Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Monday 20 October 2014

:: Sakit Gigi ::

Assalamualaikum.....

Hari ni genap seminggu duk tahan sakit gigi. Ubat tahan sakit pun dah habis cuma tinggal antibiotik je. Insyallah hari ni habis lah ubat tu. Ni adalah kali pertama sakit gigi yang teramat sakit dan makan masa yang lama nak sembuh. Maklumlah gerahang bongsu. Orang kata lau sakit gigi gerahang bongsu ni menunjukkan bahawa ketinggian kita cukup sampai takat tu ja. Betoi ka? Apa kaitan gigi gerahang bongsu dengan ketinggian? Itu CikTeh tak dapat nak pasti kaitan antaranya dua benda alah tu. Cuma ini cakap-cakap orang je. Ni juga kali ke dua piklinik gigi. Masa mula-mula pi klinik dulu la masa sekolah rendah kot.....lama giler. Pi klinik masa tu pun sebab nak cabut gigi yang berlubang. Bab cabut gigi ni CikTeh bukan nak bangga diri pe cuma nak share je pengalaman CikTeh yang tak seberapa ni. Lau nak tahu baca lau tak nak just leave it. Boleh di katakan kesemua gigi CikTeh cabut sendiri melainkan yang berlubang tu. Itupun lau ikutkan nak cabut sendiri tapi my ma tak kasi sebab dah berlubang takut effect lebih teruk lak kan. So follow lah my ma pi cabut. Tapi alhamdulillah senang je and tak sampai 5 minit dah siap. Then kali kedua pi klinik gigi minggu lepas la. Ingatkan nak cuci sekali sebab last check gigi masa sekolah menengah. Itupun sebab nurse gigi datang. Lama giler-gile kan tak check gigi. Sebab tu la minggu lepas ingat nak cuci tapi doktor bagitahu tak perlu sebab tahap kebersihan gigi CikTeh ok....doktor bagi 4/5. Lagi pula karies gigi pun tak teruk. So bila dah doktor cakap macam tu CikTeh pun ok lah. Tiap malam tak leh tidur lena sebab sakit yang amat sangat serang time waktu malam. Nasib baik de ubat tahan sakit. Gigi gerahang bongsu CikTeh ni tumbuh bawah gusi. Itupun separuh je nyorok bawah gusi. Sebab tu waktu tumbuh gusi CikTeh jadi tinggi sebelah and buatkan ada gap kat situ. Kat situ la sisa-sisa makanan berkumpul yang menyebabkan sakit gigi. Awalnya doktor cakap gigi CikTeh dah kritikal. Terkejut masa tu tapi doktor dapat tangkap air muka CikTeh berubah bila dia cakap camtu terus dia bagitahu yang kedudukan gigi yang kitikal dah tak leh nak buat apa melainkan cabut. Tapi doktor tak sarankan cabut sebab gigi ok cuma kedudukan saja yang tak ok. Lega bila doktor cakap macam tu. Memandangkan sakit yang amat dapat lah cuti sehari.

Pengajaran yang CikTeh dapat ambil dari sakit gigi ni :
1)  Kena berus gigi selalu - pantang pas makan terus gosok gigi (tabiat sekarang)
2)  Jaga kesihatan gigi selalu
3) Ini merupakan ujian dari-Nya dan juga penghapus dosa-dosa kecil
4) CikTeh juga perasan yang gusi CikTeh dah kurang berdarah bila gosok gigi. Lau dulu           pantang gosok mesti berdarah dua tiga tempat.


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Hoyeeee......ma CikTeh naik KL cuti Diwali and Awal Muharam.....Tak sabau nak jumpa depa.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews