Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Monday 15 August 2011

Kasih Alia

Assalamualaikum...



Poster Kasih Alia

Hai semua selamat berbuka dan bertarawih. Tengok pada poster kat atas tu pasti korang tau kan cite nih sedang hangat di tayangkan kat TV3. Korang tengok tak drama ni yang tajuknya "Kasih Alia" tu?Jangan tipu tak tengok sebab cite tuh sangat lah best. Tapi bagi mereka yang tak minat memang tak tengok lah kan. Tengok pun may b tak follow macam CikTeh ni kan yang tiap2 Isnin hingga Khamis jam 7 pasti dah terpacak depan TV. Sambil2 berbuka sambil tengok cite ni. Tak pe tak kisah. CikTeh saja je buat entry pasal cita ni sebab cite dia best sangat tambah lak bila tengok cite tu membuatkan CikTeh ingat kat sumone (e2 point sebenarnya hahahahahaha) Ok ni sinopsis cite ni.....


Sinopsis Kasih Alia
Mengisahkan tentang keluarga iaitu Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.
Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.
Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.
Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.
Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.
Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.
Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.
Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti? Di ambil dari: Klik Di Sini

Barisan pelakonnya pula terdiri daripada :Rafidah Ibrahim (Kasih / Alia), Shiela Rusly (Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Shafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anuar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), dan lain2 lagi

Di ambil dari : Klik Di Sini

So bagi mereka yang berminat dengan drama melayu ni boleh lah tengok kat TV3 setiap hari Isnin-Khamis jam 7 malam. If terlepas boleh tengok kat Sini.

Nape tiba2 nama si Eric tu di bold kan ye? Hehehehe....e2 tandanya penyakit gatal dah mai. Macam CikTeh cakap tadi tengok cite ni membuatkan CikTeh ingat kat sumone. Orangnya tu lah tapi bukan si Eric ni tapi orang lain cuma muka depa ada lah iras2 sikit. Bila senyum memang sejibik macam sumone tuh. Bila tengok ensem jugak sumone CikTeh ni kan (hahahahahaha geli dengan pengakuan ikhlas itu)

Opppsss....korang tau tak sape si eric aka Adey Syafrien nih? Ok if ada yang tak kenal meh cini nak kenaikan. Tengok kat bawah nih CikTeh ada letak gambar si eric. Bukan Eric yang dalam Deko bersama Eric tu ye heheheheheheeeee. Eric nama beliau dalam drama "Kasih Alia".

Ni lah dia empunya nama Adey Syafrien

Comel dia cenyum hikhikhik
If korang tengok cite "Ana Lulu" pun dia ada belakon jadi watak playboy if tak silap sebab CikTeh tak follow sangat drama tuh.

Ok lah CikTeh just nak story pasal ni je nanti kita sambung next entry ye. So selamat menunaikan ibadat ye semua......


Sekian




-CikTeh-

KakiNota: Frust Datuk Lee kalah semalam :-( 
pe pun tebus balik 2013 nanti ye skuad badminton Malaysia :-)


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews