Assalamualaikum....
Pertama sekali CikTeh nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua ummat Islam. Rasanya tak terlambat lagi kan ucapan raya CikTeh tu sebab kita kan raya sebulan :-).
Kad Raya baru upload..basi sey :-) |
Kedua CikTeh nak ucapkan selamat kembali bertugas kepada mereka yang bekerja macam CikTeh. Laupun hari ni first day mula bertugas tapi mood raya masih lagi ada. Mood kerja memang tak de langsung. Maklumlah dah lama cuti. Pe pun entry kali ni just nak cite pasal raya 2014. Alhamdulillah tahun ni dapat beraya bersama-sama 6 orang adik beradik CikTeh. Lau ikutkan Abe Yon and Kak Ita tak dapat turn balik raya tapi last minute Sister bagi balik. So apa lagi bukan main gembira lah Ma CikTeh dapat tahu anak laki dia dapat balik beraya. Terus macam-macam dia nak masak termasuklah biskut mazola kesukaan Abe Yon turut di belinya sebab nak buat tak sempat. Juadah raya macam biasa Ma CikTeh as Masterchef.
Raya Pertama
Aktiviti: Bermaaf-maafan, ziarah kubur, group foto, Beraya rumah ke rumah
Juadah: Kuih-muih raya, rendang, lemang, nasi hujan panas, sate, nasi impit, ketupat, minuman panas dan sejuk.
Raya Kedua
Riuh-riuh di Dapur TokMa |
Baru sudah basuh pinggang mangkuk ye Amani |
Family Photo for RAYA 2014 |
Ayah Long Cik Long |
Cik Ngah Ayah Ngah |
Single group: CikTeh, Ayah Cik, Ayah Su |
Cik Da Cik Die |
Aktiviti: Sambung beraya, kenduri cukur jambul kat rumah Tok Sedara, terima kunjungan dari Mentua Kak Ngah dari Rompin. Depa bermalam semalaman before bergerak ke Perlis esoknya.
Juadah: Bihun goreng Mama, Kuih-muih raya, rendang, lemang, sate, nasi impit, ketupat, minuman panas dan sejuk.
Aktiviti: Sambung beraya, Majlis Pertunangan Sepupu
Juadah: Nasi Putih, Lauk Kampung, Ulam-ulaman, minuman panas dan sejuk, nasi minyak, kari ayam, buah tembikai, ayam masak merah, sambal belacan, puding, dalca dan jelatah.
Terima Kunjungan Besan TokMa dari Rompin |
Sekeping je ade gambar pakai baju raya ke 3 |
Insyallah bakal terima orang baru dalam family...suka-suka |
Raya KeEmpat
Aktiviti: Terima kunjungan merisik khabar, sambung beraya
Juadah: Nasi dagang TokMa, minuman panas dan sejuk, kuih muih raya
- CameraMan Cuti amik gambar :-)
Raya KeLima
Aktiviti: Sambung beraya dan BBQ
Juadah: Nasi Lemak Mama Leha, Nasi goreng cina, bihun goreng, buah tembikai, sate, ayam bakar, koktel, minuman panas dan sejuk, fast food
Mastechef of the night |
CikTeh pun pandai masak hokeyyyyy |
Bihun goreng |
BBQ station |
Nasi Goreng Cina pun ado |
Bakar jangan tak bakar....jangan hangus sudey |
It's begin.....tetamu masih lagi ada yang belum sampai |
Raya KeEnam
Aktiviti: OTW balik KL. Alhamdulillah trafik lancar dan macam biasa CikTeh tidur sepanjang perjalanan. Kami gerak dari kampung after Asar dalam pukul 5.30 ptg dan sampai Bangi dalam pukul 5.30 pg esoknya. Ni kes banyak berhenti sebab driver tak larat dan ngantok.
Raya KeTujuh
Aktiviti: Istirehat di rumah dan sesi kemas mengemas rumah.
Raya KeLapan
Aktiviti: Kerja sudeyyyyyyyyyyyyyyyyyyy :-(
Begitu rutin harian raya CikTeh tahun 2014. Tapi raya tahun ni memang best dan syukur sangat-sangat dengan rezeki yang di berikan. Dapat CikTeh beli sedikit sebanyak persiapan raya untuk anak buah, dapat bagi duit raya untuk Mama and yang lain dan yang penting dapat berkumpul ramai-ramai. Dan secara rasminya family kami telah tubuhkan satu WS untuk GROUP ANAK CUCU POK NOR. Sebarang aktiviti atau update akan di hebohkan kat group WS tersebut.
*** Selamat berpuasa 6 bagi mereka yang berpuasa :-)
*** Selamat berpuasa 6 bagi mereka yang berpuasa :-)
Sekian
-CikTeh-
Kaki Nota: Gambar raya dah upload tapi tak semua. Yang nak tengok semua boleh tengok kat fb CikTeh.....Yang nak tengok je k :-)
No comments:
Post a Comment