Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Monday 23 September 2013

:: PTM ::

Assalamualaikum...

Ke mana korang hujung minggu lepas? Macam CikTeh berkesempatan balik kampung. Bukan balik saja-saja tapi balik sebab menhadiri peperiksaan PTM. Apa tu PTM? Mai sini nak habaq  sikit. PTM is stand for Pegawai Teknologi Maklumat. Mesti korang ada yang pernah hadir exam ni kan. Sebelum ni CikTeh pernah hadir exam PTD and now baru je lepas exam PTM. PTD lepas CikTeh gagal and untuk PTM ni x tau lah dapat tak. Hopefully dapat lah sebab yang ni under kerajaan Terengganu (ayat macam senang nak dapat kan....). Macam biasa lah pi sana bertemankan kak ngah as our driver, ma and my nieces, Amani dan kakak. 

Itenary of my exam PTM:

20.09.2013 :
 10.00 p.m - naik bas kat Hentian Putra go back hometown

21.09.2013 :
 05.30 a.m - reached at my hometown and fetched by my sis 
                   05.45 a.m - bersiap untuk hadir exam
                   06.45 a.m - bertolak ke Pusat Konvensyen TTI, Kuala Terengganu
                   08.10 a.m - Tiba kat TTI and having breakfast.
                   08.30 a.m - Masuk dewan exam
                   08.35 a.m - Exam mula untuk seksyen A bahagian I
                   09.45 a.m - Exam seksyen B bahagian I
                   11.00 a.m - Exam seksyen B bahagian II
                   12.00 noon - Went to Museum Terengganu
                   02.00 p.m - Rest, solat, and  lunch at Batu Buruk
                   03.30 p.m - going back home
                   4.45 p.m - Berenti rehat sebab driver mengantok. So CikTeh, Amani and my                                      ma having Hi-Tea + ICT (Ikan celup tepung)  
                   6.15 p.m - Sampai rumah. Before tu singgah pasar malam.

22.09.2013 : 

Bangun pagi then kemas rumah. Then masak untuk lunch segala. Sempatlah merasa durian kampung yang ma CikTeh simpan. Petang lepak-lepak ngan family sambil layan anak buah. Pas maghrib siap-siap untuk naik bas balik KL. Dalam pukul 9.05 minit bas gerak dari stesen bas Jerteh ke KL. Masa salam-salam ngan ma, kak ngah and kakak, Amani dah merengek nak ikut CikTeh naik bas. Lau dulu kakak yang suka buat perangai macam tu, la ni Amani lak. Terpaksa cakap yang CikTeh naik hantar beg dulu baru turun balik amik Amani. Lau tak cakap macam tu memang meraung lah kat situ na ikut. Itu pun pas nampak CikTeh lambai-lambai atas bas pun meragam. Nasib bila pujuk naik mainan kat situ baru ok. Dalam perjalanan balik ke KL, terdetik nak mesej my cikgu tanya khabar. Alhamdulillah dia sihat walafiat. Mesej pun tak lama tapi sempat lah bincang pasal kami. Last-last terlena dengan linangan air mata rindu (over kau).

23.09.2013:

Sampai Hentian Putra dalam pukul 4.30. Laju gak lah bas ni. Tunggu kaunter LRT buka lepak kat situ je. Pukul 6 terus naik LRT balik Sentul. Sampai Sentul terus sambung tidur then bangun siap pi keje. 

Itu je lah kisahnye......


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Tak sabar dan nervous gak lah nak tunggu hujung tahun ni. Harap-harap CikTeh boleh menerimanya dengan hati terbuka. Begitu juga dia.......Permudahkanlah Ya Allah

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews