Assalamualaikum...
Hujan lebat sungguh kat luar tu....Harap-harap tak berpanjangan lah hujan ni lau tak memang tak dapek ler den nak balik. Hari ni balik rumah Sentul selepas 3 hari 2 malam tidur rumah Kak Erni. Alhamdulillah sepanjang tidur rumah kak Erni masuk kerja awal je. Kedatangan CikTeh sejak 2 minggu ni agak teruk Kebanyakkannya adalah merah. Nasib la management tak bising. Lewat pun bukan lama sangat dalam 5 minit je pun tapi bila dah kedatangan asyik merah je akan jejaskan kita nya reputasi la kan. Sejak dua menjak ni emosi agak terganggu sikit. Tak tau kenapa. Silap sikit je terus rasa -ve dalam diri. Kerja tak yah cakap la memang banyak tambah pula shoot untuk program tv yang terbaru 10hb ni dah nak start tapi talent and juri belum lagi confirm. Big boss dah mula bising. Dah la shoot delay almost 1 month. CikTeh betul-betul tengah pening kepala sampai tak tahu nak buat apa. Banyak sangat dalam kepala ni dok fikir sampaikan dah tak tahu apa benda yang ada dalam kepala ni. Teruk betul kan. Fikir pasal kawen la, kerja la, hutang la and banyak la. Fokus kerja sekarang ni memang tak de la bab tu tengah kerja pun sempat lagi update blog (alasan kot tu ^_^).
Ermmm.....mengeluh dan mengeluh lagi CikTeh ni. Orang cakap tak elok mengeluh tapi nak buat macam mana kan....dah 3 bulan 4 hari jadi tunangan En. B tapi rasa macam dah bertahun lamanya (ayat macam gedik tak sabau nak kawen kan). Alhamdulillah lau pun baru 3 bulan lebih kami tunang, kami mampu lagi mengharungi dugaan bersama. Harap-harap kami dapat bertahan, sabar dan tabah dalam menghadapi ujian dalam tempoh pertunangan ini..."Ya Allah Engkau peliharalah hubungan kami Ya Allah dan Engkau berikanlah kami kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian dari-Mu Ya Allah sepanjang tempoh pertunangan ini agar kami mampu berahan hingga kami diijab kabulkan dan seterusnya ke jannah...amin"
Persiapan kawen masih lagi terlalu awal tapi tidak bermakna CikTeh buat tak endah je. Dah ada la sikit persiapan macam pemilihan color, pelamin, kad and hantaran apa yang nak di berikan. Dan insyallah akhir tahun ni amik kursus kawen tapi tak sure lagi amik sekali dengan En. B or tak sebab dia dah amik kursus kawen masa study dulu. Memandangkan En. B susah nak balik sini, then masa kami untuk berjumpa pun terhad, kami plan untuk barang-barang hantaran masing-masing beli sendiri then tukar je. Ikut hati nak je pi beli sesama and CikTeh memang suka buat apa-apa bersama-sama tapi memandangkan keadaan dan situasi kami yang tidak mengizinkan jadi kami terpaksa la buat sendiri2. Dan yang paling CikTeh harapkan sekarang ni adalah pertukaran En.B ke semenanjung before kami kawen. If dia tak dapat tukar juga before kawen, kami terpaksa lah PJJ or CikTeh ikut dia pi sana tapi macam PJJ je...huk3. Tak kisah la janji kami bersatu..insyallah if jodoh kami kuat.
Wah hujan pun dah berhenti and CikTeh pun dah habis modal nak berceloteh, so CikTeh stop kat cini dulu entry kali ni.
Wah hujan pun dah berhenti and CikTeh pun dah habis modal nak berceloteh, so CikTeh stop kat cini dulu entry kali ni.
Sekian
-CikTeh-
Kaki Nota: 2 hari tak contact En. Bie...windu sangat kat dia...hu3(gedik kan)
No comments:
Post a Comment