Assalamualaikum...
Ermmmm.....pejam celik pejam celik genap hari ni 23 tahun arwah abah pergi. Dan hari ni juga genap adik CikTeh aka ayah chik (panggilan anak buah) umur 26 tahun. Dah tua dah dia. Dah boleh kawen dah tu tapi tunggu sis dia yang comel ni kawen dulu k...hihihihi....detik 12 malam semalam dah wish kat dia. Baca kat fb pun dia macam menunggu something je sempena besday dia ni...may be his belover de surprise kot....Adik CikTeh yang ni nama nye Mohd Shamsul Hisham and kami panggil dia Ise. Sekarang ni kerja kat kampung je. Memang dia suka duk kampung sebab dah banyak kali dah dia datang KL kerja tapi last-last balik kampung gak. My ma ada suruh dia pi cari kerja kat KL or mana-mana la tapi dia tak nak sebab dia lebih suka duduk kampung berbanding ngan kami (CikTeh, adik yang bongso dan abang Yon) yang suka merantau tempat orang. Tapi ok gak dia duk kerja kampung sebab my ma nak pi mana-mana if dia tak kerja dia lah yang jadi driver nye. Lagi pula kerja dia senang nak release if ada kecemasan. Adik CikTeh ni seorang yang penyayang gak la. Lau bab budak-budak memang dia suka. Anak-anak buah pun memang rapat ngan dia. Lau adik bongsu CikTeh lak memang tak pandai nak amik hati budak-budak. Lau balik kampung memang susah nak tengok dia main-main ngan anak buah. Lau suruh dia dukung anak buah pun dia tak nak melainkan terpaksa. Anak buah pun nak dekat ngan dia pun semacam je. Tu serba sedikit pasal adik CikTeh 2 orang ni. Memang banyak la beza dia ngan adik dia sorang tu. Tapi seingat CikTeh masa kecik dulu depa ni memang rapat. Lau gaduh tak pernah bertumbuk or ganas-ganas. Paling tidak pun baling barang-barang sekolah dalam parit depan rumah. So untuk besday dia kali ni, CikTeh just dapat bagi ucapan and doakan yang terbaik untuk dia je. Tapi sempat la edit card for him....
Saje je letak gambar dia ngan my ma....miss them so much |
Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada roh bapaku
MOHD NASIR BIN ABDUL GHANI Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali.
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
Sekian
-CikTeh-
Kaki Nota: Amat risau akan mereka yang berada di Lahad Datu, Semporna, dan sekitar Sabah.....semoga semuanya akan berakhir dan kedamaian akan muncul....amin
No comments:
Post a Comment