Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Sunday, 8 May 2011

HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..

Assalamualaikum...

Seriously baru tau hal nih so untuk peringatan bersama CikTeh share kat blog nih....baru je dapat tau sebab ada orang post kat fb. So semoga ianya memberi pengajaran buat kita semua.

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


Kaki Nota : Bagi CikTeh semua nih atas niat segala tapi x salah kita amik semua nih sebagai iktibar dan pengajaran ^_^

HAPPY MOTHER'S DAY

Assalamualaikum...

CikTeh ucapkan selamat hari ibu buat semua ibu di dunia tidak lupa juga bakal2 ibu dan istimewa buat ma CikTeh Puan Zainun Mohd Noor. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ma CikTeh kerana melahirkan CikTeh dan jaga CikTeh sampai ke hari ini. Nasihat yang diberi tidak pernah putus - putus diiringi dengan doa untuk kesejahteraan CikTeh dan anak-anak yang lain. CikTeh sungguh bangga punya ibu seperti ma. Akan CikTeh tebus segala penat lelah ma selama ini walaupun tidak termampu dilakukan CikTeh kerana jasa dan pengorbanan ma selama ini tanpa batasannya dicurahkan. CikTeh hanya nak tengok ma gembira dan sentiasa terukir manis senyum di bibir ma. CikTeh sayang ketat2 kat ma...CikTeh rindu kuat2 kat ma. 

~ Sekian ~

-CikTeh-

Kaki Nota : Ibu....ibu engkau lah ratu hatiku

Family Hang out- Last Part

Assalamualaikum...

Ok nih last part CikTeh nak bercerita pasal family gathering ari tuh. Part 2 semalam kita berhenti setakat kat i-city so now CikTeh nak sambung lagi sikit je. Balik dari i-city masing-masing memang dah penat lagi pun esok my family dah nak bertolak balik kampung dah. So harus lah driver kena tido awal and secukupnya takut nanti dalam perjalanan mengantok lak time drive. Lagipun balik dari i-city pun memang dah lewat. Sampai rumah dalam kol 12 macam tuh. Bersih diri segala then semua tido dalam keletihan. Esok paginya pas sarapan segala, kami siap2 kemas barang untuk pulang ke destinasi masing-masing. Janji jumpa kat petronas balik untuk kali terakhir sebelum gerak balik ke kampung. Sampai petronas salam segala and as usually my anak sedara x nak salam ngan CikTeh. Tapi CikTeh peluk and cium dia gak even dia x nak........then my family gerak balik. Dalam keta bincang ngan mok su na and pok su sham sama ada nak follow depa lagi ke tak sampai genting sempah sebab my BIL follow my family sampai sana. Kami decide nak follow depa lagi sampai sana so that kami leh lunch bersama2 lagi. So kami follow depa lagi. Depa yang kat depan memang x tau yang kami follow depa sebab depa ingat kami dah balik. Sampai kat genting sempah depa terkejut tengok kami ada skali. So lunch lah kami bersama2 sebelum berpisah. Then mok su na hantar CikTeh terus balik rumah sewa sebab esoknya CikTeh ada exam. Hantar awal sebab CikTeh nak study kononya...hihihihi...So e2 lah cerita disebalik 4 hari 3 malam kami sekuarga ^_^

Cian Amani penat  pas balik di i-city


Amani with her mama


Miss them ketat2


 x lepas ultraman dia tuh


Kat rumah kak Chek singgah anto kakak


3 beranak


On the way balik Terengganu


Kaki Nota :Next family vacation is Genting....insyallah jika diizinkan

Family Hang out- Part 2

Assalamualikum...

Ok bersambung lagi kita pasal kisah jenjalan CikTeh sefamily. Lepas p kat Alamanda, kami terus ke rumah abe yon kat PD. On the way p sana kami kena jam lagi sebab abe yon kata kat PD ngah buat pesta air so that's way lah jam tapi masa tuh xde lah teruk sangat sebab esoknya baru start pesta air cuma yang jadi jam jugak tuh sebab jambatan kat citu under renovation. Sampai rumah abe yon dalam kat asar gak lah. Perut lapa sangat time tuh tapi nasib baik ade makanan so makan je lah apa yang ada. My mom buat aktiviti dia dengan buat lawatan sekitar kawasan rumah my bro ^_^ ye lah tengok apa yang ada kat rumah tuh sebab dah lama my mom x datang rumah abe yon. Dan petang tuh jugak lah sesi mengait buah pauh (mempelam) dijalankan. Kebetulan kat situ ngah musim buah pauh berbuah so bising ler jugak suasananya kecoh ketika kait mengait buah tuh. Sambil borak ngan abe yon sempat lah CikTeh ngan anak buah CikTeh dok kira plane yang lalu kat c2. Rumah abe yon nih memang dekat lah ngan airport KLIA tuh so tiap masa akan dengar plane nak mendarat. 

Plane yang sempat di capture

Kat depan klinik 
Gambar tuh masa sesi petang nye then waktu malam lak kami just lepaking kat rumah sambil tengok tv sebab masing-masing agak penat terutama driver yelah dari kampung sampai ke PD x tukar2 drivenye cian adik CikTeh nasib baik dia tuh jenis x banyak cakap ikut je orang cakap ^_^ So aktiviti malam lak macam biasa sesi meng capture gambar. So jom kita tengok sesama ye ;-)

Lapor sangat sebab tengah hari just makan fries and burger

3 generasi 

My nenek with Auni Husna yang comel lote


Selesai agenda malam, esoknya plan nak ke PD  tapi my SIL suggest  better x payah p sebab panas and  ramai orang tambah lak cuti umum memang jam and parking susah. dah ler bawa budak kecik. Si Auni leh tahan lagi perangai budak nya tapi si Amani anak my sis (kak ngah) tu memang kuat ragamnya tambah lak panas2 nih memang x leh la dia. So cancel nk p PD dan pantai terus p nilai je shopping apa yang patut. Kempunan my mom nk p PD ^_^ lain kali ye ma kita p PD tapi abe yon dah pesan nak p PD mai time x cuti baru lah x ramai orang. Nilai ni pun memang my mom nak mai jugak sebab ada lah barang yang dia nak beli sambil2 paw anak2 dia nih :-) and CikTeh sempat lah belanja my mom cermin yang dia idamkan tuh. CikTeh pula sempat rembat 2 helai blouse. Memang dah lama dah berkenan blouse macam tuh cuma tak berkesempatan je nak beli. Alhamdulillah rezeki kami dapat less setiap barang yang dibeli. Jimat duit kami...heheheheheee
Pas shopping kami makan kat foodcourt yang berhampiran ngan parking keta. Soup kat situ sungguh sedap and sangat lah ramai orang makan kat situ. Soup je lah sedap makanan lain tu so so je lah. My mom makan pun sampai terjelir lidah sebab pedas tapi CikTeh ok je makan :-)
Kak Ngah with kakak


CikTeh with kakak

My BIL with kakak
***tiap pic kakak ada***

Parking for stroller :-)

Alamak mak x nmpk kat belakang ^_^

Ibu dan Bapa mithali :-)

Sibuk je orang nak shopping dia pun nak itu ini :-)

Mok Su Na with kakak and my bro Apik

Nampak pun mak kat belakang....terlindung lak tadi

Pilih kak jangan x pilih......4 pieces grab by them 

Suka posing atas timbunan kapet...nasib abang bangla x marah dik oiii.....
Selesai kat nilai terus move to Bangi balik. Asalnya nak balik rumah abe yon balik tapi kak ngah CikTeh nak p i-city malam tuh so terus je lah ke Bangi. Abe yon ngan my SIL x dapat join p i-city even my SIL nak sangat ke sana tapi dia kena oncall lak malam tuh. Xpa kak ita nanti ada masa kita p ye. Abe yon just join sampai rumah mok su na je e2 pun sebab nak kenal rumah mak su na. Dalam kol 6 lebih depa gerak balik ke PD. So aktiviti malam tu lak seperti yang di plan kami gerak ke i-city. Ajak mak cik CikTeh (mok ngoh mie) p skali tapi dia x nak sebab x berapa sihat maklum lah ngah badan dua. My cousin yang dok PJ ada gak join kebetulan adik CikTeh nak balik terus malam tuh so leh la tumpang dia anto ke Shah Alam tuh. Kami terus kan juga p i-city lau pun cuaca agak tidak mengizinkan. Hujan lak time tuh tapi xde lah lebat sangat tapi sebab ada budak kecik so pergerakan agak terbatas sikit. Laupun begitu kami tetap bergambar. So enjoy da pica :-)
 
Berkumpul tunggu hujan reda



Beli apa yang patut sambil tunggu hujan reda

My BIL with Amani.....Syok Amani tido hujan2 ni kan

Kakak dapat mainan baru lagi

Hujan x menghalang untuk berposing :-)

Bapa2 mithali ropia...hihihihihi

Kesian Auni lapa ek.....

Posing dalam hujan pun ok gak :-)

Dah nak balik dah masa nih tapi sempat pose lagi

My mom with angsa yang kakak takut nak bergambar

Alalalala kakak comel sungguh.....suka bergambar

Minum je after balik i-city

Oppppsssss!!!!! rasa macam nak stop kat sini dulu lah sebab dah panjang sangat nih nanti CikTeh buat part yang ke 3 lak ek. e2 part yang last lah tu. So kita berjumpa di lain N3 coming soon....

BERSAMBUNG ^_^

~ CikTeh ~

Kaki Nota :X sabar untuk next family vacation :-)

Saturday, 7 May 2011

Family Hang out- Part 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 3 paper dah habis jawab cuma tinggal 1 paper je lagi nak kena peroh otak. So sementara ada masa nih CikTeh just nak cerita pasal family hang out baru2 nih. 4 hari 3 malam family CikTeh berkampung kat KL. Bermula dari kampung dalam kol 6 petang bertolak ke Cherating singgah ambil anak buah CikTeh then terus ke KL. Asalnya terus ke Klang rumah mak cik (Mok Ngoh Mie) tapi family Cikteh nak visit Auntie CikTeh yang warded sebab masalah jantung dan paru-paru. So dah depa mai KL nih so CikTeh suruh depa mai ambil CikTeh terus so x yah lah autie CikTeh (Mok su na) mai ambil CikTeh malam tuh. Dah jimat masa kan kat citu. Pas visit Cdo (panggilan kami kepada my auntie) terus p kedai makan sebab uncle CikTeh nak belanja. Awal nya nak bermalam kat rumah dia tapi dah wife dia warded so cancel lah. Habis makan terus kami gerak ke Klang. Jam time tuh and sampai rumah mak ngah mie dalam kol 8 lebih. Sampai sana Mok Zah sekuarga dah sampai. Angkut kua barang dari keta semua, rehat2 badan sambil sembang sampai ler Mok Zah sefamily balik sebab esok pagi depa nak balik kampung Pok Din. Plan awal (dari tadi dok plan awal plan awal xde akhirnya ^_^) malam nih kami dah start jenjalan tapi tadi masa my family on the way datang, beg baju my sis (kak ngah) lak tertinggal kat rumah kakak (kak chek) CikTeh masa singgah ambil anak sedara. So terpaksa lah tunggu kak chek tuh anto balik. Dalam dok menunggu boleh pula minyak keta kak chek Cikteh tuh habis tengah jalan so terpaksa lah kak ngah turn back p kat depa. Dah ler atas highway ngan panas anak kecik lagi kecian sungguh. Sepatutnya petang depa dah selamat sampai di Klang tp berganti malam sebab terkandas di highway. So pagi nya pas breakfast kat rumah mak ngah mie, kami terus ke rumah Mak Su Na kat Bangi. On the way ke sana ada lagi problem.  Problem nya sesat sampai ke Putrajaya. Ikutkan dah dekat sangat lah tuh rumah mok su na ngan putrajaya tapi dah x tau jalan nak p so tunggu la pok su sham mai amik. Actually on the way nak p sana dah konvoi ngan abang ngah CikTeh tapi masa kat simpang mana entah adik CikTeh leh pula tersilap amik jalan e2 yang terpesong terus ke putrajaya. Sambil menunggu pok su sham mai amik, kami tengok ler orang ngah drift depan mahkamah putrajaya tuh.

Muka Penat

Rambut Pun Dah Serabai

Tahan Panas
E2 lah gambar yang sempat diambil masa tunggu pok su sham mai amik kami. Sampai rumah pok su, rehat jap, solat segala baru lah gerak p rumah abe Yon di Bukit Pelandok. Sebelum tuh singgah Alamanda sesaja jenjalan lagipun  mak ngan ma nak sangat p sana. So bawa lah depa p. Nak p Putrajaya x sempat lagipun masa amat lah terhad. 
Kakak Irma

Dia lagi........anak buah kesayanganlah katakan setiap masa gambar dia je :-)

My nenek

My luvely mom

Geram ngan dak Auni nih.....comel kan

X sesuai lor CikTeh pakai macam tu...:-(

Menangis nak naik benda alah nih
Ermmm.....untuk hari nih cukup lah takat nih dulu. Nanti CikTeh buat second entry lak ek. X larat nak tunggu upload gambar lamo sangat. Internet slow down lak malam nih. 

BERSAMBUNG...^_^

-CikTeh-

Kaki Nota: Sungguh bahagia dikelilingi family yang bahagia gitu ^_^

Wednesday, 4 May 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


sila sila la share~~

Total Pageviews