Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Friday, 31 May 2013

:: Lambat Lagi ::

Assalamualaikum....

Ermmmmm.....masuk office pagi-pagi dah rasa mengantok. Tak tau la nape 2,3 hari asyik ngantok je. Hari ni  plan nak siapkan tender ngan Kak Ila. Tapi memandangkan Kak Ila tak ready lagi nak buat, so CikTeh amik kesempatan ni untuk update blog. Tak de apa sebenarnya yang nak update just omong kosong aja. 

Tajuk entry "Lambat Lagi" refer kepada my date with my cikgu. Tadi baru pas mesej ngan my cikgu. Nampak gaya raya nanti baru leh jumpa sebab my cikgu kena pi Kedah atas urusan perlawanan bola baling. Flight pukul 4 petang nanti. Anak didik my cikgu 4 orang lau tak silap terpilih untuk perlawanan tu. Rupanya my cikgu ni boleh tahan gak la skill dia dalam mengajar ni. Mengajar kat dalam kelas and kat padang. Tapi lau kat padang tu bukan dia sorang lah yang mengajar, ada lagi 2 orang yang turut sama bantu membantu coaching budak-budak berlatih bola baling. Kenapa CikTeh kata macam tu sebab my cikgu berjaya naikkan peratus lulus mata pelajaran sejarah dari 38% kepada 96% beb. Memang kejayaan yang bagus untuk sekolah tu sebab sebelum ni memang tak sampai tahap tu. So, no wonderlah my cikgu dapat anugerah cemerlang. Then untuk sukan lak,10 tahun depa impikan kemenangan akhirnya rezeki depa dapat ke peringkat negeri and jadi juara.  CikTeh tak sangka yang my cikgu ni seorang yang minat sukan sebab sepanjang kenal dia pun tak pernah nampak dia main sukan. Lau tanya dia pun pasal sukan dia memang jarang nak bercerita. Bukan setakat sukan je apa2 je lah memang dia seorang yang tak suka bercerita. Jawapan dia ringkas saja, after marriage you will know too (mudah-mudahan jodoh kami panjang hingga ke jannahBukan nak riak atau nak show off yang my cikgu bagus or whatever tapi sekadar berkongsi cerita yang menggembirakan hati CikTeh dengan you all. Takde maknanya nak riak bagaikan lagi pula itu kan kejayaan orang lain. I shared this story as for my inspiration to be the best  among the best like him or more than him. Masing-masing ada kelebihan dan keburukan yang tersendiri kan. So, tak salah kan kita amik kejayaan seseorang itu as our semangat untuk terus berusaha dan berjaya kan.....may kejayaan my cikgu tak seberapa tapi for me itu sudah cukup membanggakan. Bukan tak de orang lain yang boleh amik sebagai inspirasi kejayaan, tetapi ini juga sebagai sokongan CikTeh untuk my cikgu. We support each others and terima kelemahan dan kelebihan masing-masing seadanya. Itulah kami....itulah my cikgu a.k.a my en.tunang a.k.a my future husband ^_^.

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Sorry lau ada yang termuntah baca entry kali ni. Lau tak suka jangan baca ^_^

Thursday, 30 May 2013

:: Hari ni ::

Assalamualaikum....

Selamat sore semua. Buat pe tu? Bagi mereka yang bekerja macam CikTeh ni mestilah sedang bekerja kan and ada yang dah sibuk-sibuk berkemas nak balik. Hari CikTeh balik lambat lagi tapi bukan sebab kerja tapi nak gi rumah Kak Erni sebab dia ada buat majlis tahlil untuk arwah anak yang dah masuk seminggu meninggal. Semalam ada call dia tanya khabar sebab 2,3 hari ni kami tak dapat ke rumah dia untuk majlis tahlil atas urusan kerja yang tidak dapat di elakkan di ofis ni. May be dalam pukul 6.45 gerak ke sana. 

Hari ni gak rasa mengantok yang amat sangat. Dalam meeting tadi tak yah cakap lah tahan punye tahan mata ni tak nak kasi tutup and tak nak tersengguk depan yang lain. Berat giler rasanya mata nak buka. Nak kata tak cukup tido may be lah kot sebab semalam balik kerja almost 12 then 7.30 dah terpacak kat ofis. Datang awal ofis ari ni sebab kat rumah air tak de lagi so hari ni kami mandi kat ofis lagi. Nasib baik housemate de tadah air unt simpanan. Lau tak memang gi ofis ngan muka tak cuci gigi tak gosok lah. Lau sebelum ni tak de air kami pi mandi kat masjid As-Syakirin kat KLCC tau. Pukul 4.30 dah bangun gerak pi sana. Pi lewat-lewat takut bertembung dengan jemaah masjid pulak kan. Tapi memang selesa mandi kat sana. Boleh solat terus. La ni, tak tau la status air kat rumah macam mana. Harap-harap ada lah. Lau tak de gak memang kena mandi kat ofis or KLCC lagi la. 

Dan yang paling tak sabau adalah nak jumpa my family. Insyallah esok my family gerak dari kampung menuju ke KL. Sebelum tu my ma nak singgah Rompin dulu rumah besan dia. Bermalam kat Rompin semalaman then baru gerak ke KL. Sampai KL may be depa terus ke Seremban rumah my eldest bro or just stay at my aunt's house kat Setiawangsa. Trip kali ni my aunt (ayah long satu keluarga) pun join sekali.  Wa tak sabau ler nak jumpa depa. 

Hari ni sepatutnya CikTeh kena pi interview terbuka Pos Malaysia tapi nampaknya tak de rezeki CikTeh kot. Plan nak pi ngan housemate tapi ngan cuti tak apply, ngan sijil-sijil tak prepare, apa pun memang tak prepare langsung, ngan air tak de lagi kan, so CikTeh bagitahu my housemate tak jadi nak gi. Dia pun tak pergi gak.

Hari ni juga mood nak mesej ngan my cikgu still "kureng" lagi. Lagi pula my cikgu sibuk marking paper exam student. So tak nak lah ganggu dia buat kerja kan. May be malam ni kot layan mesej ngan dia or may be tak sebab malam ni nak gi rumah Kak Erni. Pe pun tengok keadaan macam mana.

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Kuatkan iman ku Ya Allah....

Wednesday, 29 May 2013

:: Celoteh Kosong ::

Assalamualaikum semua....

Ermmmm...hari ni actually tak tau nak celoteh apa tapi jari jemari ni gatal nak berceloteh. So untuk entry kali ni, CikTeh just nak berceloteh apa yang CikTeh buat hari ni je lah. Bunyi macam boring kan tapi tak pe. Ok, hari ni macam biasa datang kerja and then settlekan mana kerja yang belum selesai lagi. Selebihnya ngadap laptop layan lagu and fb. Actually hari ni ada casting untuk program masakan. So semalam ada mesej beberapa artis suruh depa datang casting. So hari ni artis yang datang just Heliza Helmi, Dj Ninie and artis baru nak naik Siti Zakiah. Wan Sharmila tak dapat datang sebab ada kerja. Diana Amir ngan Almy Nadia lak tak bagi feedback pun. Tak pe lah. Janji ada gak yang datang. Lagi satu semua ni last minute nye casting. Tiba-tiba FD bagitahu nak pakai artis sebagai host untuk program tu. Mengagau kami semalam cari artis. Mesej artis tu mesej artis ni. 

Hari ni gak mood nak bermesej ngan my cikgu agak kureng sikit sebab tengah berperang dengan perasaan pasal hal semalam. Harap-harap "peperangan perasaan" ni tak lama. Tapi kami tetap mesej buat macam tak de pe yang berlaku. 

Tapi yang best hari ni dapat mesej dari my sis bagitahu sabtu ni my family naik kl. Hoooooreeeeeyyyyyy....suka giler dapat jumpa my family. Nasib baik sabtu cuti so leh la jumpa depa. Isnin depan nak pi Kepong hantar my bro kursus setahun sebagai pengawas hutan. Alhamdulillah semoga my bro berjaya menamatkan kursus tu dengan jayanya. Serius cakap beb tak sabar nak jumpa depa semua. Rindu yang amat sangat ngan depa ni terutama my anak buah Amani, kakak and Irfan.  

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Semoga Allah bagi petunjuk kepada kami.....Permudah dan percepatkanlah Ya Allah sekiranya ianya milik kami namun jika tidak kami redha

Monday, 27 May 2013

:: Ketemu Jua ::

Assalamualaikum.....

Hai semua. How's your weekend? Weekend CikTeh pastinya yang terbaik nye sebab dapat dating ngan my cikgu. Happy tak yah cakap la sampai tak lalu nak makan (over kau). Date kami after lunch kat KL sentral. Mesej my ma bagitahu CikTeh kua ngan my cikgu. Alamdulillah dapat keizinan. Mulanya ingatkan my cikgu nye flight dari Bintulu 26hb tapi rupanya 25hb malam dah sampai KL. So seperti yang di janjikan pukul 1 CikTeh sampai kat KL Sentral. Happy tak yah cakap la kan sebab nak jumpa buah hati yang dah lama tak jumpa ni. Last jumpa pun masa tunang bulan 12 tahun lepas. Giler lama kan tak jumpa. Asyik duk mesej je. Dah dapat jumpa ni mana tak keruan CikTeh. Apa lagi lepas rindu ler. Itu yang makan tak lalu tu sebab kenyang tatap muka my cikgu (sila muntah ye). Dalam pukul 1.30 my cikgu sampai KL Sentral dari airport. Terus pi makan kat KFC then amik KTM ke Mid Valley. Awalnya nak makan kat foodcourt je sebab kat situ de pilihan lauk pauk tapi bila teringat yang my cikgu ni suka fastfood so makan je lah kat KFC itupun dia just makan tart ngan milo je. Kenyang katanya bekfes nasi lemak tadi. Tapi yang mengejutkan CikTeh my cikgu dah start kenal nasi. Hahahahaha.....terkeluar ayat dari mulut my cikgu "makan nasi lagi best". Lau tak fastfood je lah makanan dia. Bab tu lah size my cikgu XS tak gemok-gemok macam CikTeh. Tapi jangan tak tahu yang size seluar my ckgu besar dari CikTeh tau...hahahhaa....Lau nak tahu ni adalah first time kami keluar shopping bersama sejak kami sepanjang kami couple hampir 10 tahun. Sebelum ni, lau keluar pun just pi makan then borak and last balik. Bosan kan. Dalam masa yang tak banyak tu sempat la teman dia shopping baju and seluar. Nak cari kasut sekali tapi masa amat mencemburui kami tambah lak my cikgu penat tak cukup rehat. So kasut lain kali katanya cari. Memandangkan first time ikut dia shopping, CikTeh agak teruja juga la (jakun sangat kan). Tambah teruja lak tu dia minta CikTeh yang decided seluar and baju mana yang sesuai untuk dia. Pilih color kesukaan CikTeh lak tu. Wah bahagia sangat masa tu. So untuk pakaian ni CikTeh dah tahu la taste, size dia macam mana and brand apa yang dia suka. Memandangkan my cikgu nye size XS so dia lebih suka beli pakaian kat TopMan je. Tak pun Padini Store sebab kat situ banyak size yang sesuai untuk dia. Kualiti pun bagus katanya. Masa beli tu pun my cikgu just pilih je then terus bayar. Lau CikTeh msti nak cuba bagaikan. And yang pasti mesti cari yang murah nye lah xde nye nak beli macam my cikgu ni beli. Dia banyak duit tak pe la. Income sana sini. Katanya lagi tak yah cuba memang dah selalu beli and dah tau sizenya. Sangat senang. Pas shopping sikit, kami ke starbuck untuk hilangkan haus. Hilang haus jalan lagi tawaf Mid Valley sebelum kami balik. Amat singkat pertemuan kami dalam 4 jam saja. Sampai KL Sentral hantar my cikgu ke Klia Express. Sedih lak masa nak balik tu. Hajat nak tengok wayang pun tak kesampaian sebab masa yang singkat. Ingatkan nak hantar my cikgu kat airport tapi rupanya flight dia esok pagi pukul 5 pagi ke Terengganu. So, plan nak jumpa lak before my cikgu berangkat ke Bintulu itupun lau sempat. Lau tak raya la pula dapat jumpa. Lamanyeeeee....(gedik ta habis2)

Walaupun pertemuan kami singkat, alhamdulillah kami happy dan bersyukur sangat sebab kami masih lagi di beri kesempatan untuk berjumpa dan kami masih lagi menjaga batas kami walaupun dah bertunang. Bertunang tak semestinya bebas melakukan apa saja kan. Bersyukur juga kami jarang berjumpa. Bukan nak menunjuk bagus atau berlagak alim tapi kami cuba untuk ke arah kebaikan. Selagi boleh di elak kami cuba elak. Doakan kami juga agar kami sabar dan tabah dalam mengharungi tempoh pertunangan kami ini dengan sebaik-baiknya sehingga kami di satu kan kelak. 

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Cara kami, hidup kami, hanya kami yang bisa melaluinya ^_^

Saturday, 25 May 2013

Dari DIA Kita Datang Kepada DIA Kita Kembali

Assalamualaikum....

Ingat lagi tak entry CikTeh sebelum ni yang berceloteh pasal Pretty, anak Kak Erni yang koma tu? Lau tak ingat and ada yang baru baca blog ni oleh la baca kat sini atau scroll down kat bawah entry ni je. Actually 23 Mei 2013 dalam pukul 5  dia telah pulang ke rahmatullah setelah seminggu warded kat ICU bertarung nyawa. Dan semalam alhamdulillah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam dekat Gombak. Semasa arwah di kapankan, wajah arwah senyum je. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pengkebumian arwah. Arwah di bawa balik ke rumah pada 23hb pukul 4 lebih dengan ambulans dibantu dengan alat pernafasan lagi. Sampai di rumah alat bantuan pernafasan di buka and dalam 5 minit arwah menghembus nafas yang terakhir. Menurut doktor, otak arwah gagal berfungsi ekoran daripada kegagalan oksigen sampai ke otak. Sepanjang kejadian, CikTeh, Zura, Pie dan rakan kerja yang lain banyak membantu mereka sekeluarga disamping sanak saudara mereka yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan. Majis tahlil di buat 7 malam berturut-turut. Pemergian arwah sangat mudah. Arwah tidak menunjukkan tanda sakit apa-apa. Bangun dari tidur terus ke bilik air kemudian ke ruang tamu dan baring depan tv. Saat baring arwah terus pengsan dan di bawa ke hospital pakar. Arwah terus di tempatkan di ICU selama seminggu dan hari ke 3 arwah menunjukkan tindak balas sebelum arwah kembali tidak memberi respon kembali keesokkan harinya seterusnya hinggalah arwah menghembus nafas terakhir. Arwah seorang anak yang baik, cergas, bijak dan di senangi oleh semua orang. Alhamdulillah keluarga arwah sudah dapat menerima takdir yang Pretty sudah tiada. Sungguh kuat dugaan untuk keluarga Kak Erni kerana plbagai ujian dan dugaan yang menimpa mereka dalam masa yang singkat. Dengan adik baru keluar hospital akibat kemalangan dan patah tulang bahu, emak mentua yang sakit tenat mengakibatkan suami tidak dapat melihat anak di sini, atok arwah yang terkandas di airport Indonesia beberapa hari. Allahuakhbar....berat sungguh ujian Mu Ya Allah....

Walau apapun sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Pretty (2003 - 2013) semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan ahli syurga......amin



Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Bersediakah aku? Cukupkah amalan aku? Diterimakah amalan aku? Namun kematian adalah PASTI. Sama-samalah berusaha meningkatkan amal ibadat kita agar diterima dan diberkati-Nya....amin

Wednesday, 22 May 2013

Doakan Pretty Sihat

Assalamualaikum...

Hari Isnin lalu masuk office je Kak Anis tanya sapa yang masuk ICU? Kami tercengang dan terkejut. Kami tak dapat apa-apa berita pun pasal ICU ni. Kak Anis bagitahu Abang Isa mesej dia bagitahu ada orang masuk ICU. Kami duk fikir-fikir sapa then call Abang Isa tanya. Rupanya anak Kak Erni masuk ICU semalam after maghrib. Kami call Kak Erni tak dapat so kami call mak cik dia. Kami dimaklumkan bahawa Pretty (Anak Kak Erni) tidak sedarkan diri waktu tengah baring-baring tengok tv. So lunch hour kami terus pergi melawat kat KPJ Damansara. Sedih sangat-sangat sebab kami tengok seluruh badan sejuk dan pucat sangat. Memang langsung tak de darah. Then mata terbuka sedikit. Dia seolah-olah nak berkata sesuatu tapi macam ada something yang menghalang. Semalam lak kami buat kutipan sikit untuk meringankan beban Kak Erni. So semalam pas office hour kami pergi melawat lagi. Family Kak Erni dari Indonesia pun semua dah sampai semalam. Alhamdulillah badan Pretty dah panas and mula beri tindak balas sikit. Time kami cakap-cakap ngan Pretty memang nampak reaction dari dia. Doktor pun tak tahu apa penyakit dia. Apa yang diberitahu mungkin jantung. Doktor dah stop bagi ubat tidur and just tunggu dia sedar and bernafas sendiri. Setakat hari ni masuk hari ke-4 Pretty warded and keadaan dia masih tak sedarkan diri. Masih lagi bernafas guna alat bantuan pernafasan. Insyallah ada kelapangan kami pergi jenguk lagi. Actually Pretty baru je umur 10 tahun. Sebelum dia koma ni, dia tak de pun tunjuk sakit apa-apa. Sihat walafiat. Pe pun kami harap Pretty cepat sembuh dan kembali ceria macam sebelum ni.

Berkelah di Ulu Yam dengan Pretty, Kak Erni, Zura & Pie not in this photo.
CikTeh merayu kepada blogger diluar sana sama-samalah  doakan agar Pretty sihat walafiat.


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Ujian Allah tidak kira muda atau tua, sihat atau sakit.....jika itu ketentuan-Nya pasti akan jadi.....Allahuakhbar 

Thursday, 16 May 2013

16 MEI 2013

Assalamualaikum...

Kononya pagi2 subuh tadi nak call my cikgu wish hari guru sekali telefon lak habis bateri. Pas meeting tadi baru wish teacher's day. Mesej jap je sebab my cikgu busy ngan majlis hari guru. Seperti biasa, my cikgu kena handle majlis tu and jadi MC. Sempat design card for him yesterday. Simple je but i like it. And ahd lepas sempat belikan hadiah untuk my cikgu. Dah pos pun 14hb ari tu. Tapi tak sampai lagi. My cikgu bagitahu lambat sikit. Takpe lambat pun janji selamat sampai and harap-harap my cikgu suka ngan hadiah tu. Simple and biasa je hadiah nye. Tak tau nak beli pe sebenarnya. Plan awal nk beli buku biography sebab my cikgu suka baca buku macam tu tapi pi tinjau-tinjau kat KLCC tak tau nak beli biography yang mana. Lagipun my cikgu cakap dah banyak dah buku biography yang dia ada. Dia dah pesan if nak beli bagitahu dulu takut nanti beli buku yang dia dah ada. Fikir balik lau tanya dia mestilah tak surprise kan tanya dia buku pe bagai kan. So, CikTeh tukar plan beli la hadiah lain. Pusing nye pusing, belek nye belek jumpa gak akhirnya. Pi kaunter bayar and bungkus siap-siap. Esoknya terus pos ke Bintulu. Tak sabar tunggu mesej dari my cikgu bagtahu yang parcel dah selamat sampai. Harap sangat hadiah tu selamat sampai. Nak tau hadiah nye pe?......Jeng jeng jeng.....
Ya...ini dia. Mesti korang ingat buku kan?
Bukan buku la.....Dah boleh agak kan pe dia?
Tak kan x leh agak lagi kot pe dia ni?
Tadaaa....ni lah hadiah untuk my beloved fiance.
Ni pula card hari guru untuk my cikgu :-)
Sebelum CikTeh stop berceloteh CikTeh nak ucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru di dunia semoga jasa dan pengorbanan dihargai dan diberkati dalam apa jua yang kalian lakukan. Ikhlaskan diri dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa.


Sekian

-CikTeh-



Kaki Nota: Bila la nak habis kesibukkan my cikgu ni...cepatlah dapat tukar ke semenanjung ye bie

Total Pageviews