Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Wednesday, 15 May 2013

Ujian Kesihatan Dari-Nya

Assalamualaikum...

Hai blogger and readers semua...sihat? Alhamdulillah lau semua sihat. Kesihatan CikTeh agak tertanggu sejak semalam. Tak tau kenapa. Semalam balik kerja macam biasa then lepak kat depan tengok Master Chef Selebriti 2. Habis program tu tengok Meletop pula then baru pi mandi. Masa mandi dah rasa kat belakang sakit-sakit and sengal-sengal. Ingatkan sekejap je rupanya sampai ke hari ni terasa sakit. Bukan sakit je tapi nak bernafas pun susah. Bernafas melalui mulut k itupun terasa sakit kat belakang and rasa macam tersekat kat dada. Semalam tidur memang terganggu. 2,3kali bangun sebab tak selesa and sakit-sakit. Tido pun tak leh gerak banyak. Nak pusing kiri kanan pun slow-slow je pusing. Ingat hari ni nak gi klinik check tapi rasa malas lak. Sampai ofis buat kerja macam biasa laupun badan tak selesa. Ngan batuk lagi and setiap pergerakan akan rasa sakit and effect kat belakang. After lunch pas settle semua kerja mintak Kak Erni urut. Urut dalam 10 minute je sebab tak tahan sakit. Dah ni first time urut. Sebelum ni memang tak pernah berurut. Awalnya leh tahan tapi lama-lama tak tahan sakit sangat. Pas urut rasa kejap je ok pastu rasa sakit macam tadi balik. Yang tak tahan tu nak bernafas macam tak lepas. Tak tau la sebab period or apa. Biasa lau period just sakit pinggang je tapi ni pinggang memang tak terasa sakit pun tapi atas pada pinggang lak sakit. Belah kiri je pulak tu yang sakit. Batuk pun sakit. Kawan cakap gastrik. Pelik gak lau gastrik kan kat perut tapi ni tak de lak rasa pe2 kat perut. Or CikTeh yang tak tahu gastrik boleh menyerang kat bahagian lain selain perut..Malam ni tak tau la boleh tido ke idak ni. Adakah ini akibatnya tak minum susu or faktor usia? Tak kan lah faktor usia kot? May be juga sebab tak jaga kesihatan. Dah la susu tak minum, ais menjadi-jadi di minumnya. So lau malam ni and esok tak hilang gak sakit ni, CikTeh plan nak pi klinik buat check up. Risau gak lau jadi apa-apa kan. Harap-harap ni penangan period je lah. 


 Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Kursus kawen hujung minggu ni.......nak pi ke idak?

Tuesday, 14 May 2013

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum....

Selamat hari Ibu buat mereka yang bergelar ibu, mama, mami, mak, bonda, mek, dan seangkatan dengannya. Alhamdulillah ma CikTeh masih lagi di beri kesihatan yang baik dan dapat meneruskan hidup bersama-sama anak cucuya. Untuk hari ibu kali ni  kami celebrate awal sikit sebabnya time hari ibu semua dah balik KL. Actually CikTeh pun tak tahu yang my sis nak celebrate tup-tup dapat mesej dari  my sis bagitahu yag dia dah belikan kek. So dia suh CikTeh prepare air and makanan lain. Kelam kabut CikTeh pi bancuh air dan goreng nudget sikit. Itupun nasib baik ada makanan ringan dalam peti ais. Tunggu nye tunggu my sis pun sampai lah rumah then terus bawa kek ke dapur tapi tak dapat bawa masuk sebab my mom ada kat dapur tengah masak. Nak tak nak kami buat bodo je bawa masuk then terus bawa ke beranda dapur. Awalnya my mom dah nampak tapi tak tahu lak yang kek tu untuk dia. Ingatkan my sis beli saja-saja. Dah prepare segala panggil la my mom then masa tu lah dia agak terkejut and senyum je.......Panggil mak semua untuk potong kek dan makan-makan sikit. Untuk hadiah lak CikTeh plan memang nak beli and nak pos tapi tak tau nak beli pe. Last-last pikir balik beli untuk besday dia nanti je lah. Ingat nak beli jam tapi my mom ni sensitif sikit kulitnya. Silap beli membazir la jawabnya tak pakai. Nak beli beg or purse memang dah banyak dah dalam almari dia tu. Kadang-kadang dia tak sempat pakai pun rosak gitu je dalam almari. Tapi biasanya anaknya yang sorang ni la tolong pakaikan.....hahahahaha.....Setakat ni masih lagi mencari-cari hadiah apa nak bagi kat my mom untuk mother's day dan besday dia kali ni. Lau boleh nak yang special la sikit. Memang every year tak pernah miss bagi my mom hadiah laupun hanya sekeping kad. Bila tak bagi ni rasa macam ralat sikit. Itu yang besday dia nanti nak bagi special sikit. Kat bawah ni ada lah beberapa keping gambar yang sempat CikTeh cilok kat fb my sis....

Mother's Day Card for My lovely Mother....
CikTeh kenak ^_^
Simple je sambutan hari ibu...last minute 
Ni lah mak ngan ma kami
Peace from Amani
Suka sangat makan kek......tapi memang kek tu sedap sengoti
We love ....muahhhhh
Ni siap-siap nak pi hantar CikTeh naik bas
Berebut nak buah cherry padahal bukan sedap pun
Tak habis-habis ngan peace dia

 Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Tak sabar nak tulis entry HARI GURU lak ^_^


Thursday, 9 May 2013

PRU 13

Assalamualaikum........

Entry kali ni bukan nak cakap pasal politik sangat pun sebab CikTeh memang tak minat pun nak cakap bab politik ni. Bagi CikTeh walau pun kita sokong parti tu tak semestinya kita kena terima bulat-bulat apa yang depa katakan, apa yang depa lakukan. Kita dah besar panjang and dah boleh fikir mana yang baik mana yang buruk. Tak perlu lah nak burukkan sesama sendiri. Macam CikTeh walaupun CikTeh tak amik pot sangat pasal politik ni tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. So entry kali ni just nak cerita pasal pengalaman pertama pergi mengundi. 

Ok awalnya beria nak balik kampung bukan sebab nak mengundi pun tapi amik peluang nak jumpa family je tapi time hari mengundi tu rasa berkobar-kobar lak tapi kejap je sebab kena beratur panjang and cuaca panas. CikTeh mengundi kat sekolah menengah kebangsaan jabi di saluran 3. Saluran 3 adalah untuk mereka yang baru berdaftar and saluran ni lah Q paling panjang. Kat 2 jam gak la beratur tunggu giliran. Nasib sekali ngan mak cik and kakak so bersembang la kami. Bagi mereka yang preggy and bawa anak mereka di beri keutamaan dahulu. Tiba masa CikTeh buat pemilihan, langkah dengan kaki kanan siap baca bismillah lagi then pergi kat petugas SPR check nama then calit dakwat biru kat jari kiri and depa baca nama CikTeh. Siap mengundi terus keluar and tunggu mak cik and kakak. 

Apa yang best mengundi ni selain daripada melaksanakan tanggungjawab kita kepada negara  ia juga dapat mengeratkan hubungan sesama kita. CikTeh jumpa ramai kawan-kawan sekolah. Bayangkan dah lama tak jumpa padahal duduk sekampung je and ada yang duuk tepi rumah je kot tapi time jumpa kat tempat mengundi baru nak sembang then mula lah banyak cerita nak bagitahu. Tapi masa mengundi ari tu kejap je jumpa depa semua sebab masing-masing ada urusan masing-masing. Nak balik cepat sebab tinggal anak la, ada yang nak balik cepat sebab nak balik rumah mak mentua la and ada yang kejar nak balik sebab esok dah nak keja. Semua kawan-kawan CikTeh tu dah berkeluarga. Seronok tengok kawan-kawan yang dah berkeluarga ni.

Cuti kali ni CikTeh ponteng sehari. Dapat lah jemput Kakak balik sekolah and spent time with my nephew and nieces. Lupa nak cerita masa on da wy balik kampung kereta kami broken down kat tol kuantan. 2 jam tunggu plus datang tambah lak tunggu mekanik lagi. Sepatutnya kami sampai rumah dalam pukul 12 malam  terpaksa tunggu kereta siap pukul 3 petang lebih baru sampai rumah. Nasib baik jalan tak jam. Then masa tunggu bas nak naik KL lak bas boleh buat hal pukul 11 malam baru nampak bayang bas. Dah la depa tak dak bagitahu pe pun delay. Bila pi tanya boleh pula buat muka jawab acuh tak acuh je. Geram giler. Bab tu CikTeh tak suka naik bas ekspres selain bas Sani. And macam biasa anak buah CikTeh akan menangis bila CikTeh dia nak naik bas. Kakak awal-awal lagi tak nak ikut and muka bleh nampak tahan air mata. Tapi Amani mula2 macam kakak juga then pas naik bas my mom call bagitahu suruh pandang keluar. Sebak rasanya bila tengok Amani menangis and langsung tak nak cakap ngan CikTeh bila my mom passed the phone to her. Tapi tu kejap je. Alhamdulillah CikTeh selamat sampai di KL and mula kerja macam biasa.

Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: Risau my cikgu tak sihat tapi terpaksa bertahan demi perjuangan anak didik...hope bie get well soon






Tuesday, 7 May 2013

24 APRIL 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah  24 April 2013 yang lepas genap la 28 tahun saya dapat melihat alam ciptaan-Nya yang cukup indah. Dan genap setahun juga saya perah tenaga kat Lensa Film Sdn bhd. Besday kali ni amat lah meriah dan sangat-sangat best sebab banyak kejutan yang CikTeh dapat dari semua pihak. Antara yang bestnye besday CikTeh kali ni adalah :

Orang yang pertama wish besday of course la my cikgu....pagi-pagi subuh lagi dah dapat mesej dari my cikgu :-)

Then satu studio nyanyikan lagu happy besday untuk CikTeh. Masa tu baru nak start shoot ULK untuk loghat negeri Sabah. Memang surprise sangat la sebab tengah duk sibuk set up pc and slide tiba-tiba tuan director mention nama CikTeh. Ingatkan apa rupa nya depa nak nyanyi sama-sama lagu besday. And paling best tu artis pun ada sekali masa tu. Antaranya Atu raja lawak, kartina aziz and Ropie cecupak. Memang terharu sangat-sangat and hampir nangis tapi tahan....malu wei nangis depan orang semua. Ngan audience lagi kat depan......

Then beberapa hari pas tu dapat present dari production department. Depa bagi CikTeh beg tangan color kesukaan CikTeh. Memang suka sangat-sangat beg tu......

Then lagi selepas beberapa hari pas tu, after lunch kak ila ada bagitahu yang ada parcel kat meja CikTeh. CikTeh dah dapat agak dari siapa sebab my cikgu ada bagitahu yang dia nak pos novel kat CikTeh. So CikTeh ingat novel la. Sekali pas lunch tengok bungkusan lain. My cikgu bagitahu nak pos 3 kotak novel tapi ni satu kotak je. Then bila angkat takde la berat macam buku. Then terus buka sebab excited nak tahu apa kan. Buka-buka......tadaaaaaaaaaaa......kain sepasang dan beg coach. Agak terkejut juga dan terharu sebab dapat hadiah dari my cikgu. My cikgu dah pandai sekarang pilih barang untuk CikTeh. Kain sutera sarawak tu design nye memang CikTeh tak berapa suka sangat tapi sebab color coklat itu yang buat CikTeh suka sangat-sangat.

Malam tu mesej my cikgu said thanks a lots and segan juga ngan dia sebab 2,3 hari sebelum tu kami gaduh sikit. Semua tu gara-gara artikel kat akhbar. CikTeh la amik pot sangat apa yang akhbar tulis. Emo sangat. Tapi alhamdulillah kami dah ok.

Color sebenar coklat

besday wish from production department

besday gift from production department

suka sangat combiation color beg ini ^_^
Ni kidnap dari gugel tapi yang CikTeh nye color red and same design



Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: Malam ni dah naik bas balik kl...bosan nye balik kl......wawawawawawaaaaaa

Sunday, 14 April 2013

Berserah

Assalamualaikum....



Alhamdulillah selesai sudah exam PTD. Agak terkilan la juga sebab first paper masuk lambat 10 minit and sah2 la tak sempat nak jawab. Lambat sebab tak jumpa cari tempat exam. Nasib baik boleh masuk jawab exam. Ingat lau dalam pukul 9.30 tak jumpa gak memang CikTeh decided tak nak amik la exam tu. Tapi kak ngah CikTeh cakap lambat ke tak masuk je.....Jawab je mana yang sempat. Then untuk section B bahagian Daya Penyelesaian Masalah. Bab ni pun terkilan gak sebab tak sempat nak jawab habis. Soalan CikTeh boleh katakan senang la and enjoy giler jawab tapi sebab masa tak cukup dalam 15 soalan CikTeh tembak.....soalan esei BM and BI pun agak mudah la and CikTeh main hentam je apa yang ada dalam kepala otak ni. Ada rezeki dapat lah ke peringkat yang seterusnya if tak de rezeki insyallah tahun akan datang jawab exam ni lagi ^_^. Bukan nak berlagak pandai tapi apa yang CikTeh bagitahu ni atas pendapat CikTeh sendiri. So CikTeh berserah je lah lulus ke idak exam tu. 


Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: Semakin liat dan leka.......Astagfirullahalazim......bangkit CikTeh.

Wednesday, 10 April 2013

Exam

Assalamualaikum....

Ingatkan dah habis belajar ni tak dak dah mengadap buku untuk exam tapi ada lagi. Semalam al-kisahnya, dak rumah dapat exam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Sabtu ni. So dia tanya la CikTeh ada isi tak jawatan PTD dalam SPA8. If isi jawatan tu better check. So semalam check la and alhamdulillah dapat. So sembang ngan mak sama ada nak balik amik exam tu ke tak (semua nak kena tanya mak kan...hi3). My ma suruh balik amik cuma dia tak dapat nak follow sekali sebab dia keje shift. Means, my sis la yang kena hantar nanti. Yang tu tak kisah sapa hantar janji dapat pi jawab exam and dapat balik kampung (motif sebenar ^_^).

So hari ni masuk office survey la sikit pasal PTD ni and staff kat sini pun sarankan suruh pergi. So isi lah borang cuti and alhamdulillah lulus. Pas kerja nanti nak gi beli tiket bas. Memang tak sabau nak balik kampung. Tambah lak pilihanraya 5 MEI 2013 ni confirm balik lagi.....best nyeeeeeeeeeeee balik kampung. 

So persiapan untuk exam PTD setakat ini hanya lah download apa yang patut then study. Insyallah diizinkan dapat if tak dapat cuba lagi. Cuma apa yang boleh di katakan sekarang ni syukur alhamdulillah atas kurniaan-Mu Ya Allah.....Semoga dipermudahkan segala urusanku Ya Allah dan murahkanlah rezeki hambamu ini Ya Allah...amin


Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: Syukur dengan rezeki yang ada...insyallah 16hb ni interview kat Assunta Hospital lak.....pergi ke tak?

Hilang

Assalamualaikum.....


Itulah lau dah dikatakan bukan rezeki kita and apa-apa kat dunia ini hanya lah sementara bukan hak milik kekal kita. Apa yang CikTeh nak celoteh hari ni adalah pasal HILANG. Actually ahad lepas CikTeh baru je kehilangan 2 biji handphone. Satu sony ericson and satu lagi samsung. Ini semua sebab kecuaian CikTeh sendiri. So nak tak nak kena lah terima seadanya. Handphone pun je kan bukannya apa sangat....wah ayat macam anak orang kaya kau. Beli sebiji pun fikir macam nak kawen kau. Ye lah orang kaya macam korang semua boleh la beli terus kan.....handphone pun sekarang bukan mahal pun. Dalam RM50 hengget pun kau boleh dapat sebiji cuma nak tak nak je. Lau macam CikTeh ni memang kena fikir banyak kan.....lau beli handphone macam mana nak cover saving lagi, makan lagi, bayar bil itu ini lagi and banyak lah nak kena catu bagai. Semalam pun dah survey2 kat internet handphone murah-murah and dah kira-kira if CikTeh beli handphone still lagi ada balnace and dh tolak duit saving bagai cuma tak leh nak belanja keperluan peribadi je la. Tapi it's ok sebab bulan lepas dah shopping handbag and kasut. Bulan ni pun dah rembat skirt dah. So cukup la untuk bulan ni. So plan nak amik Corby 2 je sebab sebelum ni pun just guna yang tu je and dah kira ok lah untuk sementara ni pakai Corby 2 tu dari tak de langsung tapi berminat juga nak pakai Nokia Asha 307. So may be CikTeh just beli Asha 307 je. My sis suruh amik Galaxy Ace or Note 2 tapi memandangkan sekarang kena jimat so amik yang murah-murah sudah. Kan belanja kawen habis untuk handphone je.....so muktamad handphone baru just beli Nokia Asha 307 or Samsung Corby 2.

Ok CikTeh nak cite la sikit peristiwa kehilangan handphone CikTeh tu sikit lau pun korang tak berminat nak tahu tapi apa yang boleh CikTeh bagitahu kat sini, berjaga-jaga dengan penyeluk saku and jangan leka dengan apa yang ada disekeliling kita sehingga barangan peribadi kita terabai.....

Ok berbalik kisah tel hilang ni.....actually benda ni berlaku ahad lepas. Staff Lensa ada shoot kat Maju Junction sempena World Championship To Hollywood. So as a good staff la kononya datangla nak tolong-tolong mana yang patut lau pun nama tak de dalam call sheet. Tapi memang niat nak tolong pun sambil cuci mata kat situ. Bab tu boleh "terbeli" skirt tu...he3. Then after finish shoot, kemas bagai, kami pun singgah la Giant kat MJ tu nak beli barang dapur and keperluan diri. Seingat CikTeh masa masuk Giant CikTeh memang pegang kat tangan je beg handphone tu then masa tengah pilih-pilih barang CikTeh nak masukkan beg handphone tu dalam handbag sebab kat tangan dah banyak giler barang. So pi la kat bakul barang-barang yang kami pilih tu nak letak barang yang ada kat tangan ni. Sampai kat bakul tu CikTeh masukkan barang-barang and memori dah lupa sama ada beg handphone tu dah masukkan dalam handbag or tak. Apa yang CikTeh ingat pas masukkan barang-barang dalam bakul terus bangun then pi cari barang lain. Sedar tak sedar masa dalam tren nak balik check dalam handbag telefon dua-dua tak de. Selongkar sana sini tapi still tak jumpa gak. So CikTeh assume that my phone missing. Kawan try called pun masuk voice mail sebab dua-dua handphone masa tu memang tak de bateri. Sampai rumah termenung panjang fikir ke handphone ni. Biasa sebelum tido mesej my cikgu dulu or belek-belek mesej dulu tapi malam tu memang rasa macam something yang tak lepas nak buat. Tapi alhamdulillah dapat gak tido ^_^

Esoknya mesej guna BB bagitahu yang hp ilang kat my ma and my cikgu. No depa 2 orang je yang CikTeh ingat then post kat fb. Then tengah hari semalam pergi centre block simcard. Just dapat block maxis je yang celcom tak dapat sebab daftar atas nama my sis. So my sis yang settle kan simcard celcom tu. Alhamdulillah semalam balik kerja roomate offer pinjam handphone dia buat sementara ni. So dapatlah sembang ngan my ma semalam bagitahu hal yang sebenar. 


Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: tak jadi beli Nokia Asha 307...my sis tolong belikan samsung galaxy y je...thanks sis :-)

Total Pageviews