
3. Bilik penginapan, p.a. system, makan minum dan semua persiapan berkaitan persembahan adalah dibawah tanggungan pihak penganjur dan disediakan oleh pihak penganjur.
4. Penganjur berhak mendapat diskaun harga sebanyak RM 5.90 menjadikan harga cd yg dijual borong ialah RM20 sekeping dan penganjur berhak menjualnya semula kepada pihak lain cthnya pelajar, penonton dgn harga asal RM 25.90, atau penganjur boleh sahaja menghadiahkan cd tersebut secara percuma kepada sesiapa pun.
5. Pembelian 200 keping cd ke atas adalah secara bayaran terus samada cash atau cek, melayakkan penganjur mendapat tawaran persembahan percuma bagi kadar masa 1 jam atau lingkungan 5 lagu.

Serta beberapa terma dan syarat lagi...

Hubungi 017-668 1885 atau 03-6273 6393
Atau email kami di inteamevent@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.
Terima kasih.
Cilok dari fb inteam :-)
TAWARAN PERSEMBAHAN PERCUMA DI TEMPAT ANDA!!!

Bagi penganjur yang berminat, sila komen dengan alamat email anda, atau email terus pertanyaan anda ke inteamevent@gmail.com, supaya dapat kami emailkan maklumat lanjut, serta syarat dan terma-termanya.

Antara terma-termanya ialah:
1. Tempoh promosi dari 1Jun 2013 - 31 Disember 2013
2. Penganjur hanya dari kalangan IPTA/IPTS, Kolej, Institusi dan Sekolah. Syarikat Swasta dan korporat tidak termasuk dalam tawaran promosi.
3. Bilik penginapan, p.a. system, makan minum dan semua persiapan berkaitan persembahan adalah dibawah tanggungan pihak penganjur dan disediakan oleh pihak penganjur.
4. Penganjur berhak mendapat diskaun harga sebanyak RM 5.90 menjadikan harga cd yg dijual borong ialah RM20 sekeping dan penganjur berhak menjualnya semula kepada pihak lain cthnya pelajar, penonton dgn harga asal RM 25.90, atau penganjur boleh sahaja menghadiahkan cd tersebut secara percuma kepada sesiapa pun.
5. Pembelian 200 keping cd ke atas adalah secara bayaran terus samada cash atau cek, melayakkan penganjur mendapat tawaran persembahan percuma bagi kadar masa 1 jam atau lingkungan 5 lagu.

Serta beberapa terma dan syarat lagi...

Hubungi 017-668 1885 atau 03-6273 6393
Atau email kami di inteamevent@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.
Terima kasih.

Cover album INTEAM IMAN AMAN...suka sangat cover depan nih
Exclusive with signature 
INTEAM tetap di hati :-)

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Minat dan teruja dengan album ni kan, CikTeh hold dulu entry lain semata-mata nak post entry ni :-)

Friday, 7 June 2013

ANUGERAH TRIBUTE P.RAMLEE

Assalamualaikum....


Semalam korang tengok tak kat TVi-Channel 180 astro ataupun TV1 Anugerah Tribute P.Ramlee? May be ramai yang tak tahu pasal anugerah ni sebab ni tahun pertama depa buat. So, semalam CikTeh and a few staff Lensa pi la majlis anugerah tu kat IB. Pi pun sebab dapat invitation dari RTM. malaslah nakcite panjang sebenarnya so tengok jelah gambar kat bawah ni ye :-)
Syafinaz and group
Host LO dan DD
Persembahan penutup
PenyampaiAnugerah: Dari kiri Almy Nadia, Killa Fairy dan Didie Alias
End of event
Theme of the night: Black and Gold
Posing aje
Mak Datin Anis & Cik Puan Efa
Mak Datin Azila ^_^
Posing sakan kau
Pendek nye CikTeh....Padahal dah pakai wedges  tinggi tu
B4 move to IB
B4 back home



Friday, 31 May 2013

:: Lambat Lagi ::

Assalamualaikum....

Ermmmmm.....masuk office pagi-pagi dah rasa mengantok. Tak tau la nape 2,3 hari asyik ngantok je. Hari ni  plan nak siapkan tender ngan Kak Ila. Tapi memandangkan Kak Ila tak ready lagi nak buat, so CikTeh amik kesempatan ni untuk update blog. Tak de apa sebenarnya yang nak update just omong kosong aja. 

Tajuk entry "Lambat Lagi" refer kepada my date with my cikgu. Tadi baru pas mesej ngan my cikgu. Nampak gaya raya nanti baru leh jumpa sebab my cikgu kena pi Kedah atas urusan perlawanan bola baling. Flight pukul 4 petang nanti. Anak didik my cikgu 4 orang lau tak silap terpilih untuk perlawanan tu. Rupanya my cikgu ni boleh tahan gak la skill dia dalam mengajar ni. Mengajar kat dalam kelas and kat padang. Tapi lau kat padang tu bukan dia sorang lah yang mengajar, ada lagi 2 orang yang turut sama bantu membantu coaching budak-budak berlatih bola baling. Kenapa CikTeh kata macam tu sebab my cikgu berjaya naikkan peratus lulus mata pelajaran sejarah dari 38% kepada 96% beb. Memang kejayaan yang bagus untuk sekolah tu sebab sebelum ni memang tak sampai tahap tu. So, no wonderlah my cikgu dapat anugerah cemerlang. Then untuk sukan lak,10 tahun depa impikan kemenangan akhirnya rezeki depa dapat ke peringkat negeri and jadi juara.  CikTeh tak sangka yang my cikgu ni seorang yang minat sukan sebab sepanjang kenal dia pun tak pernah nampak dia main sukan. Lau tanya dia pun pasal sukan dia memang jarang nak bercerita. Bukan setakat sukan je apa2 je lah memang dia seorang yang tak suka bercerita. Jawapan dia ringkas saja, after marriage you will know too (mudah-mudahan jodoh kami panjang hingga ke jannahBukan nak riak atau nak show off yang my cikgu bagus or whatever tapi sekadar berkongsi cerita yang menggembirakan hati CikTeh dengan you all. Takde maknanya nak riak bagaikan lagi pula itu kan kejayaan orang lain. I shared this story as for my inspiration to be the best  among the best like him or more than him. Masing-masing ada kelebihan dan keburukan yang tersendiri kan. So, tak salah kan kita amik kejayaan seseorang itu as our semangat untuk terus berusaha dan berjaya kan.....may kejayaan my cikgu tak seberapa tapi for me itu sudah cukup membanggakan. Bukan tak de orang lain yang boleh amik sebagai inspirasi kejayaan, tetapi ini juga sebagai sokongan CikTeh untuk my cikgu. We support each others and terima kelemahan dan kelebihan masing-masing seadanya. Itulah kami....itulah my cikgu a.k.a my en.tunang a.k.a my future husband ^_^.

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Sorry lau ada yang termuntah baca entry kali ni. Lau tak suka jangan baca ^_^

Thursday, 30 May 2013

:: Hari ni ::

Assalamualaikum....

Selamat sore semua. Buat pe tu? Bagi mereka yang bekerja macam CikTeh ni mestilah sedang bekerja kan and ada yang dah sibuk-sibuk berkemas nak balik. Hari CikTeh balik lambat lagi tapi bukan sebab kerja tapi nak gi rumah Kak Erni sebab dia ada buat majlis tahlil untuk arwah anak yang dah masuk seminggu meninggal. Semalam ada call dia tanya khabar sebab 2,3 hari ni kami tak dapat ke rumah dia untuk majlis tahlil atas urusan kerja yang tidak dapat di elakkan di ofis ni. May be dalam pukul 6.45 gerak ke sana. 

Hari ni gak rasa mengantok yang amat sangat. Dalam meeting tadi tak yah cakap lah tahan punye tahan mata ni tak nak kasi tutup and tak nak tersengguk depan yang lain. Berat giler rasanya mata nak buka. Nak kata tak cukup tido may be lah kot sebab semalam balik kerja almost 12 then 7.30 dah terpacak kat ofis. Datang awal ofis ari ni sebab kat rumah air tak de lagi so hari ni kami mandi kat ofis lagi. Nasib baik housemate de tadah air unt simpanan. Lau tak memang gi ofis ngan muka tak cuci gigi tak gosok lah. Lau sebelum ni tak de air kami pi mandi kat masjid As-Syakirin kat KLCC tau. Pukul 4.30 dah bangun gerak pi sana. Pi lewat-lewat takut bertembung dengan jemaah masjid pulak kan. Tapi memang selesa mandi kat sana. Boleh solat terus. La ni, tak tau la status air kat rumah macam mana. Harap-harap ada lah. Lau tak de gak memang kena mandi kat ofis or KLCC lagi la. 

Dan yang paling tak sabau adalah nak jumpa my family. Insyallah esok my family gerak dari kampung menuju ke KL. Sebelum tu my ma nak singgah Rompin dulu rumah besan dia. Bermalam kat Rompin semalaman then baru gerak ke KL. Sampai KL may be depa terus ke Seremban rumah my eldest bro or just stay at my aunt's house kat Setiawangsa. Trip kali ni my aunt (ayah long satu keluarga) pun join sekali.  Wa tak sabau ler nak jumpa depa. 

Hari ni sepatutnya CikTeh kena pi interview terbuka Pos Malaysia tapi nampaknya tak de rezeki CikTeh kot. Plan nak pi ngan housemate tapi ngan cuti tak apply, ngan sijil-sijil tak prepare, apa pun memang tak prepare langsung, ngan air tak de lagi kan, so CikTeh bagitahu my housemate tak jadi nak gi. Dia pun tak pergi gak.

Hari ni juga mood nak mesej ngan my cikgu still "kureng" lagi. Lagi pula my cikgu sibuk marking paper exam student. So tak nak lah ganggu dia buat kerja kan. May be malam ni kot layan mesej ngan dia or may be tak sebab malam ni nak gi rumah Kak Erni. Pe pun tengok keadaan macam mana.

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Kuatkan iman ku Ya Allah....

Total Pageviews