Hari ni pergi interview kat Lensa Film. Alhamdulillah CikTeh diterima training kat sana tetapi yang ni depa bagi 3 bulan training and then jika bagus dia akan serap untuk bekerja kat situ if tak CikTeh just budak praktikal je lah selama 6 bulan kat situ. Awal-awal sampai tadi agak cuak dan berdebar tapi bila dah masuk and ditemurah oleh Manager Director hilang sikit nervous tu lagipun Dato' Sean Sulung(Manager Director/founder) peramah dan cakap pun BM so senang lah sikit nak berinterkasi dengan dia. Semalam bukan main lagi CikTeh praktis speaking London sampai tergeliat lidah nak menyebutnya tapi alhamdulillah Allah beri kesenangan sikit semasa sesi temuduga. Pas sesi temuduga, CikTeh dibawa melawat bilik-bilik editing diaorang. menurut Dato' Sean, dia cakap nak pakai ramai budak multimedia sebab kerja amatlah banyak tambah lak project yang terbaru dia dapat dengan TV AL-HIJRAH untuk siri kanak-kanak. So tadi dia de bagitahu kat CikTeh sesiapa yang berminat dengan multimedia terutama dalam bidang animasi or design or whatever related to multimdia, dia mintak datang apply kerja kat Lensa Film. So tadi ada lah CikTeh wara-wara kan kat kawan CikTeh. Esok dah start training and sebelum tuh Dato' Sean mintak jumpa dia dulu untuk briefing pasal kerja yang akan dia beri tu. Takut, nervous, gementar semua ada nih. Tak tau lah macam mana nak berhadapan dengan alam pekerjaan yang sebenar esok. I hope I can do the best and satisfy him.
Masa sampai tadi ada lah sorang dak laki perserta GEMS gak untuk interview. Memang awal-awal lagi tau dak GEMS sebab dia bawa beg GEMS siap bawa portfolio lagi. Dalam hati dah cuak sebab CikTeh tak bawa pun portfolio just bawa sijil2 je. Tapi ok gak tak bawa sebab Dato' Sean just tengok borang temuduga dengan hasil kerja CikTeh masa study dulu je. Itu pun sikit je yang ada yang lain semua entah hilang ke mana and ada yang dah corrupt. Nak cuba berbual tapi tak tau nak start mana last-last masa dia dah nak balik baru lah dapat sembang kejap sebelum kena panggil untuk interview. Rupa-rupanya dia dak GEMS kat Cherating.
Pas habis interview terus tunggu teksi untuk balik tapi nampak bas ke KL Sentral so tak jadi naik teksi sebab mahal. Tadi datang naik teksi kena RM15 hengget. Ni naik bas kena RM1.90 je. So esok kena keluar awal naik LRT turun KL Sentral then amik bas ke tempat kerja. Harap-harap tak lewat sepanjang training nih. Risau gak takut terbabas maklumlah masuk kerja pukul 8.30 so kul 7 dah kena gerak and yang paling risau nih pakaian. Adoiiiyaiiii......tak tau nak cekau mana baju untuk pi kerja sebab CikTeh bawa sikit sangat baju. Ingatkan lambat lagi kerja paling kurang pun seminggu pas tu ke sempat lah nak balik kampung amik baju segala tapi ni esok terus kerja. Mana la nak cekau baju nak pi kerja. Nak pinjam makcik nye tak sama saiz......nampaknye buat seminggu dua nih buat tebal muka lah pakai baju yang sama sebelum balik kampung 30hb ni amik baju and untuk temuduga kat Kelantan nanti.
Ok you olls, malam dah makin larut and hujan pun dah makin lebat selang seli dengan angin kuat, so CikTeh masuk tidur dulu and please forgive me and Good Night :-)
-CikTeh-
Kaki Nota: Harap-harap CikTeh dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri CikTeh either Lensa Film or executive Sumber manusia.....:-(
No comments:
Post a Comment