Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Saturday 30 July 2011

Old Blog

Assalamualaikum...

Ada masa jom la lawat2 blog CikTeh yang lagi satu ni ye....Actually blog yang ni Klik Di Sini dah lama x update tapi bukan CikTeh tak nak update tapi pas ada problem dulu rasa macam down kejap nak buka blog tu.Then bila CikTeh dah dapat semangat baru nak menulis blog tu buat hal pula. Insyallah pas ni tak de masalah dah kot. Harap2 lah....So happy reading ^_^

KakiNota: Senyum selagi termampu kerana senyum itu sedekah...alhamdulillah 

Friday 22 July 2011

Malang

Assalamualikum....

Sungguh cuai CikTeh kali nih sebab kerana kecuaian CikTeh beberapa barang tertinggal kat kampung. Barang2 penting lak tu. Awalnya masa naik bas just ingat tertinggal handbag je. Mesej my mum bagitahu yang handbag tertinggal and suruh my mum simpan elok-elok. Then masa sampai kat Stesen Putra teringat lak buku asb ada dalam handbag tuh. Terus call my mum bagitahu then my mum said akan pos nanti. Then tanya my mum apa lagi yang ada dalam beg tu. Oh My Gucci.....my id card ada dalam tu juga. Mampossss.....isnin dah start kelas. Tak de id card x leh nak masuk kelas....dah ler awl2 kelas. So bagitahu my mum suruh dia pos ari tu juga. Bereh hal tu masa on the way balik Jelatek teringat pula kat kunci rumah sewa. Cuba ingat and cari dalam beg tapi tak de. Sah2 tinggal lagi kat kampung. Adoiyaiii........semua barang leh tertinggal. Nasib baik beg duit tak tinggal. Dalam tren berharap sangat mak cik Mia ade simpan kunci spare. Sampai rumah sewa terus p tanya mak cik Mia. Malang lagi nasib CikTeh sebab mak cik Mia balik kampung. Yang ada just anak dia je. Tel mak cik Mia tanya kunci ada tak kat rumah. Bukan nasib CikTehsemalam, kunci spare mak cik Mia dah bagi kat tuan rumah kat Setapak. Huhhhhh.......masak CikTeh semalam. Terus call kawan CikTeh yang kat serdang mintak dia hantar kunci tapi langsung tak berangkat. Mesej pun tak balas. Rupanya dia silent kan hp dia. Mesej and call kawan dak Muar tapi hampeh gak sebab tak berjawab sebab dia tak sedar sebab masa tuh dia kat dapur. Terus mesej pak cik and makcik yang duk kat Setiawangsa bagitahu masalah. Pak cik terus call bagitahu nanti dia akan amik or hantar kunci rumah dia. Habis je cakap ngan pakcik, hp CikTeh lak habis bateri. Adoiyaiiii..........sungguh banyak ujian semalam. Pas satu2 hal. Terus angkat beg turun cari public phone. Dalam kepala just ingat 2 no je. No my mum and rumah mak. Terus call depa tapi hampeh gak sebab x berangkat. Berulang kali ke public phone call depa bayangkan dari pukul 8 sampai pukul 12 duk berulang ke public phone last2 pukul 12 lebih baru lah mak CikTeh angkat. Terus mintak no my sis sebab nak mintak dia call pakcik bagitahu hp CikTeh habis bateri and bagitahu yang CikTeh tunggu depan rumah. Pak cik bagitahu sat nant dia sampai. Tunggu lagi sampai lah pukul 1 dia mai. Pak cik agak sibuk sebab ari ni dia kena hantar barang ke PD sebab esok ada hari keluarga so semalam dia sibuk pack barang. Sampai rumak mak cik terus buka sarapan yang beli masa nak balik rumah then terlelap sebab penat dan mengantok. Hp masa tuh still lagi off sebab charger xde. Ingat hari nih nak kua cari charger tapi tadi masa duk kemas rumah mak cik jumpa charger sony so better guna yang tu je lah. On je hp ade berbelas2 misscall dari kawan and my mum. And tadi mesej my mum tanya pasal barang2 tuh. Semua nya dah selamat sampai cuma CikTeh kena p amik kat post office sebab masa posmen hantar barang tuh Cikteh tak de kat rumah. May b esok p amik sebab isnin nak guna dah tapi my mum bagitahu kunci rumah tak de pulak dalam handbag tuh. Halamak........mana pulak CikTeh simpan kunci tu.....adoiyaiiii......careless betoi lah dak Nuyu nih......Malas nak pikir sangat sebab kunci tuh nanti leh duplicate. May b malam isnin tu baru balik Jelatek sebab kawan pun ahad tu baru nak balik cni.




So moralnya.....




Jangan pack barang last minute
Double Check barang2 tu
Letak satu tempat barang2 yang nak kena pack
Kalau boleh list kan barang2 yang nak kena pack (dulo2 slalu buat list tapi sekarang main redah je)

Sekian

-CikTeh-

KakiNota: Semakin teruk dia demam.....hampir pengsan kat sekolah.....huhuhuhu...semoga kamu cepat sembuh dear....risau CikTeh ^_^

Tuesday 19 July 2011

Merang Suria Resort

Assalamualikum...

Hari ni hari ke 2 CikTeh ada kat MSR Setiu. Awalnya tak jadi mai sebab my sis ingat dia tak de program malam so dia p ler sensorang dengan sehelai sepinggang. Petang tuh CikTeh dapat mesej dia suruh pack baju sekali ngan anak buah, Amani. Ayat macam nak masukkan budak tu dalam beg sekali kan?Xde lah maksud CikTeh packing barang2 Amani. Rupanya kursus tu ada juga program malamnya. So CikTeh terpaksa lah ikut dia sekali p sana sebab kena jadi bibik jaga Amani. Sampai MSR dah maghrib. Kebetulan semalam puasa so sampai2 je kat MSR terus p makan dulu sebab dah lewat lauk pun banyak yang dah habis. Pas makan segala terus angkat beg naik bilik rehat segala kerana my sis kol 9 ada program. Kol 11 my sis habis program terus balik tido sebab penat. CikTeh sebelum tido sahur dulu sebab nak pose ari ni. So arini xde buat ape pun just duk dalam bilik main ngan Amani and ari ni anak and anak buah Kak La (my sis's colleage) ada mai tido sekali kat cini so meriah ler skit bilik ni. Ari ni buka pose kat luar sambil amik angin skit sebab asyik duk terperap kat dalam bilik je. CikTeh sebenarnya malas nak jalan2 pusing resort nih maklum lah bawa budak. Lagipun xde geng. So better duk je dalam bilik layan Fb and Tv lagipun dalam bilik sejuk so best je x berpeluh langsung. Rasa nak tido je tapi x juga tido sebab agak bising ^_^. Ni pun x tido lagi sebab tengah sahur makan meggi sambil tulis blog and kadang2 tepuk Amani jaga dari tido. Nak biar kan kesian kat mama dia lak penat berkursus. Jaga Amani x susah pun sebab dia sangat baik dan cerdik budaknya. X banyak ragam tapi if datang mood x baik meragam juga lah terutama bila dia nak tido. Normal lah kan baby menangis dan mengamuk bila nak tido. Cuma sejak kebelakangan ni Amani kerap sangat buang air besar. Orang tua cakap berubah bulan tapi ni bukan dah berubah bulan ni dah berubah tahun sebab dah kat 2 minggu dia macam tu. P jumpa doktor dia cakap x payah risau sebab baby ok. If x ok dia akan rasa letih and x nak makan. Amani memang aktif budaknya. X larat nak layan dia tapi tetap layan juga. Amani juga x lokek senyum dan suka bila dia tergelak2 terkekek2 bila di agah. Dengan semua orang dia nak p tambah lagi bila bab berjalan memang dia ni tiptop......(Iklan pasal Amani jap ^_^) Esok pas lunch dah nak gerak balik rumah.
Lusa nya malam dah nak berangkat ke KL. 3 hari tinggal rumah x tau ler macam mana keadaannya. Dah ler my mum duk ngan adik je. Cian my mum xde teman tatkala balik dari keje. Yang pasti pagi sebelum naik bas kena kemas rumah dan basuh baju. So berhenti dulu kat cini nanti CikTeh sambung lagi celoteh CikTeh ni di episod akan datang (wah macam drama bersiri lak ada episod segala ^_^)

Sekian

-CikTeh-

KakiNota: Dah baikkah kamu dari demam?semoga kamu cepat sembuh ye
^_^


Sunday 17 July 2011

Nisfu Syaaban

Assalamulaikum...




Rata-rata sekarang bercerita tentang Nisfu Syaaban. Tak kira lah kat Facebook ke Twitter ke semua dok cakap pasal malam nisfu Syaaban. Mana tak nye banyak kelebihan Malam Nisfu Syaaban nih. Antaranya ialah malam pengampunan dan bermula lah kisah baru dimana buku lama akan di angkat untuk penghitungan. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib). So CikTeh tak nak terlepas peluang juga untuk bercerita tentang Malam Nisfu Syaaban. Actualy semua info ni CikTeh amik kat internet je. Yelah CikTeh ni bukan tahu sangat bab2 agama ni tapi tak de lah jahil sangat. Lagipun benda2 macam nih kita as Muslim should take note for our knowledge (wow speaking London pulak minah ni...hehehehehe).

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:


Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].


Selain itu juga,  amalan membaca Yassin juga turut di amalkan. Namun harus diingat di sini bahawa membaca Yassin sebanyak 3 kali seperti mana yang di amal kan haruslah diperbetulkan kefahaman kebanyakkan umat Islam kerana bacaan Yassin pada Malam Nisfu Syaaban sebanyak 3 kali adalah tidak Warid (tiada sandaran) mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W .Tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah. Kita juga di sunatkan untuk sembahyang sunat Nisfu Syaaban disamping berpuasa sunat Syaaban.


Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)
1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.


Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)

Info Diambil : Klik Disini

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

 
Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.


 
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Alhamdulillah salah satu amalan yang diamalkan umat Islam di bulan Syaaban, CikTeh dah laksanakan. Insyallah akan pertingkatkan amalan2 lain disamping perbaharui amalan dalam buku baru. Habis Syaaban, Ramadhan bakal kembali lagi. Rindu sungguh suasana bulan Ramadhan. Oklah CikTeh berhenti disini dulu lagipun tangan hampir kematu tahan sejuk dalam bilik nih.

Sekian,

-CikTeh-

Total Pageviews