Assalamualaikum...
CikTeh ucapkan selamat hari ibu buat semua ibu di dunia tidak lupa juga bakal2 ibu dan istimewa buat ma CikTeh Puan Zainun Mohd Noor. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ma CikTeh kerana melahirkan CikTeh dan jaga CikTeh sampai ke hari ini. Nasihat yang diberi tidak pernah putus - putus diiringi dengan doa untuk kesejahteraan CikTeh dan anak-anak yang lain. CikTeh sungguh bangga punya ibu seperti ma. Akan CikTeh tebus segala penat lelah ma selama ini walaupun tidak termampu dilakukan CikTeh kerana jasa dan pengorbanan ma selama ini tanpa batasannya dicurahkan. CikTeh hanya nak tengok ma gembira dan sentiasa terukir manis senyum di bibir ma. CikTeh sayang ketat2 kat ma...CikTeh rindu kuat2 kat ma.
~ Sekian ~
-CikTeh-
Kaki Nota : Ibu....ibu engkau lah ratu hatiku
No comments:
Post a Comment