Assalamualaikum....
Ingat lagi tak entry CikTeh sebelum ni yang berceloteh pasal Pretty, anak Kak Erni yang koma tu? Lau tak ingat and ada yang baru baca blog ni oleh la baca kat sini atau scroll down kat bawah entry ni je. Actually 23 Mei 2013 dalam pukul 5 dia telah pulang ke rahmatullah setelah seminggu warded kat ICU bertarung nyawa. Dan semalam alhamdulillah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam dekat Gombak. Semasa arwah di kapankan, wajah arwah senyum je. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pengkebumian arwah. Arwah di bawa balik ke rumah pada 23hb pukul 4 lebih dengan ambulans dibantu dengan alat pernafasan lagi. Sampai di rumah alat bantuan pernafasan di buka and dalam 5 minit arwah menghembus nafas yang terakhir. Menurut doktor, otak arwah gagal berfungsi ekoran daripada kegagalan oksigen sampai ke otak. Sepanjang kejadian, CikTeh, Zura, Pie dan rakan kerja yang lain banyak membantu mereka sekeluarga disamping sanak saudara mereka yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan. Majis tahlil di buat 7 malam berturut-turut. Pemergian arwah sangat mudah. Arwah tidak menunjukkan tanda sakit apa-apa. Bangun dari tidur terus ke bilik air kemudian ke ruang tamu dan baring depan tv. Saat baring arwah terus pengsan dan di bawa ke hospital pakar. Arwah terus di tempatkan di ICU selama seminggu dan hari ke 3 arwah menunjukkan tindak balas sebelum arwah kembali tidak memberi respon kembali keesokkan harinya seterusnya hinggalah arwah menghembus nafas terakhir. Arwah seorang anak yang baik, cergas, bijak dan di senangi oleh semua orang. Alhamdulillah keluarga arwah sudah dapat menerima takdir yang Pretty sudah tiada. Sungguh kuat dugaan untuk keluarga Kak Erni kerana plbagai ujian dan dugaan yang menimpa mereka dalam masa yang singkat. Dengan adik baru keluar hospital akibat kemalangan dan patah tulang bahu, emak mentua yang sakit tenat mengakibatkan suami tidak dapat melihat anak di sini, atok arwah yang terkandas di airport Indonesia beberapa hari. Allahuakhbar....berat sungguh ujian Mu Ya Allah....
Walau apapun sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Pretty (2003 - 2013) semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan ahli syurga......amin
Sekian
-CikTeh-
Kaki Nota: Bersediakah aku? Cukupkah amalan aku? Diterimakah amalan aku? Namun kematian adalah PASTI. Sama-samalah berusaha meningkatkan amal ibadat kita agar diterima dan diberkati-Nya....amin
No comments:
Post a Comment