Wah tajuk entry macam tajuk lagu je.....Sedih dan menangis CikTeh sensorang bila dengar suara my mum and my cute niece. Tahan je tadi tak nak kasi my mum tahu yang CikTeh menangis sebab rindu kat diaorang. Dapat je cakap dengan my niece (kakak), minta CikTeh balik. Banyak kali minta CikTeh balik. Rindu benar dia kat CikTeh. CikTeh pun rindu kat my cuties anak buah. Rindu nak gaduh dengan kakak, rindu nak bawa diaorang naik motor pusing-pusing kampung, pergi taman dan main nyorok-nyorok.
Waaaaaaaaaaaa........rindunyeeeeeeeeeee........Dah ler duk rumah sensorang. My aunt balik kampung cuti sekolah. 2 minggu lak tu cuti and insyallah awal bulan depan CikTeh move out to Bandar Baru Sentul duduk menyewa dengan Zura (my training partner). Lau ikutkan nak je menumpang duduk rumah my aunt ni tapi sebab tak nak susahkan diaorang and kacau privacy so CikTeh decided move out. Lagipun bukan nye sekejap, 6 bulan tuh nak menumpang. Dah ler tak bayar apa-apa kan. So segan lah CikTeh.
Seriously tak sabar nak balik kampung raya nanti. Mengikut staff Lensa, raya sebelum ni company bagi cuti seminggu untuk raya. Tapi tahun ni tak sure lagi berapa lama. Harap-harap seminggu gak so boleh lah CikTeh beraya lama-lama sikit. And tahun ni tak tau lagi sempat tak balik tolong my mum buat persiapan raya. Harap-harap juga dapat balik kampung beberapa hari sebelum raya dan harap-harap lagi baju raya siap lau tak siap gak tak tahu la sebab my mum dah pi hantar jahit. May be akan beli sepasang lagi yang dah siap untuk back up.
Wah puasa belum lagi sebuk duk bercerita pasal raya ^_^. Ari ni janji dengan tuan rumah sewa nak bank in deposit duit, sekali tak dapat nak depositkan atas kesilapan teknikal mesin dan kami sendiri. So kami tangguh bayar isnin ni. Tuan rumah cakap ok je. Tak sabar nak move out tapi masih lagi mencari orang untuk tolong hantar barang-barang ke rumah sewa. Nak mintak tolong my uncle dia balik sini esok by bus. Nak tunggu my aunt balik lambat sangat. So, may be angkut sendiri dengan public transport. Anyone want to help me???
Ari ni juga berjaya menolong Kak Ila and Zura arrange library dengan jaya nye just part labelling je belum settle lagi. Sungguh seronok buat kerja kat library dari buat design hehehehehe……tapi tadi terserempak dengan En.Tajul and kena buat 2 lagi design untuk logo Taman Negara. Semalam lagi sebenarnya dia cari CikTeh kat Animation Department tapi CikTeh sibuk kat library tolong Kak Ila dengan Zura. Nasib dia tak mengamuk dan marah-marah macam dulu. Lau dulu aduhhhhhhhh……macam-macam kena sembur dengan dia. Nasib CikTeh sabar je. And berkat kesabaran Alhamdulillah En.Tajul ok sekarang tapi kena hati-hati gak sebab kita tak leh jangka bila angin putting beliung dia nak datang kan.
Untuk logo tu CikTeh kena siapkan sebelum En.Tajul outstation ke Taman Negara kat Terengganu, Kelantan dan Pahang selama 3 minggu bulan 6 nanti. Eh…..tak lama dah nak masuk bulan 6 so that’s why CikTeh bawa balik kerja dia buat kat rumah separuh. Lau ikutkan memang CikTeh tak suka bawa balik kerja opis kat rumah sebab kat rumah is my rest time tapi nak buat macam mana kan dah tugas and agak urgent. And semalam dah start casting untuk Taman Negara and tadi ingat nak pi tengok diaorang buat casting kat studio tapi dah dapat tugas dari Tuan Pengarah En.Tajul so tak dapat nak sertai. Harap-harap ada kesempatan lagi nak tengok dan belajar macam mana diaorang buat casting tu.
Ehhhh...panjang nye entry kali ni....asalnye nak cerita pasal sedih rindu kat my family sekali tercerita pasal kerja hari ni lak ye.....he3......ok lah CikTeh out dulu nak sambung buat kerja Tuan Pengarah ni lak. Kan tak siap kena sembur baru tau hehehehehehe
Sekian
-CikTeh-
Kaki Nota: Dah masuk sebulan 2 hari dah CikTeh training kat Lensa. Perasaan nak withdraw macam dah nak terhakis.....alhamdulillah berkat doa agar dipermudahkan segala urusan....amin
No comments:
Post a Comment