Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Sunday 1 January 2012

Coretan akhir 2011

Assalamualaikum...


Hai semua dah lama rasanya dah tak ngadap laptop untuk blogging. Rasa macam malas nak menaip sedangkan cerita sungguh banyak nak share ngan korang semua. Lau buka internet pun just layan fb sat and baca blog orang. Buka blog sendiri tengok 2,3 minit then off. So dah alang2 dah taip nih meh cini semua layan celoteh CikTeh yang entah apa2 nih ye. Esok dah masuk tahun baru. So penuh wall fb dok letak status pasal celebrate new year lah azam baru lah segala. Sebut pasal azam baru, bagi CikTeh alhamdulillah azam tahun 2011 dah tercapai walaupun tak spenuhnya dan insyallah yang tak tercapai akan dibawa ke tahun depannya as usual. Azam apa yang dah tercapai dan tak tercapai lagi tuh biar lah rahsia ^_^.

Ok kita tinggal bab new year and azam baru nih sebab perubahan dan azam tahun baru memang ade je tiap2 tahun. So untuk perenggan nih nak cite sikit kenduri cukur jambul sepupu CikTeh semalam. Untuk kenduri semalam, 2 ekor kambing di sembelih dan 20 ekor ayam beserta lauk pauk kampung yang lain. Dan alhamdulillah semua licin terutamanya gulai kambing licin di awal hari selepas di serbu puak2 jemaah masjid selepas solat jumaat. Kami agak terkejut juga sebab kehadiran tetamu melebihi dari jemputan yang kami jemput tapi kami tetap layan mereka sebaik mungkin kerana e2 adalah rezeki mereka. Untuk majlis tuh CikTeh tak sempat nak capture gambar sebab macam yang CikTeh bagitahu tadi jemputan dari orang masjid terlalu ramai dan kesemuanya lelaki (of coz lelaki kan dah namanya sembahyang jumaat) so tak kan tiba2 CikTeh nak menyelit amik gambar tengah depa duk berselawat bagai kan. Dah la hari tuh just pakai seluar track ngan t-shirt je. Tak sempat sey nak balik tukar pakai baju kurung walaupun rumah dekat. Lagipun masa kenduri semalam CikTeh banyak habiskan masa duk dapur je tolong apa yang patut. Time kenduri semalam pun sehari sebelum majlis just 2,3 orang je yang datang tolong buat persiapan selebihnye datang pagi esoknye. Nasib baik semuanya dapat diberesing sebelum jemputan datang. Banyak gak lah lauk untuk kenduri semalam macam ulam-ulaman beserta budu dan sambal belacan, gulai kambing semestinya sebab menu utama, ayam goreng berempah (semua duk mintak resepi sebab sedap yang amat), keresek (tak tau lah korang panggil ape may b kerabu kot sebab ala2 kerabu lah tapi yang nih siap dengan rempah segala lah. Bahan utama ye jantung pisang muda), solok lada, agar2 (pencuci mulut), ikan kering, air sirap dan acar timun.  Alhamdulillah majlis dengan lancar walaupun ade sedikit ketidakpuasan dalam majlis tersebut tapi telah dianggap sebagai asam garam dalam mengadakan kenduri ^_^.

Dan yang terakhir sekali, beberapa hari sebelum majlis akikah itu berlangsung CikTeh sekeluarga telah berangkat ke KL untuk setelkan barang2 dan rumah sewa CikTeh sambil bercuti2 dengan family. Kami pergi sebuah kereta dari terengganu dan dari KL dalam 2 buah lagi yang menunggu kami untuk dibawa berjalan2 di sana. 2 malam kami bermalam di rumah Cdo kami di Setiawangsa dan sempat lah kami membuang matawang kami melawat kedai2 yang ada di Jusco, kedai 2 hengget, pasar malam, dan setelkan rumah sewa. Sebelum ke Serdang kami berjanji berkumpul di depan deretan kedai berhampiran dengan stesen Jelatek untuk sesi jalan2 kami seterusnya. Awalnya kami dibawa ke Tasik Perdana oleh my aunt and uncle. Setengah jam kat sana then move to Taman Burung tapi tak jadi masuk sebab mahal sangat lagipun just tengok burung je. So kami decide pergi zoo je lagi berbaloi sebab dengan RM25 hengget kami bukan saja dapat tengok burung tapi pelbagai jenis haiwan lain. So jalan2 sat sekitar luar taman burung dan sewaktu dengan nya then terus ke zoo. 2 jam kami habiskan masa kat zoo tengok pelbagai gelagat haiwan dan satu zoo kami lawat dengan jalan kaki ramai2. Awalnya nak naik tram tapi pikir balik tak best naik tram sebab tak mencabar. Jalan kaki lagi best boleh lari2 ^_^. Dan alhamdulillah my aunt yang tengah sarat mengandung 7 bulan ok je jalan kaki selama 2 jam tuh. Habis di zoo kami terus ke kampung baru untuk makan segala. Lepas makan dan semuanya kami terus balik ke Bangi. Esok nye dalam kol 11 kami ke ke shopping mall lagi sebab my sis nak beli barang untuk Amani so my aunt bawa p kat Anakku dan Manjaku. Dalam sejam lebih kat situ then gerak ke Klang rumah my aunt yang sorang lagi. Sebelum sampai rumah dia singgah econsave beli barang dapur sikit. Sampai rumah my aunt then masak, makan segalan pas asar gerak ke Plaza Alam Sentral. My aunt and uncle nak bawa my mum ke satu kedai yang jual barang perhiasan rumah. Asalnya my mum nak cari bakul buah je tapi biasa lah orang perempuan kan apatah lagi ada anak dia lagi 2 orang nih yang cuba untuk menghabiskan matawang mak diaorang dari nak cari bakul je terus borong barang2 lain sekali. Murah2 lak tuh that's why my mum borong banyak hari tuh then masalahnye bawa kete kecik nak muat semua tu fuhhhhh......silap ari bulan ranap kete tuh. Tujuan asal nak bawa balik barang2 CikTeh bertukar lak sebab keta penuh dengan barang2 yang my mum borong. So barang CikTeh mintak my BIL tolong bawa balik CNY nanti e2pun kena pick up kat Cherating. Habis borong kat kedai Romantik tuh (nama kedai tuh lau tak silap romantik kedudukan kedai tuh hujung sekali tingkat atas sekali berhampiran dengan pintu masuk Sri Pentas) kami terus ke kedai makan untuk dinner tapi hampeh nye kedai makan sebab makanan dia tak sedap just makanan my aunt ngan CikTeh je ok yang lain KO. Esoknye sebelum berangkat balik ke Terengganu kami singgah sekejap kat Manjaku sekali lagi sebab my sis tak puas hati and nak beli lagi barang2 untyk anak dia. Singgah sat je then kami teruskan perjalanan bersama my aunt sekeluarga dan my BIL follow kitaorang sampai ke Genting Sempah. Sampai sana kami lunch sesama dengan bekal yang my aunt sediakan dan tak lupa bila berenti situ kami akan beli buah berangan. memang sedap buah berangan kat situ. Kemudian kami bersurai balik ke destinasi masing2....kami ke Terengganu, my aunt and uncle ke nilai shopping and my BIL balik sungai buloh......e2 lah last cuti2 kami untuk tahun 2011. Gambar masa bercuti akan di uploadkan kat Page Galeri kat atas tu ye tapi bukan sekarang sedikit masa nanti sebab sekarang musim ujan so line agak lembab sikit.


Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: psssstttttt....rumah CikTeh dah naik air......


Air melimpah bahagian luar dapur

Tenggelam dah satu tangga

Dalam bilik air

***alhamdulillah air dah surut***

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews