Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Tuesday, 24 April 2012

24 April 2012



Happy birthday to me sweet 27 years old......Oh My Gucci I makin muda you olls ^_^

My first day training at Lensa Film.....create poster for Animation Series of Kenyalang

Got 2 interview : 

  1. Kedah (22 Mei 2012) - Executive - Permanent
  2. Kelantan (30 April 2012) -Executive( Sumber Manusia) -Contract

Awal nya nak pi interview kat Kota Bharu tu sekali check balik rupanya contract je so tak jadi nak pi. Yang kat kedah tu tak sure lagi macam mana. Training kat Lensa Film buat masa ni ok je. Staff dia punya hasil kerja pun wow superbbbbbb beb. CikTeh tengok pun rasa kerdil giler diri ni banding ngan diaorang tapi ok lah kan depa kerja dah 4,5 tahun paling awal pun setahun tapi CikTeh nih baru sehari kerja kat situ budak praktikal lak tuh. Harap-harap CikTeh leh la belajar sedikit demi sedikit macam mana nak hasilkan siri animasi ni. Terasa nak cuba bila tengok diaorang buat 3D. Nampak diaorang buat senang je tekan tu tekan ni, pusing sini pusing sana tapi lau buat sendiri memang hampeh. Dulu pun belajar maya pun terasa macam nak muntah buat tutorial dalam lab. Susah giler. Macam tuh lah lau dah dalam kepala dah set subject tuh susah memang jadi susah lah kan. Harap-harap dapat bertahan lama kat situ and leh jadi permanent sebab peluang kat situ amat lah cerah dan pengalaman kerja kat situ sungguh berharga. Tapi naluri kerja CikTeh lebih kepada bidang kerja Admin or HR. Multimedia memang minat tetapi bidang HR and admin lebih menguasai. Pening sebenarnya sebab dalam keadaan macam nih masih lagi keliru dengan apa yang CikTeh nak. Tetapi kuat hati dan diri CikTeh ke arah bidang HR and admin. CikTeh bukan tak suka multimedia, suka memang suka tetapi pemikiran kreatif tu yang susah untuk CikTeh hasilkan sesuatu product. Tengok lau dah dalam diri set susah memang susah and tambah lak minat yang tak menebal so memang susah lah kan ^_^. Pe pun semoga segala urusan CikTeh dipermudahkan dan insyallah jika di situ rezeki CikTeh, I have to accept it dan cuba sedaya upaya untuk majukan diri.

Sekian

-CikTeh-
Kaki Nota: Thanks a lot  for those yang wish birthday CikTeh. Amat menghargainya......masih menunggu wish dari cikgu...lau dah nama nya lelaki memang pelupa kan...huk3 


Monday, 23 April 2012

Lensa Film Lagi


Hari ni pergi interview kat Lensa Film. Alhamdulillah CikTeh diterima training kat sana tetapi yang ni depa bagi 3 bulan training and then jika bagus dia akan serap untuk bekerja kat situ if tak CikTeh just budak praktikal je lah selama 6 bulan kat situ. Awal-awal sampai tadi agak cuak dan berdebar tapi bila dah masuk and ditemurah oleh Manager Director hilang sikit nervous tu lagipun Dato' Sean Sulung(Manager Director/founder) peramah dan cakap pun BM so senang lah sikit nak berinterkasi dengan dia. Semalam bukan main lagi CikTeh praktis speaking London sampai tergeliat lidah nak menyebutnya tapi alhamdulillah Allah beri kesenangan sikit semasa sesi temuduga. Pas sesi temuduga, CikTeh dibawa melawat bilik-bilik editing diaorang. menurut Dato' Sean, dia cakap nak pakai ramai budak multimedia sebab kerja amatlah banyak tambah lak project yang terbaru dia dapat dengan TV AL-HIJRAH untuk siri kanak-kanak. So tadi dia de bagitahu kat CikTeh sesiapa yang berminat dengan multimedia terutama dalam bidang animasi or design or whatever related to multimdia, dia mintak datang apply kerja kat Lensa Film. So tadi ada lah CikTeh wara-wara kan kat kawan CikTeh. Esok dah start training and sebelum tuh Dato' Sean mintak jumpa dia dulu untuk briefing pasal kerja yang akan dia beri tu. Takut, nervous, gementar semua ada nih. Tak tau lah macam mana nak berhadapan dengan alam pekerjaan yang sebenar esok. I hope I can do the best and satisfy him. 

Masa sampai tadi ada lah sorang dak laki perserta GEMS gak untuk interview. Memang awal-awal lagi tau dak GEMS sebab dia bawa beg GEMS siap bawa portfolio lagi. Dalam hati dah cuak sebab CikTeh tak bawa pun portfolio just bawa sijil2 je. Tapi ok gak tak bawa sebab Dato' Sean just tengok borang temuduga dengan hasil kerja CikTeh masa study dulu je. Itu pun sikit je yang ada yang lain semua entah hilang ke mana and ada yang dah corrupt. Nak cuba berbual tapi tak tau nak start mana last-last masa dia dah nak balik baru lah dapat sembang kejap sebelum kena panggil untuk interview. Rupa-rupanya dia dak GEMS kat Cherating.

Pas habis interview terus tunggu teksi untuk balik tapi nampak bas ke KL Sentral so tak jadi naik teksi sebab mahal. Tadi datang naik teksi kena RM15 hengget. Ni naik bas kena RM1.90 je. So esok kena keluar awal naik LRT turun KL Sentral then amik bas ke tempat kerja. Harap-harap tak lewat sepanjang training nih. Risau gak takut terbabas maklumlah masuk kerja pukul 8.30 so kul 7 dah kena gerak and yang paling risau nih pakaian. Adoiiiyaiiii......tak tau nak cekau mana baju untuk pi kerja sebab CikTeh bawa sikit sangat baju. Ingatkan lambat lagi kerja paling kurang pun seminggu pas tu ke sempat lah nak balik kampung amik baju segala tapi ni esok terus kerja. Mana la nak cekau baju nak pi kerja. Nak pinjam makcik nye tak sama saiz......nampaknye buat seminggu dua nih buat tebal muka lah pakai baju yang sama sebelum balik kampung 30hb ni amik baju and untuk temuduga kat Kelantan nanti.

Ok you olls, malam dah makin larut and hujan pun dah makin lebat selang seli dengan angin kuat, so CikTeh masuk tidur dulu and please forgive me and Good Night :-)


Sekian



-CikTeh-
Kaki Nota: Harap-harap CikTeh dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri CikTeh either Lensa Film or executive Sumber manusia.....:-(

Friday, 20 April 2012

Lensa Film Sdn Bhd


Sebelum ni ada CikTeh bagitahu yang CikTeh terlepas 2 panggilan dari GEMSB kan? So petang tadi dapat lagi panggilan dari mereka tapi guna no handphone lak bukan guna no opis. So awalnya CikTeh tak layan sebab no tak kenal. A few minute I got a message from that number. It's from GEMS SECRETARIAT. They said that they have arrange an interview for me at Lensa Film on this Monday at 10.00 am. I'm so excited but after I research about this company I started to feel nervous and afraid. Does anyone know about this company? or ever heard about Lensa Film? For me, it is my first time and after I search about Lensa Film I know that this company involved in a lot of film industry especially RTM. One of their product that I noticed is  Cartoon "Kacang". If I not mistaken "Kacang" is the popular cartoon series first and I ever saw this series before. 

If you see their WEBSITE, you may know why I started to feel nervous and afraid. Even though this in only an interview but for me it is a chance that I look forward to expanding my career with what I have learned this before.  

I hope my interview session will be run smoothly and get opportunity to work with them. Please pray for me too....amin


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota:Apa yang di pakai nanti ye?CikTeh bukan ade pun formal attire untuk ke opis just baju kurung je....ok kot????

 

Cup Cake Chocolate



Hari ni main masak-masak lagi dengan kakak. Plan nak buat cup cake coklate. So tadi tengah hari buat lah dengan kakak. Kakak yang sebenarnya beria nak buat. Dari semalam lagi duk ajak buat. Actually ni pun first time CikTeh buat cup cake. Sebelum buat pastinye seacrh resepi kat internet and then dah dapat terus ajak kakak buat cup cake kat anjung luar dapur. Bahan-bahan semua dah ade so buat lah kami berdua. 

Pas bakar cup cake tuh bawa lah kua dari oven. Excited giler nak tengok cup cake tuh sebab tengok dari luar cantik sangat bukan main lagi naik nye cup cake kami. Sekali dah bawa kua dari oven terus cup cake tuh mendap. Frust giler. Kakak buat muka tak puas hati. Memang tak puas hati kan kakak. Ye lah penat kot CikTeh pukul adunan tuh last-last tak menjadi. May be my sis cakap letak dalam cup cake tak penuh kot. Mungkin juga and tak tau lah sape nak makan cup cake tuh. Ikut hati nak humban je dalam tong sampah tapi sayang lak. CikTeh nak makan memang CikTeh tak suka. CikTeh suka buat je. So letak je atas meja tuh ade orang makan habis lah lau tak de gak tong sampah juga lah tempatnya.

Baru berangan nak buat deco cantik-cantik and berangan nak buat untuk esok tapi itu jadinye.....my mum pun tak tau nak buat apa sebab my mum lau bab kek nih dia kurang sikit tapi lau bab lauk and biskut or kuih muih dia memang pandai. So gambar cup cake CikTeh yang tak menjadi tu CikTeh tak nak upload sebab buruk sangat jadinya. Best buat apam polka dot lagi dari buat cup cake (ayat orang tak pandai buat cup cake).

And hari ni just duduk kat rumah je. May be malam ni kua jap p bandar sebab my mum nak beli barang. Check email pun tak de lagi berita dari GEMSB. Dapat lagi call dari GEMSB tapi masa tuh tengah mandi. Terlepas lagi. Time kita tunggu tak pula dia call tapi time kita leka dia call lak. Call balik dia cakap tak tahu sapa yang call. Aduyaiiiiii...parah betol......so tunggu je lah and pastikan tel mesti kat depan mata je.

OK lah semua CikTeh nak p makan laksa peneng sat. Tak makan tengah hari lagi nih ^_^. So CikTeh mintak maaf banyak-banyak if ada salah silap CikTeh and see you next entry.


Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota:Seronok tengok kawan-kawan yang dah berumah tangga....insyallah 2014 menjadi kenyataan ^_^




Celoteh Hari Khamis


CELOTEH 1
Hari ni macam biasa je rutin harian CikTeh. Amani pun macam tu juga. Demam tak habis2 lagi. My sis dah start risau sebab dah banyak kali dia demam baik demam baik. Insyallah nanti my sis nak pi hospital check darah or buat medical check up untuk Amani sebab orang cakap biasa nya lau macam ni ade kuman dalam darah. So that why my sis nak buat check up untuk Amani. Pagi tadi dia dah ok tapi masuk tengah hari badan dia kembali panas sampai lah ke malam. Lau pun dia demam tapi bila lepas main kat luar bukan main happy lagi dia tambah lak petang tadi ramai sedara mara datang berkumpul sambil minum petang. Makin galak lah Amani bermain. Yang penatnye CikTeh dia lah sebab dok kejar dia ke sana sini. Dan yang terkini kakak pula demam tapi gelagat macam tak demam. Badan dah start panas. Jangan berjangkit satu rumah sudah lah. Ramai yang cakap Amani tak selesa kat sekolah sebab tu lah demam tapi my sis tetap nak pi buat check up untuk Amani takut apa-apa jadi nanti. 

CELOTEH 2
Malam tadi tengah tengok tv my kawan masej tanya pasal placement dah dapat belom. Agak kecewa yang amat sangat sebab CikTeh belum dapat lagi. Semangat giler pi check email tadi hampeh takde. Tapi petang tadi ade dapat call dari GEMSB tapi tak persaan lak sebab sibuk layan Amani main kat luar. Esok nak try call balik. Tak sabar nak training. Entah kat mana nanti dicampaknya untuk training 6 bulan tuh. Harap-harap dapat observed  absorb terus dari company yang amik CikTeh training tuh. Berharap sangat sebab jobless sekarang.

CELOTEH 3
2,3 menjak nih perasaan rasa macam tak berapa ok sebab nye tak tau. Macam nak merajok pun ada tapi tak tau nak ngajuk pasal apa and dah tau lau ngajok pun diri sendiri gak yang pujok. Masalah betol CikTeh 2,3 menjak nih @_@ Mesej pun malas nak send tapi nasib baik cikgu faham kita. Cian kat cikgu. Nasib juga cikgu sibuk ngan kursus sana sini and keje cikgu yang senantiasa ada. Lau pun sibuk cikgu tak pernah lupa nak mesej kita. Thanks sesangat cikgu atas ingatan tulus ikhlas cikgu tu.

CELOTEH 4 
Diet CikTeh tak menjadi lagi sebab masih lagi tak boleh nak kawal pemakanan CikTeh terutamanya nasi. Cuma yang boleh dikurangkan jumlah pengambilan nasi je dah dapat dikurangkan. Tadi niat asal tak nak makan nasi sebab my mum buat mee soup. Masuk dapur sekali terbaur tempoyak yang my mum bawa balik dari opis dia. Apa lagi buka periuk terus makan nasi dah tak ingat dah kat mee soup tuh. Petang tadi gak my aunt sampai tak kenal CikTeh. Apa tak kenal nye sebab dia kata makin berisi. Sedih betul dengar kata-kata my aunt tu.huhuhuhu.....dietttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

Ok lah nak tidur dah esok nak buat cup cake or cake dengan kakak. Dah banyak hari dah dok merungut tanya bila CikTeh nak buat kuih. Janji nak buat cake untuk dia tak buat-buat lagi. Sorry kakak CikTeh kakak nih angin malas tengah melanda. Esok insyallah buat sebab my mum dah beli paper cup and dah warning kat CikTeh jangan tak buat pula sebab dah beli paper cup tu. Dah ler mahal katanya lau tak buat gak memang membazir lah.

Ok semua sebelum CikTeh say Zai Jian (Good Bye) CikTeh mintak halalkan segala-galanya dan maafkan CikTeh andai terkasar bahasa dan mengguris hati anda semua sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja dengan kata-kata dalam blog CikTeh nih....adios amigos.....Assalamualikum and good nite ^_^


Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota:Ke mana esok plan untuk berhujung minggu dengan family???

Wednesday, 18 April 2012

Kisah Amani


Sejak dua menjak ni CikTeh banyak bercerita pasal Amani je kan. Maklumlah anak buah tengah sakit so idea nak menulis just terpikir kat Amani je. Mama Amani dah balik tadi. Amani pun dah nampak kebah demam nye laupun tadi pagi suhu badan dia tak turun malah makin naik. Pas kena jelung dengan air daun rambutan demam dia agak beransur. And malam ni dapatlah dia tidur nyenyak dengan mama dia. Hari ni kerja Amani tido je sampaikan CikTeh dia pun tido sekali teman Amani. Mana tak nye dia tidur-tidur ayam. Baru je CikTeh nak bangun dia buka mata. Masa mama dia balik pun tidur juga and tak berenggang(betol ke eja nye tuh) dengan mama dia. Rindu benar kat mama dia. And semalam lepas CikTeh habis tulis blog CikTeh masuk bilik sebab dengar macam Amani meragam tapi rupanya bukan Amani tapi tokma Amani bising-bising panggil CikTeh bagitahu Amani tak de atas katil. Terkejut juga awalnya sebab macam mana boleh missing kan. Rupa-rupanya Amani jatuh katil. Dah block dengan bantal pun dia boleh bolos benteng bantal tuh. Cepat-cepat CikTeh angkat dia takut lemas sebab dia jatuh and tersekat dengan kelambu. Rupanya dia lagi nyenyak tidur macam tak de apa-apa berlaku kat dia. Amani memang buas tidur nya. Sekejap pusing sini sekejap pusing sana and sekejap panjat atas tokma dia nak tidur and macam-macam lagi. Baru tadi dengar macam orang terhantuk kat dinding. Pi jenguk rupanya Amani terhantuk kat dinding. Mama dia dah block dengan bantal pun boleh lagi terhantuk. Kesian sungguh si Amani nih. Tapi dia seorang kanak-kanak yang berani dan kuat serta petah bercakap. Esok Amani stay kat rumah lagi. Mama dia cakap minggu ni Amani duduk rumah dengan CikTeh. So seminggu lah Amani tak ke sekolah. Mama Amani nak Amani betul-betul sihat dulu baru pi sekolah. Minggu depan mama Amani kursus lagi kat Setiu and Amani akan di bawa sekali bersama CikTeh. Wah seronok lah Amani dapat jalan-jalan duduk resort lak tuh. CikTeh pun happy gak dapat jalan-jalan sambil amik angin and amik gambar. Ini maknanya CikTeh kena postpone lagi lah nak naik KL. Interview tu pun may b tak pergi kot sebab kat rumah CikTeh lebih diperlukan ^_^. 

CikTeh stop berceloteh kat sini dulu sebab ade keje lain sikit nak buat. So as usual please forgive me for everything that I have done and good night......



Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota:Maaf jika tiada berita dari saya untuk kamu....kita tengok apa yang DIA tentukan untuk kita ^_^


  

Monday, 16 April 2012

Demam Rindu


Subuh tadi Amani start meragam tak boleh tido sebab idung tersumbat. So CikTeh juga terpaksa berjaga. Dari tidur dalam bilik berpindah ke bilik mama Amani tidur sana then berpindah lagi tidur kat ruang tamu sampailah pagi baru angkat dia tidur dalam bilik mama Amani balik. Dalam pukul 8 mandikan Amani dan bersiap untuk ke klinik. My sis yang tolong hantarkan kebetulan dia nak masuk kerja pukul 10. Dalam pukul 8.30 gerak ke klinik. On the way ke klinik badan Amani panas sangat. Subuh tadi lagi badan dia panas tapi CikTeh ingatkan panas sebab cuaca and memang dia macam tu sebab Amani memang seorang budak yang kuat berpeluh lau pun dalam air-cond. Sekali tuh badan Amani macam menggigil-gigil. Risau CikTeh di buatnye dan berharap Amani just demam biasa-biasa saja. Sampai klinik terus my sis tolong daftarkan then dalam 5 minit nama Amani di panggil untuk timbang berat. Alhamdulillah berat Amani naik sebanyak 9.3kilo. Then nurse suruh masuk bilik rawatan untuk check suhu badan Amani memandangkan CikTeh bagitahu yang Amani demam. Check lah suhu Amani tetapi sampai ke 38.5 termometer still tak bagi signal lagi untuk berhenti. Masa kat rumah tadi dah check pun termometer macam tu juga. Nurse dah mula risau sebab suhu sangat tinggi. Masa check suhu Amani dah terlena kepenatan. Nak tak nak nurse terpaksa hentikan bacaan suhu badan Amani dengan anggaran 38.7. Then kami diminta untuk ke bilik doktor. Kat bilik doktor Amani di  cucuk dengan ubat untuk menghilangkan panas badan. Sementara untuk check suhu yang ke dua, Amani kena "jelung" (bahasa kami kat sini) tapi korang tak tau lah panggil ape......maksudnya lumurkan air kat badan untuk hilangkan panas. Kena jelung dalam 30 minit. Dan sepanjang kena jelung tu lah Amani meragam manggil mama dia. Gamat bilik doktor sepanjang Amani ada. Bila CikTeh dukung dia baru lah dia ok sikit. Sayu je time dia meragam panggil mama dia. Sedih CikTeh dengar tapi tahan je nak nangis sama dengan dia. Pas kena jelung kat klinik nurse amik suhu badan Amani. Bacaannya turun sikit 37.3 tapi doktor cakap masih lagi tinggi laupun dah turun. Dah siapkan pakai Amani segala, terus pi kaunter amik ubat and tunggu my sis datang. My sis balik kejap amik barang Amani sebab tadi datang just sehelai sepinggang. Balik rumah bagi Amani makan tapi Amani tak de selera nak makan. Susu pun dia tak nak. Last dia minum habis susu dia on the way balik dari klinik. Pastu dia dah tak nak. Balik klinik dia main dengan kakak sekejap sebelum dua-dua terlelap diikuti dengan CikTeh. Sedar tak sedar my sis tel tanya anak dia macam mana. Pas my mum balik petang tuh baru lah CikTeh dapat kemas rumah. 


Amani demam berterusan sebab ade kuman dalam darah....alhamdulillah dia dah sihat
Cian Sayang CikTeh
Siang tadi badan Amani dah ok tapi tiba malam badan dia dah panas kembali. Nampak dia kepenatan tapi bila tengok abang ngan kakak main dia pun nak main lau pun badan tak larat. Baru sat tadi CikTeh pi tuam badam dia dengan towel and amik suhu badan dia. Masyallah makin naik rupanya. Lau dari dah turun 37 something la ni dah naik 39.3. My mum risau and lau esok tak kebah and tak turun suhu badan Amani tuh nampaknye kena bawa pi klinik lagi. Kesian Cikteh tengok dia. Dah la susu tak nak minum, makan nasi pun tak nak, tadi bubur nasi berapa suap je dia makan selebihnye duk makan keropok(makanan kegemaran Amani) sambil tengok abang ngan kakak main.


Ok lah Amani meragam lagi. CikTeh pi tengok Amani dulu jumpa di celoteh akan datang ye ^_^ sebeum tu gud nite and i'm sorry for everything......."selamat malam sayang"....."windu kamu juga :-)


Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota:Semoga Amani cepat sembuh ye sayang...nanti CikTeh bawa pi jalan-jalan naik motor 

Total Pageviews