Assalamualaikum.....
Hai semua. How's your weekend? Weekend CikTeh pastinya yang terbaik nye sebab dapat dating ngan my cikgu. Happy tak yah cakap la sampai tak lalu nak makan (over kau). Date kami after lunch kat KL sentral. Mesej my ma bagitahu CikTeh kua ngan my cikgu. Alamdulillah dapat keizinan. Mulanya ingatkan my cikgu nye flight dari Bintulu 26hb tapi rupanya 25hb malam dah sampai KL. So seperti yang di janjikan pukul 1 CikTeh sampai kat KL Sentral. Happy tak yah cakap la kan sebab nak jumpa buah hati yang dah lama tak jumpa ni. Last jumpa pun masa tunang bulan 12 tahun lepas. Giler lama kan tak jumpa. Asyik duk mesej je. Dah dapat jumpa ni mana tak keruan CikTeh. Apa lagi lepas rindu ler. Itu yang makan tak lalu tu sebab kenyang tatap muka my cikgu (sila muntah ye). Dalam pukul 1.30 my cikgu sampai KL Sentral dari airport. Terus pi makan kat KFC then amik KTM ke Mid Valley. Awalnya nak makan kat foodcourt je sebab kat situ de pilihan lauk pauk tapi bila teringat yang my cikgu ni suka fastfood so makan je lah kat KFC itupun dia just makan tart ngan milo je. Kenyang katanya bekfes nasi lemak tadi. Tapi yang mengejutkan CikTeh my cikgu dah start kenal nasi. Hahahahaha.....terkeluar ayat dari mulut my cikgu "makan nasi lagi best". Lau tak fastfood je lah makanan dia. Bab tu lah size my cikgu XS tak gemok-gemok macam CikTeh. Tapi jangan tak tahu yang size seluar my ckgu besar dari CikTeh tau...hahahhaa....Lau nak tahu ni adalah first time kami keluar shopping bersama sejak kami sepanjang kami couple hampir 10 tahun. Sebelum ni, lau keluar pun just pi makan then borak and last balik. Bosan kan. Dalam masa yang tak banyak tu sempat la teman dia shopping baju and seluar. Nak cari kasut sekali tapi masa amat mencemburui kami tambah lak my cikgu penat tak cukup rehat. So kasut lain kali katanya cari. Memandangkan first time ikut dia shopping, CikTeh agak teruja juga la (jakun sangat kan). Tambah teruja lak tu dia minta CikTeh yang decided seluar and baju mana yang sesuai untuk dia. Pilih color kesukaan CikTeh lak tu. Wah bahagia sangat masa tu. So untuk pakaian ni CikTeh dah tahu la taste, size dia macam mana and brand apa yang dia suka. Memandangkan my cikgu nye size XS so dia lebih suka beli pakaian kat TopMan je. Tak pun Padini Store sebab kat situ banyak size yang sesuai untuk dia. Kualiti pun bagus katanya. Masa beli tu pun my cikgu just pilih je then terus bayar. Lau CikTeh msti nak cuba bagaikan. And yang pasti mesti cari yang murah nye lah xde nye nak beli macam my cikgu ni beli. Dia banyak duit tak pe la. Income sana sini. Katanya lagi tak yah cuba memang dah selalu beli and dah tau sizenya. Sangat senang. Pas shopping sikit, kami ke starbuck untuk hilangkan haus. Hilang haus jalan lagi tawaf Mid Valley sebelum kami balik. Amat singkat pertemuan kami dalam 4 jam saja. Sampai KL Sentral hantar my cikgu ke Klia Express. Sedih lak masa nak balik tu. Hajat nak tengok wayang pun tak kesampaian sebab masa yang singkat. Ingatkan nak hantar my cikgu kat airport tapi rupanya flight dia esok pagi pukul 5 pagi ke Terengganu. So, plan nak jumpa lak before my cikgu berangkat ke Bintulu itupun lau sempat. Lau tak raya la pula dapat jumpa. Lamanyeeeee....(gedik ta habis2)
Walaupun pertemuan kami singkat, alhamdulillah kami happy dan bersyukur sangat sebab kami masih lagi di beri kesempatan untuk berjumpa dan kami masih lagi menjaga batas kami walaupun dah bertunang. Bertunang tak semestinya bebas melakukan apa saja kan. Bersyukur juga kami jarang berjumpa. Bukan nak menunjuk bagus atau berlagak alim tapi kami cuba untuk ke arah kebaikan. Selagi boleh di elak kami cuba elak. Doakan kami juga agar kami sabar dan tabah dalam mengharungi tempoh pertunangan kami ini dengan sebaik-baiknya sehingga kami di satu kan kelak.
Sekian
-CikTeh-
Kaki Nota: Cara kami, hidup kami, hanya kami yang bisa melaluinya ^_^
No comments:
Post a Comment