WEDDING

Sunday 11 September 2011

Menjelang Raya

Assalamualaikum...

Tirai Syawal hampir melabuhkan tirainya. Walaupun orang kata raya sebulan bagi CikTeh sendiri raya hanya seminggu. Pas seminggu feel raya dah tak rasa. Raya tahun ni agak meriah juga walaupun abang yon dan my SIL tak balik sebab on call. Kak ngah lak raya Rompin dulu tahun nih. So kat rumah just ada CikTeh, kak ida sekuarga dan adik CikTeh 2 orang. Gambar raya lak tak de satu family. Sungguh sadis. Ingatkan ada DSLR nih banyak lah gambar di ambilnya tapi hampeh secoet je. Tak tau kenapa malas rasa nya nak amik gambar. (Tak pernah habis malasnya nih huhuhuhu). 

Tahun ni raya agak padat jadual beraya nya dari raya pertama hingga ke 5. Malam raya CikTeh tak tido sebab siapkan kek 2 biji dan biskut almond london. Awalnya tak nak buat biskut tapi sementara tunggu kek masak and barang pun ada maka adun lah kejap jadi biskut. Biskut almond yang nih sedap berbanding yang di buat kat rumah Cdo sebab yang ni agak rangup berbanding mula2 buat(sesi mengembangkan idung sendiri). Yang buat kat rumah Cdo guna butter cup and yang kat rumah lak guna Planta. My mum cakap may b guna butter cup kot yang jadi tak rangup dan rapuh semacam je. My cousin pun cakap yang tuh tak sedap tapi biskut arab my cousin said memang tiptop ^_^(makin kembang). Dah lama sebenarnya tak buat biskut raya nih. Lau tak silap kat 3,4 tahun gak lah sebab kekangan masa. Ye lah dulu ramai anak dara leh buat tapi sekarang tinggal CikTeh je yang lain semua dah jadi mak dara. Sebab tu malam raya CikTeh tak tido sampai lah pagi petang raya pertama baru CikTeh tido. 

Memang tiap2 kali raya, my mum harapkan CikTeh untuk bantu dia. Beberapa hari sebelum raya kami sekeluarga buat sate. Buat awal sebab my mum nak bagi kat besan dia kat Rompin. Then sehari sebelum raya buat lagi dalam 5 ekor ayam sebab kawan opis ma ada tempah. Alhamdulillah setakat nih sate yang ditempah menjadi dan mendapat komen yang baik2 dari customers (wah customers tuh hihihihi). Sate memang menjadi hidangan wajib kami selain daripada ketupat dan tapai. Tahun nih my mum just tempah je tapai dan ketupat sebab tak sempat. Lau tahun lepas my mum buat sendiri siap dengan rendang lagi tapi tahun nih memang tak cukup masa even anak nya yang nih balik awal. Raya tahun nih sempat lah CikTeh buat dalam 7 jenis biskut dan 2 kak ngah beli. Masa buat rasa sikit tapi bila dah siap dan susun banyak pula. Tapi walaupun bunyinye 7 jenis tapi CikTeh buat untuk satu adunan je untuk tiap2 jenis biskut. Penat memang penat buat biskut nih tapi berbaloi sebab seronok dan puas hati. Tahun nih Cikteh buat biskut kelapa, kacang, arab, almond, cornflakes rangup dan cornflakes coklat, tat nenas, dan mini popia yang tak sempat nak goreng (tersimpan elok lagi dalam peti). Kek pula CikTeh buat kek biasa je 2 biji. 1 untuk kawan ma tempah dan satu lagi untuk rumah. Alhamdulillah menjadi kek tu dan habis masa raya pertama lagi. Habis buat kuih segala, CikTeh tak rasa mengantok that's why lah CikTeh tak tido malam raya tuh. So apa lagi kemas rumah segala then dalam kol 4 lebih kejutkan adik CikTeh untuk bakar sate. 

Tahun nih CikTeh tak amik bahagian dalam bako sate. Semua tuh adik CikTeh ngan Mok su na yang uruskan. Ye lah rumah CikTeh dah "beresing" so bab bakar membakar nih serah orang lain lak. Penat sey. Bab makanan ringan macam kerepek bagai memang kak ngah CikTeh setelkan tiap2 tahun sebab peserta dia ramai yang buat benda alah tu. Memang tiap kali raya memang sold out kerepek dan mini karipap peserta dia. Kadang2 sampai tak cukup. Kak ngah ada suruh bawa jual kat KL tapi CikTeh malas nak jual (malas lagi). Tak minat berniaga sebenarnya. Tolong2 orang niaga ok lagi tapi nak berniaga sendiri nih sorry lah. Seru tak datang lagi nak berniaga walaupun ada niat sebenarnya nak berniaga.

Setel bab persiapan rumah tiba bab persiapan diri lak. Sebelum puasa lagi dah ada sepasang kain pemberian my SIL. Then takut tak sempat siap yang tuh beli lagi sepasang. Dua2 pasang nih sama dengan my mum. Raya tahun nih kami 2 beranak sedondon tapi satu gambar kami bersama pun tak ada huhuhuhu. So sebelum puasa lagi dah p hantar tailors jahit tapi hampeh satu je siap. Satu lagi pas raya baru siap. Tahun depan memang dah tak hantar dah kat tailor tu. Awalnya dah buat back up baju raya yang beli siap sebab dah rasa macam baju raya yang jahit tuh tak siap. Tapi malangnya baju raya yang beli siap lak besar. P hantar repair pas raya gak baru boleh amik. Last2 pagi raya beraya dengan baju kerja kak ngah sebab baju raya yang siap sepasang tuh nak pakai masa tunang cousin raya ke 2. Raya tahun ni banyak pinjam baju kak ngah huhuhuhu (thanks a lot kak ngah bagi pinjam baju ^_^).


Kat bawah ade ler sekerat gambar yang sempat di ambil..........



Segak Bergaya Hero CikTeh si Irfan

Sementara Tunggu Orang Balik Masjid Makan Biskut Je Dulu

Baju raya Amani yang seksi (Raya ke 4)
Ma said : Ayah su gak eh baru pege anak buoh

Testing

Not Ready yet

Ni je yang sempat ada dalam gambar

Senyum Tokma Dapat beraya ngan Amani

Baik je posing ngan Ayah su

Sekian





-CikTeh-

KakiNota: Tak berkesempatan untuk solat raya lagi tahun nih (Tewas sehari puasa)

No comments:

Post a Comment