Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Thursday 11 July 2013

:: 2 RAMADHAN ::

Assalamualaikum....

Selamat sore semua. Apa juadah buka korang hari ni? Actually CikTeh pun tak tau apa menu untuk buka hari ni. Lau semalam dapat lah merasa nasi dagang air tangan kak Am dan juga nasi berlauk sardin + sayur goreng kak Anis, hari ni tak tau lagi. Actually semalam rezeki murah kak Am belanja nasi dagang. Sedap sangat tapi tak leh lawan nasi dagang belah pantai timur. Ingat alik nanti nak singgah bazar depan apartment tu tengok apa yang best itupun lau de orang menjual. Semalam balik keje macam tak de sangat orang menjual juadah macam tahun lepas penuh tepi jalan depa duk meniaga. Lau tak de yang berkenan, may be buat spagetti je lah. Dari hari tu lagi sebenarnya nak buat spagetti tapi malas...hehehehehehe

Hari ni rasa macam perut tak berapa nak sedap. Masuk meeting tadi pun tahan je. May be masuk angin. Insyallah selagi boleh tahan CikTeh tahan. Office hour bulan puasa tak macam tahun lepas. Lau tahun lepas masuk 8 balik pukul 5 tapi tahun ni tak de perubahan waktu kerja alasan pihak management tak de siapa pun tanya masa meeting sebelum puasa hari tu. Boleh pulak macam tu ye. Tak kisah lah janji sempat berbuka. 

Tadi sempat call my mum tanya khabar sebab my sis bagitahu dia kurang sihat. Sakit telinga katanya. Sian my mum. Harap-harap my mum cepat baik. Masa call tadi pun dia tengah rehat kat surau. Rindu nye nak berbuka ngan family. 

Sempena bulan puasa ni kami kat production department dah plan untuk bertema selama sebulan. So semalam tema pink dan hari ni tema kuning. Bukan setakat pemakaian je bertema, kami akan amik gambar dan buat something. So kat bawah ni ada lah 2 keping editing gambar untuk 2 hari berpuasa. Coming soon akan diupdate kemudian lah.....
1st day fasting
2nd day fasting

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Tak sabau nak buka puasa esok reramai.....rindu lagi kat my cikgu (makin gedik)

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews