Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Sunday 17 July 2011

Nisfu Syaaban

Assalamulaikum...




Rata-rata sekarang bercerita tentang Nisfu Syaaban. Tak kira lah kat Facebook ke Twitter ke semua dok cakap pasal malam nisfu Syaaban. Mana tak nye banyak kelebihan Malam Nisfu Syaaban nih. Antaranya ialah malam pengampunan dan bermula lah kisah baru dimana buku lama akan di angkat untuk penghitungan. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib). So CikTeh tak nak terlepas peluang juga untuk bercerita tentang Malam Nisfu Syaaban. Actualy semua info ni CikTeh amik kat internet je. Yelah CikTeh ni bukan tahu sangat bab2 agama ni tapi tak de lah jahil sangat. Lagipun benda2 macam nih kita as Muslim should take note for our knowledge (wow speaking London pulak minah ni...hehehehehe).

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:


Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].


Selain itu juga,  amalan membaca Yassin juga turut di amalkan. Namun harus diingat di sini bahawa membaca Yassin sebanyak 3 kali seperti mana yang di amal kan haruslah diperbetulkan kefahaman kebanyakkan umat Islam kerana bacaan Yassin pada Malam Nisfu Syaaban sebanyak 3 kali adalah tidak Warid (tiada sandaran) mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W .Tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah. Kita juga di sunatkan untuk sembahyang sunat Nisfu Syaaban disamping berpuasa sunat Syaaban.


Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)
1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.


Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)

Info Diambil : Klik Disini

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

 
Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.


 
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Alhamdulillah salah satu amalan yang diamalkan umat Islam di bulan Syaaban, CikTeh dah laksanakan. Insyallah akan pertingkatkan amalan2 lain disamping perbaharui amalan dalam buku baru. Habis Syaaban, Ramadhan bakal kembali lagi. Rindu sungguh suasana bulan Ramadhan. Oklah CikTeh berhenti disini dulu lagipun tangan hampir kematu tahan sejuk dalam bilik nih.

Sekian,

-CikTeh-

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews