Assalamualaikum.....
Kembali bersiaran lagi kita bersama Celoteh CikTeh. Dah lama gak la tak mencurah ide penulisan ni kan. Hari ni datang mood nak menulis. Entry kali ni just nak share pengalaman CikTeh masa menjalani ujian saringan tadi. Ujian apa tu? Haaaaa....mai sini nak cite. Bukan nak menunjuk tetapi nak share. Sebab saya cuba search kat internet cari tips or pengalaman mereka yang hadir ujian ni tetapi tak de. So cubalah untuk share pengalaman saya yang tidak seberapa ni agar boleh menjadi rujukan kepada yang memerlukan nanti.
Ok, CikTeh apply permohonana ni bulan 4 hari tu. Tup-tup 10 Jun CikTeh dapat call dari FAMA bagitahu yang CikTeh layak untuk menduduki ujian saringan. So dia mintak CikTeh untuk sah kan kehadiran dekat sistem FAMA. Happy sangat-sangat sebab peluang bukan selalu datang. Walaupun ujian saringan tapi CikTeh kena buat yang terbaik sebab ada beberapa stage lagi kena lalui if ujian saringan ni lulus. Selepas sahkan kehadiran, contact abang yang duduk kat PD minta dia tolong hantarkan. Settle bab tu. Kemudian CikTeh settlkan beberapa dokumen untuk di bawa nanti. Antara dokumen dan alatan yang perlu dibawa:
1. Alat tulis
2. Kalkulator (depa ada sediakan tapi soalan pengiraan tak banyak pun dalam 1@2 soalan je)
3. Salinan IC
4. Salinan Surat Beranak
5. Salinan sijil PMR, SPM, STPM
6. Transkrip diploma, ijazah, dan sijil yang berkaitan
7. Gambar ukuran passport 2 keping (belakang gambar tulis nama dan ic)
Semua dokumen tu kena di sahkan tapi CikTeh tak sempat nak sahkan sijil so bagi je kat depa.
Ujian saringan ni untuk jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Gred E29. Depa buat ujian ni serentak dengan jawatan yang depa iklankan sebelum ni kat ILF dan AIM. Tunggu nye tunggu tibalah masuk dewan. Untuk jawatan E29 ni ujian diadakan di Dewan Baiduri, Tingkat 4.
Sebelum ujian bermula, pengawas ujian bagi taklimat ringkas berkaitan dengan ujian yang akan dijawab nanti. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian. Setiap bahagian hanya di beri 1 jam masa untuk menjawab. Bahagian 1 adalah soalan berbentuk psikologi dan perihal diri kita. Calon hanya perlu menjawab YA atau TIDAK. Jumlah soalan untuk Seksyen A = 160 dan Seksyen B = 120. Bahagian kedua pula soalan berkaitan dengan skop pekerjaan, FAMA, MOA. Soalan berbentuk objektif sebanyak 50 soalan. Rujukan just boleh baca dan study website FAMA, MOA dan konsep pemasaran. If baca yang tu memang boleh jawab. Setiap calon akan diminta mengisi slip kehadiran dan checklist sebelum dimasukkan ke dalam envelope putih.
Habis ujian dalam pukul 11.30. Mengikut kata ketua pengawas, keputusan ujian akan keluar dalam masa 1@2 bulan. Sesiapa yang lulus ujian saringan akan dipanggil untuk ujian temuduga dan if lulus ujian temuduga akan dipanggil untuk temuduga akhir.
Rasanya semua dah CikTeh kongsi. If ada yang nak tanya sila lah jangan segan jangan malu.
Sebelum undur diri, CikTeh nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua ummat Islam. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan diberkati...amin
Sekian
-CikTeh-
Kaki Nota: Menghitung hari :-)
Salam.Sy pon exam juga masa tu. Nak tanya.
ReplyDeleteDah keluar ke result ujian tu. Dah 2 bulan. Senyap je ? Hehe
@Muhammad Fahmi dah boleh cek result kawan baru je bgth result dh keluar. semoga berjaya. cek kat http://perjawatan.fama.gov.my/job
DeleteSalam.Sy pon exam juga masa tu. Nak tanya.
ReplyDeleteDah keluar ke result ujian tu. Dah 2 bulan. Senyap je ? Hehe
Wslm......sy pun tak sure dh kua atau pun x.Tp lau ikut kata mereka hari tu sesiapa yg lulus akan dihubungi. sapa yang x dpt tu mknanya x dpt lah kot.hiihihihihii
Deletesalam..saya dah pun pergi temuduga akhir jawatan pembantu ehwal ekonomi fama..kalau kita lulus..macam mana nak tahu status temuduga akhir itu?
ReplyDeleteSaya pun ada pergi temuduga akhir FAMA jawatan Pembantu Akauntan w17, 7 Disember 2015 lepas. Result memang belum keluar lagi ke?
DeleteMasih menunggu keputusan akhir dengar2 ujung bulan ni klua nye.. Huhu
ReplyDeleteda keluarka keputusan temuduga akhir bagi calon yang berjaya?
DeleteAder sape2 yang dah dpt ker?? Dh ijung bln pon...
ReplyDeleteFAMA kata bulan 2 ni keluar result nyer..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteFAMA kata bulan 2 ni keluar result nyer..
ReplyDeleteFAMA kata bulan Feb? Awal bulan ka?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSama2 la kita tunggu.. Harap2 minggu depan keluarla keputusan.. Amin
ReplyDeleteKalau ada sapa2 yang dah dapat result, inform tau dekat sini. Nanti saya tertunggu-tunggu rupanya tak dapat. Huhu.
ReplyDeleteOk.
ReplyDeleteSaya kongsikan bersama agar kita tidak tertanya2..:)
ReplyDeleteNama: Administrator
Mesej:
salam sehati sejiwa,
Terima kasih kerana berhubung dengan FAMA. Untuk makluman puan, keputusan akhir temuduga FAMA belum lagi dikeluarkan dan dijangka akan dikeluarkan pada akhir febuari atau awal Mac 2016.FAMA mengucapkan selamat maju jaya kepada puan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian di bawah:
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Tel: 03-6126 2020
sekian, terima kasih
Unit Pengurusan Pelanggan
Bahagian Komunikasi Korporat
Dl:03-6126 2020 ext:2233
Fax: 03-6120 2604
Emel: fama@fama.gov.my
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
mudah2an ade rezqi la utk jawatan ni...
Deletemudah2an ade rezqi la utk jawatan ni...
DeleteAkhir Feb atau awal Mac? Ooooh, lama lagi la nampak gayanya. Thank you atas info nya.
ReplyDeleteFAMA XDE BAJET AHAHA
ReplyDeleteSama2 kita tunggu aje la... sekurang2nya dah tau bila result akan kuar... So semua good luck...
ReplyDeletePenantian bermula
ReplyDeletehahaha.. biasanya semenanjung dulu la dapat result baru sabah sarawak dan labuan..
DeleteGet readyyyyyyy ��
DeleteDah nak dekat akhir Feb dah ni. Penantian suatu penyeksaan woi. Hahaha.
ReplyDeleteHahahahhahahaha i feel u ��
DeleteFama tak bagi exact date ker bila result akan keluar? Tak best la hari2 duk tertanya2.. Huhuhu..
ReplyDeleteEntah ler..dia kata akhir bulan February atau awal Mac..kalau yang berjaya..FAMA akan hantar email Dan call..xper..kita tungguuu..
ReplyDeleteBlog ni dah jadi macam group whatsapp FAMA. Bagus la korang ni, saling memberi informasi antara satu sama lain. I like. Good luck semuanya. :)
ReplyDeleteYup rasanya mmg ramai yg usha blog ni.. TQ to owner blog
Deleteermm..good luck u all..doa bnyk2..
ReplyDeleteTik Tok Tik Tok...
ReplyDeleteNeves giler menanti.. Haha..
ReplyDeletehahaha.. samal kita...
Deletehahaha.. samala kita
DeleteTarikh lapor diri 15mac depan.. So dlm masa tedekat ni dia akan bgtau.. Gudluck smua..
DeleteMacam mana awak tahu..dah tahu keputusan ke?
Delete15hb mac? Awak dapat info dari mana? Awak dah dapat keputusan?
ReplyDeleteBetul ke 15 mac lapor diri??
ReplyDeleteJika anda dah dapat tahu keputusan..share kat sini ye..
ReplyDeleteYang tak berjaya akan dimaklumkan juga ker? Atau yang berjaya saja akan dihubungi?
DeleteYang berjaya sahaja akan dihubungi Dan dimaklumkan melalui email.
ReplyDeleteSays call bahagian Sumber manusia FAMA tadi, mereka kata keputusan tu pada bulan 3 nie...boleh check di web e-perjawatan
ReplyDeleteBulan 3? Laa ingatkan hujung Feb. Ada beberapa hari lagi ni nak tunggu. Harap semuanya bersabar dan semoga berjaya untuk kita semua.
ReplyDeletetak pa la.. sekurang2nya kita da tahu keputusan tu akan keluar bln 3.. klu ada rezeki insyallah adalah tu...
ReplyDeleteSemoga berjaya teman-teman semuanya. InsyaAllah.
ReplyDeletewah.. nervesnya.. setiap masa mengira menghitung jam.. setiap masa check eperjawatan fama tp masi error... :(
ReplyDeleteBaru masuk bln 3... Sabar dgn berdebar2
ReplyDeletesy pun sama jugak..setiap hari check portal fama, setiap detik setiap minit check..haha..nervous sgt! excited pun ade nak taw result, dpt ke tak dpt takpelah..yg penting tahu resultnya kan :) esok dh msuk bulan mac, hrp adelah khabar berita dr fama :D
ReplyDeleteEsok dah bulan Mac kawan-kawan. Semoga rezeki berpihak pada kita. InsyaAllah.
ReplyDeleteKalau eperjawatan dah boleh cek, jangan lupa update dekat sini tau. Saya doakan yang terbaik untuk kita semua.
ReplyDeletesaya baru lepas check eperjawatan awal2 pagi tadi, hehe masih belum ada khabar berita lagi..aduhhh lamanya menunggu..harap ade lah rezeki..kalau ade rezeki takkan ke mana kan? cepat atau lambat je ;)
ReplyDeleteSalam... Ape cite kawan kawan.. Da keluar ke ?
ReplyDeleteSalam semua, bagaimana dengan result kamu semua ??
ReplyDeletemasi The server didn't respond in time, :(
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSlmt pg smua...brite t'baru dpt info pihak fama telah pos surat kpd calon2 yg telah bjya utk melapor diri pd 15 hb ni di institut latihan fama port dickson..bg calon2 yg xdpt surat dlm mggu ni mgkin xde rzki..mari lar sama2 bdoa n mnggu tu...smoga ad brite baik utk kite smua...sekadar info...
Deletelaaa yeke..adoi tak sabarnyaa nak tunggu surat sampai kt rumah..huu harapan menggunung tinggi ni..tp takpe dh usaha kan, tawakal jela.. hmm ..knp check sistem perjawatan dia masih xboleh yer? tak mcm sebelum ni senang je, dan biasa time2 mcm ni dh ade staf fama call bgtahu..hari tu saya pernah call tanya, staf fama ckp, calon yang dapat dan x dapat dua2 dia akan call bgthu jugak..hmmmmmmmmm
DeleteRasanya calon yang tak berjaya pihak fama mungkin tak akan call. Alaaaaa mereput la mcm ni. Tunggu punya tunggu, rupanya tak dapat.
Deletealaaa jgn lah pihak fama tak call..at least call la bagitahu "Harap maaf, sila cuba lagi" ke ape ke.. heheh sedap sikit dgr.. kuranglah sikit mereput sekian lama nih :(
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteinstitut latihan fama port dickson? sekiranya calon tersebut daripada sabah, sarawak dan labuan mereka juga perlu melapor diri di institut latihan fama port dickson ataupun di negeri masing2? terima kasih
ReplyDeleteUtk p'tnyaan tu msih blum dpt dipastikan...ape2 pn tggu je surat dlm msa t'dekat ni...
DeleteSo sekarang kita semua kena tunggu surat la ni? Takde cara lain ker nak tau samada kita dpt atau tidak selain dari surat? Email ker? Web ker?
ReplyDeleteDr ape info ni bgtau pihak fama mmg xde bgtau ape2 slain dr surat tu je..so kna tggu surat dr fama je tu..kpd yg b'jya mgkin dlm mggu ni surat akan smpai...
ReplyDeleteSo web tu memang xdapat d ekses la kan? Marilah kita berdoa semoga rezeki berpihak pada kita. Wish me luck guys.
ReplyDeletekawan2 semua siapa yang dah terima surat dalam minggu ni please inform kat sini yer.. hehehe dapatlah juga kita berkongsi kegembiraan bersama kan.. *saya mereput dan menunggu ni* hihiii
ReplyDeleteYa sy setuju.. tolong inform siapa2 yang dapat surat ya..
ReplyDeleteSalam.saya dah dpt Surat dari FAMA..alhamdulillah.saya Kena lapor diri 15 HB nie
ReplyDeletewah tahniah! hmm saya masih menunggu..harap2 adelah surat sampai ni..mana lah posto2 ni....huhu
Deletetahniah... rezeki kmu.. kmi masi menunggu..hmm
DeleteTahniah Mohd Faizal. Doakan untuk kami. :)
Deleteboleh tau saudara dtempatkan di Fama mane?
DeleteAlhamdulillah saya pon dapat juga.. Jumpa 15hb nanti mohd faizal.. Selamat berjaya pada yang lain.. InshaAllah ada rezeki tu nanti...
ReplyDeletetahniah.. korang calon semenanjung ka? calon sabah sarawak, labuan ada da ka yg dapat?
DeleteWah seronoknya u all dh dpt yer. alhamdulillah rezeki berpihak pada u all tu :)
Delete#sy juga yg msih menunggu smpi mereput...hmmm
**penantian suatu siksa yang tidak tertanggung....oleh tubuhku yg kering dan layu....heheheh nynyi ckit!
dtempatkan di fama mane?
Deleteokey tunggu esok la pulak! mana tahu posto sampai..kikiki
ReplyDeleteSaya pun calon sabah jugak.. Ada kemungkinan ka posto lambat sampai? Atau bukan rezeki saya.
ReplyDeleteTahniah beb yg dapat tu moga terus berjaya.. Alhamdulillah syukur.. Btw aku xtahu apa nasib aku ?? Tapi tak per la mgkin bukan rezeki aku..
ReplyDeleteTahniah pada yang berjaya.... Yang masih menunggu tawakal kpd ALlah... Ade rezeki mungkin ada... Perancangan yang terbaik drpd Allah...dgn izinya...
ReplyDeleteKita merancang dan berusaha, namun rancangan dan takdir Allah buat kita adalah lagi hebat. Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berjaya seperti saya, jangan putus asa untuk mencuba.
Deletemcm mana awk tahu awk tidak berjaya yer? awk cek kt mana?
DeleteSebab saya tak dapat surat so saya anggap la itu bukan rezeki saya.
Deletemmg yg berjaya dapat surat 1 mac ke..bkn kne tggu dlm mnggu ni yer..awk apply jawatan ape yer?
DeleteSaya takut nak berharap.. Nnt kecewa pula.. Lgpun kwn2 yang lain dah ada yang dapat surat kan.. Saya apply jawatan pembantu akauntan w17.. Calon sabah.. Awak?
Deletesaya apply pembantu tadbir..calon semenanjung..hope ade rezeki kita..
Deletehai lamiastoria sy pun calon sabah.. sy apply pembantu tadbir juga.. sy blum jg terima surat dr FAMA..:(
DeleteSaya pun calon sabah. Kalau awak dapat surat/dapat panggilan dari FAMA, awak update dekat sini ya?
DeleteKepada sahabat yg dikasihi di Semenanjung,Sarawak dan Sabah Malaysia.
ReplyDeleteSekiranya anda tidak berjaya disini tidak bermakna anda gagal dan tidak memiliki kualiti peribadi. Ianya adalah salah satu proses mematangkan diri yang Allah dah tetapkan untuk kita. Begitu juga kepada yg berjaya, ingatlah ianya juga salah satu proses kematangan diri. Kebahagiaan itu bukan terletak pada berjayanya kita dengan pekerjaan, ianya mengenai berapa banyak kebajikan kita kepada diri,ahli keluarga dan masyarakat. Saya faham erti kegagalan dengan penuh cabaran dan ujian. Namun tidak pernah setiap kegagalan terus diisytihar sebagai kekurangan kualiti peribadi. Saya dah pernah bekerja sendiri, bekerja dengan bank dan syarikat insurans serta dengan glc komunikasi. Namun direzekikan pula utk bekerja dengan FAMA. Semua itu adalah dugaan dan cabaran. Saya suka memberi contoh usaha kakak saya sendiri yg pada awal kerjaya menjual nasi lemak di pasar malam, kemudian bersama saya bentuk enterprise dan kami gagal kerana ditipu pembekal, dia dan saya berusaha kaedah lain. Dia sambung belajar dan saya bekerja. Dengan semangat tinggi dia kerja part time cashier di Tesco dan berjaya complete degree dan master. kini dia adalah pensyarah senior sedang berusaha utk PHD beliau di UiTM. InshaaAllah saya akan turut serta berbuat demikian.
Hidup ni jangan kita permudahkan dengan emosi, hadirkan akal fikiran dalam membuat keputusan hidup dan sentiasa tawakkal kepada Allah... Selamat maju jaya kepada sahabat2 semua. :-)
Tahniah buat anda. Dan terima kasih atas kata kata semangat buat kami yang tidak berjaya. Diharapkan kepada yang tidak berjaya, semoga akan datang kejayaan lain buat kita.
DeleteAssalamualaikum en.Ammar Ridhwan Ramli.. sy nk bertanya sekiranya alamat bg calon yang berjaya bermasalah ataupun telah berpindah dan surat tersebut tidak diterima oleh calon dalam masa tersebut, so macamman pihak FAMA akan hubungi ataupun disebaliknya.. sekadar bertanya..terima kasih
Deletehari ni dah 2 mac.. diriku masih menghitung hari..detik demi detik...menunggu utusan khabar gembira dari FAMA :) harap2 ade laaa..heheheh btw, tahniah pd kwn2 yg dh dpt....pls doakan kami yg msih belum terima sebarang khabar berita ni yer..
ReplyDeletenak tanya pd kwn2 yg dh dpt surat tu, fama pos biasa je ke or poslaju ek?? hehe
ReplyDeletehari2 saya ngadap blog ni sbb nak dptkan feedback dr rakan2 lain..so induksi start 15hb mac la kan ? so yang sdg bkerja ni kena notis berhenti kerja 2 minggu jela eh
ReplyDeletesalam.. sy calon dari sabah, surat sy pn belum terima. sekiranya ada calon sabah yang telah terima kat cni.. share2 ya.. supaya sy pn x ttungu2.. peace :)
ReplyDeleteSaya calon sabah pun tiada terima apa-apa surat.. Ada 2 kemungkinan, antara surat tu lambat sampai atau memang bukan rezeki saya.. Nnt kalau mana-mana calon sabah sudah dapat surat, jgn lupa update dekat blog ni..
ReplyDeleteSecara lazimnya apabila berlaku masalah demikian, pihak POS akan memberi maklum kepada FAMA. Return Postage ini akan di selidiki oleh FAMA dan usaha menghubungi akan dibuat berdasarkan maklumat yg kita beri semasa diawal permohonan. Sebab itu kita kena memberi maklumat asli dan utuh demi mengatasi keadaan sedemikian berlaku. Maklumat perhubungan kita adalah dianggap tulen dan disandarkan pada integriti pemohon. sekiranya sudah 2kali dihubungi melalui pelbagai medium, email,pos atau telefon, maka bahagian HR FAMA akan mengambil pendirian mengikut SOP perjawatan sedia ada dalam FAMA. SOP nya bagaimana? itu saya xtahu sebab tiada pengetahuan mengenai fungsi dalaman HR FAMA lagi buat masa ni. Jadinya, cara terbaik seandainya rasa alamat tidak valid atau berubah adalah dengan menghubungi terus HR FAMA bertanyakan status permohonan anda.
ReplyDeletesy dah cuba call fama di talian 0361262233 unit pengurusan pelanggan..betul kan nombor ni? nmpk msih tidak berjawab..maybe staf fama busy kot.. dgr khabar mereka akan berpindah HQ baru di kelana jaya..hehehe..tapi peliklah, nape fama tak direct call or emel terlebih dahulu sbg makluman awal eh?? kiranya surat mmg agk lmbt la kn..huhuhuhu mana posmen ni, cptlah lalu depan rumah sayaaaaaa!
ReplyDeleteFAMA nak buat suprise kot.. posman dah lalu depam rumah tapi tak singgah umah kita pun...ermmm
ReplyDeleteHahahaaa.. Sabar ja la.. Kita senasib, rasa nk pukul ja abam posman tu sbb xbagi surat.. kan..
ReplyDeleteFAMA dh buat panggilan kpd siapa yg dh berjaya smlm.. dan diorg dh anta pos srt kpd yg dh brjaya...mana yg x dpt dua2 tu mungkin x dpt la kot
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteFAMA dah buat panggilan semalam? Jd maksudnya yang tak kena call tu tak berjaya la kan? It's okey kawan2, takpa. Bukan rezeki kita dengan FAMA.
ReplyDeleteFAMA da buat panggilan kat semua calon termasuk sabah dan sarawak ka? sbb sy calon sabah.. skiranya FAMA da buat panggilan kepada calon2 sabah.. so, itu bukan rezeki sy.. tak pa bukan rezeki dgn FAMA.. tq
DeleteYup diorg dh call mana berjaya...isteri sy dpt pnggilan srh lapor 15.3 ni di PD
ReplyDeleteYup diorg dh call mana berjaya...isteri sy dpt pnggilan srh lapor 15.3 ni di PD
ReplyDeleteIsteri awak calon sabah/sarawak/labuan?
Deletekorang, sy ade dpt notis dr poslaju suruh amik surat esok kt pejabat poslaju..sbb takde org kt rumah :( adoi nervous la..apakah itu surat dr fama??? tp fama takde call pulak semalam..hmm nak tanya pada yg dh dpt surat tu, adakah pos biasa atau poslaju???? mohon jawab pertanyaan saya ni...urgent!
ReplyDeleteAwk apply jawatn ape yer? Awk dr semenanjung ke
Deletesy apply jwtn setiausaha pejabat n27 .. yelaa kena tunggu esok pagi jela nk amik brg dr poslaju..sy check tracking number tu dr pos batu caves..so yela tu kot surat dr fama'...harap2 lah..hmm nervousssss kot!
Deleteyup sy calon semenanjung...aduh risaunyaa entah apalah isi kandungan brg poslaju tu ekk..huhu
Deletewah..tahniah awk..
DeleteMaaf menyampuk, sy Alhamdulillah dapat surat fama tp belum ade panggilan dari fama, jadi jgn bimbang kawan kawan. Yg sabah sarawak sabar InsyaAllah ada nt
ReplyDeleteAwak dah dapat surat tapi tak terima panggilan? Ada yang kata sesiapa yang berjaya akan dihubungi. Tapi awak tak dihubungi kan? By the way, tahniah untuk awak.
Deleteawk surat tu kata apa? tahniah berjaya dan perlu melapor diri ke cmne ??? hmmmm ala risau sgt nih
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeletePoslaju,
ReplyDeleteCalon Sabah, Sarawak Dan Labuan sabar menanti keputusan...
ReplyDeleteAwak calon Sabah/Sarawak/Labuan ka? Anyone dekat sini dri 3 negeri ni kalau ada yang sudah terima surat/dapat panggilan tolong update dekat sini ya.
Deletesalam... sape dari semenanjung bagi jawatan pembantu hal ehwal ekonomi e17 yang dah dapat panggilan.
ReplyDeleteCara mcm ni x profesional langsung sepatutnya fama kena lebih utamakan protal untuk semakan sama ada berjaya atau gagal.. Ianya lebih mudah dan memuaskan hati semua pihak.. Tapi bila hal ini terjadi, banyak yg tertanya2.. Sepatutnya jawatan kuasa fama lebih ambil perhatian dan memikirkan tentang beberapa pekara.. Jika dihantar dengan pos belum tentu sampai.. Sebab pernah terjadi hal posman tidak hantar surat n parcell kerumah oleh perkhidmatan poslaju mahupun pos biasa.. Malah alasan poslaju malaysia barang telah dihantar, bila diselidik terbukit barang still di pejabat pos berbulan tanpa update dari pos malaysia..
ReplyDeletebetul tu..saya setuju..saya pernah kena esok iv..hari baru smpai surat
DeleteKan? Sepatutnya FAMA kena update dekat eperjawatan. Kalau kita dah tau kita tak berjaya, tak ada lah kita tertunggu2 surat atau panggilan dari FAMA. Takpe la, saya andaikan ini bukan rezeki saya. Tapi pengalaman menduduki ujian saringan dan 2 kali temuduga adalah satu pengalaman yang insyaAllah akan mematangkan kita.
Deleteassalam..siapa yg calon jawatn pembantu tadbir yg da dpt surat..blh update kt sni x?
DeleteLamiastoria Sy dapat surat da sy jwtn Pembantu tadbir jg.. awak try kol fama.. sy calon sabah jg
DeleteSaya masih menunggu..dah ada yang dpt surat or call dari fama ke untuk jawatan N27 penolong pegawai tadbir?
ReplyDeleteYang belum dapat surat atau dapat panggilan FAMA jum buat whatsapp group. Senang nak update.
ReplyDeletecadangan yang baik..pls drop ur number di sini spya senang kita kongsi information
ReplyDeleteok dah boleh berhenti berharap semua. Untuk jawatan penolong pegawai E @ N, kalau tak ada kabel besar tak payah la berharap. Dengar pun berasap je... sape disini yang dapat jawatan di atas dan tanpa kabel besar meh bagi nama, kawan tolong cekkan... kalau tak dapat sebab tak layak tu tak kisah sikit, ini kalau pasal kabel ni yang letih dengar. Renjat guna kabel TNB baru tau.
ReplyDeleteklu pembantu mcmmna? cth pembantu tadbir, pembantu eko dll.. dpt tlg cekkn ka
Deletekabel kecik, jgn cakap camtu. tak semestinya dapat sbb ade kabel besar baru dapat. mungkin ada dikalangan candidates anak someone tapi not at all. semua tu rezeki dari Allah.masih ade ruang untuk org yg perform. sy boleh reveal who am i, but i want to highlight here everything can achieve if you bit the challenge. maaf if sy terkasar. buat bakal rakan2 sekerja nt, cuba bersangka baik ( husnuzon ) sesama rakan2 kerja supaya kita ada keberkatan dlm perkerjaan kita. saya tak kata tak boleh nak bangkang ke apa dlm soal kerja tapi ada caranya. allahualam.
DeleteSaya w17 jerrr. Kabel pun takde jugak. Tapi saya pun dah berhenti berharap dah ni. Takpe la, bukan rezeki saya. Kepada yang berjaya, tahniah.
ReplyDeleteHmmm untung org ade kabel..sian ker org yg xde kabel yg dh kawin ada anak harap dpt keje tgk xdapat sebb kne ada kabel..
ReplyDeleteHarap yg xdpt tu brsabr byk2..berat mata memndang berat bahu memikul..
**sy cuma silent reader di sini betapa susahmye nk dpt kerja zamn skng..
salam kawan2, sy dh dpt surat dari fama..poslaju..alhamdulillah..tp sy msih risau, sy dah fakskan maklum balas penerimaan tadi pd fama, sy pun cuba hubungi fama utk maklumkan, tp tak berjawab pon :( risaunyaaa..fama pon takde call sy jugak..sbb kt surat ni kata kena balas dlm kadar segera, kalau lmbt, maka terbatallah.adoi..hrp2 tak ler..hmmmmmm
ReplyDelete*sy doakan pd semua kawan2 yg memohon dpt khabar berita gembira ni jgk yer.. :)
awk apply jawatn ape yer?
Deletesetiausaha pejabat n27 ... tp tula fama takde call sy pun lg ni..sy call fama pon dh berkali-kali ni..sbb dh faks surat penerimaan td..tkut mereka x terima je lg..hmm
Deletetahniah awak.. awak dr semenanjungka? kmi dari sabah ni masih lagi menunggu jawapan...hhmm:(
ReplyDeleteAwak, calon sabah memang belum ada yang dapat surat ka? Atau kita antara yang xdapat?
DeleteSaya nk kongsi sesuatu, saya call fama td.. Diorg bg tau, sy xberjaya.. Saya redha.. Sy tahu ini ujian allah utuk sy..
ReplyDeleteno apa awak kol.. share sni
Delete03-61262059.. Sy harap korg berjaya.. Moga jumpa lg.. Sy betul2 sedih bila dia bg tau yg sy xberjaya td..
Deleteawl call num mna yer?
DeletePembantu ehwal ekonomi..
Deleteassalamualaikum, ada tak yang dari sabah perempuan dapat keputusan sbb sy kol FAMA td sy dapat.. alhamdulillah.. tp sy dr calon sabah dan kita kena lapor diri pada 15.3.2016 di PD sehingga 20.3.2016 sbb menghadiri kursus PTM (induksi).. jd sesiapa dpt inform sy sbb mmudahkan kita bkumpul bersama2 untuk bergerak..
ReplyDeleteawak2 sy calon semenanjung..sy pon dpt jgk surat fama dn kena hadir pada 15hb di PD.. nk tnya awk, awk call FAMA mereka jawab yer? sy dh berpuluh kali call ni tidak dijawabnyaa...adoi risau!
DeleteAwak, nombor apa awak call? Fama kata awak dapat? Tahniah awak. Awak tak dapat surat lagi?
Deletesy kol no. 03 6126 2020 pastu minta sambungkan dengan cawangan pengurusan sumber manusia bahagian pengambilan. sy kol jg banyak kali tp ari ini rezeki sy, sy kol dorg trs angkt.. alhamdulillah
ReplyDeleteAssalam semua... thanks sbb bg byk info pasal keputusan temuduga... saya x berjaya... sedih mmg sdh sbb terlalu berharap... tp biasalah bkn rezeki... percaturan Allah lagi baik... kepada sesiapa yg dapat tahniah... kepada sesiapa yg x dapat jgn kecewa... hidup perlu d teruskan... all the best...
ReplyDeleteok kawan2 saya doakan anda semua maju jaya di luar sana yer :) kpd yg berjaya tu, kita jumpa di PD ye..nervous jgk ni..hmm x sempat nk ready pape..mental dan fizikal..
ReplyDeleteHari ni pada jam 11pg saya berjaya jejakkan kaki ke bahagian HR FAMA. Dari pengamatan saya, staff dibahagian HR FAMA bertungkus lumus beroperasi sebaik mungkin. Setiap tindakan mereka mengenalpasti pelbagai masalah diatasi secara professional. Statement ni bukan nak bodek etc. tetapi adalah utk memberi win-win situation kepada pemohon dan HR FAMA. Mereka tidak pernah berburuk sangka, malah ada pemohon yg bermasalah utk lapor diri, mereka atasi dengan baik. Telefon berderingan disambut sambil menyiapkan key in data2 pemohon. multitasking skill yg tahap tinggi. maka kita yg sebagai pemohon jawatan ni bersangka baiklah.. itu sahaja sahaja perkongsian.
ReplyDeleteSalam En. Ammar Ridhwan Ramli, maaf bertanya, awak ada tanya pd HR FAMA tak kalau ade certain kes calon ada mslh utk melapor diri pada 15 mac ni?? hari tu saya ada call FAMA tanya psl ni, FAMA ckp so far semua calon boleh hadir utk lapor diri pd 15 Mac tu..maklumlah sy sedang bkerja dn perlu notis satu bulan...tp sy dh berbincang baik dgn tmpt keje saya utk sy meletakkan notis benti keje seminggu shj..ats sbb utk hadir lapor diri dn kursus sehingga 20 mac..dan sy dimaklumkan oleh pihak FAMA juga, pd esok harinya setelah tamat kursus tu, 21 mac isnin tu dh boleh mula naik bertugas di FAMA dah, dan penempatan unit mana sumer tu akan dimaklumkan pd hari terakhir dalam kursus tu nanti. so far, sy mmg kesuntukan masa utk mencari tempat tinggal nak menyewa di sana nnti..sy duk jauh..... huhuhuhu risaunyaa lahai :(
Deletetahniah kepada yang berjaya. kepada yang tidak berjaya seperti saya jangan putus asa dan usaha lagi. insyallah ada rezeki di lain hari.
ReplyDeleteterima kasih juga kerana sudi menjenguk blog ini terutama entry ni. tak sangka entry ni menarik perhatian anda semua. Niat di hati sekadar berkongsi pengalaman sahaja :-)
keep in touch ye semua.....sesiapa yang ada blog boleh tinggalkan link disini untuk saya follow :-)
oh, perkara tu saya xtahu pula. mereka akan confirmkan balik rasanya selepas consult pegawai bertjwb. saya ke HR FAMA pun hari tu just nak hand over sendiri beberapa maklumat lepas hari terakhir kat tempat kerja lama. yup. memang dugaan nak cari penempatan kalau dpt posting kemana2. inshaa Allah dengan teknologi skg, senang utk cari penempatan dlm online rasanya boleh jumpa banyak rumah sewa etc. bertabahlah dan banyakkan berdoa.
ReplyDeleteAssalam...tumpang tnya adakah keputusan yg keluar untuk jawatan gred E dan N sahaja? Bagaimana dengan keputusan gred W27? Saya salah seorang calon dari kedah yang mnjalani temuduga akhir bg jawatan tersebut,masih menanti dan berharap. Ada sesiapa disini yang dah Berjaya untuk gred W27? kalau ada tahniah saya ucapkan.. mungkin belum tiba rezeki saya lagi..
ReplyDeletesape2 calon wanita yg berjaya dan sedang mencari rumah sewa, sila inform kt sini eh..sy nk cari geng mnyewa skali. huhu risau kalau tmpt tinggal takde lagi, sbb lepas kursus tu esok harinya 21 mac isnin dh mula bertugas kan??? adoi bila pulak nk cari rumah bagai..hmm kesuntukan masa..jap, nk tnya kwn2, yg dpt ni semua penempatan kt HQ FAMA selayang tula kan????
ReplyDeleteBukan penempatan akan diberitahu lpas induksi tu ke ?? Takut jugak kalau dia hantar merata2..
Deletebetul tu, taw takpe..sy dh call fama, diorang kate hari last time kursus tu dia akn inform tempat mana..mcm mana kita nk standby rumah sewa kalau tmpt pon xtahu lagi? dan dgr citer dlm masa terdekat pulak tu kena mula bertugas..abis tu bila masa pulak nk get ready ngn tmpt tinggal kita nnti eh?'nk survey pon mkn masa..hm hrp dipermudahkan dan ada kwn2 yg sama2 dpt join sewa sama2 .. boleh jimat sikit :D
DeleteTERIMA KASIH BANYAK2 TUAN RUMAH EMPUNYA BLOG SBB IZINKAN KAMI BERSEMBANG KT SINI..AT LEAST TERJAWAB JUGAK SEGALA PERSOALAN..HMMM KPD YG BERJAYA DIUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS!! KPD YG TAK BERJAYA, JGN BERSEDIH , DOA BYK2 INSHAALLAH REZEKI ALLAH ITU LUAS DI LUAR SANA, PASTI ADA HIKMAH DISEBALIK YG BERLAKU :)
ReplyDeleteharap2 kami yang tak dapat ni sebagai calon simpanan la..bukan senang walaupun gred 17 je sampai 3 kali tapisan..SPA pun xmacam tu...
ReplyDeletesalam.. sy nk tanya ada tak di kalangan pelawat dalam blog ini daripada Sabah dan mendapat panggilan untuk lapor diri ke PD selain saya, jawatan pa2 je..
ReplyDeleteSuami sy pun tak dapat.. sbb mmg xde info langsung kt web fama pasal pengambilan..bile tbaca komen2 kat blog ni baru la tau pengambilan die da lame dah huhu.. smpai ati fama.. suppose diorg inform or atleast update la kat e-pengambilan tu kan..jadi org x ttunggu2..tp saya heran knp la x dapat,kalau smpai 3x gi interview.kalau da tau x dapat xyahla mtk dtg interview bagai smpai 3x kan..dtg dr jauh..blom kire amek cuti lagi semate2 nak dtg interview..sy lak yg frust hahah.. apepn xpela..bkn rzki kat situ..munkin Allah dah sediakn rzki yg lbih better utk suami sy n calon2 yg x dapat tu kan.. insha Allah.. :)
ReplyDeleteKenapa fama call saya yea tadi 0361262020
ReplyDeleteSy pn ade terima call..npe dy call awk ye?
DeleteSalam sahabat.. apa kbar.. puas cari blog akak ni semula lepas tinggalkan berbulan2 lama.. sy hirzan.. boleh pggil ezany.. sy pun baru2 ni dpt call dari hq fama.. xsilap 26/10/2016 tu ari, dua kali dia call tp sy tak angkat.. sbb sy kerja kilang time tu bising tgh reapy mesin n bising.. so sy call lah semula time rehat.. terus dia sambungkan dekat bahagian perjawatan.. dia tnya beberapa soalan untuk kemaskini status, sedang buat apa, kerja kt mana, ada pasangan tak, nk berkawen ker dlm masa terdekat ni.. sy risau la, mula fikiran tertanya2 apa yg sedang berlaku dan bakal berlaku.. korg keep intouch dkt blog ni tau.. apa2 kita boleh kongsi2 maklumat n idea.. tak pun letak jer no hp nnt aku pm n buat grop fama whatapps..
DeleteHi awk, dapat call dari fama ker ?
DeleteAssalmualaikum semua.
ReplyDeleteSy baru dapat email utk latihan bertulis di matrade 4 nov ini. Ade tips tak or ade kawan2 same macam saya? ☺
Latihan bertulis ?? Fama ker ??
DeleteSalam awak. macamana ujian tu? sy 10 nov ni. ada tips tak? terima kasih
Deletealhamdulillah dapat dah hampir setahun dah bersama fama.seronok kerja..bnyk pengalaman dapat
ReplyDeletepattern temuduga dia mcm mana?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam semua, sy dpt temuduga akhir pembantu akauntan w19. Soalan sy , apa maksud temuduga akhir ya? Lepas tu ada ujian saringan tak?
ReplyDeleteSalam mazakkir.. sy pun dpt panggilan temuduga akhir.. tahun lps, sy dapat panggilan lapor diri, kt fama, tp sy tak pergi.. sbb ada masalah sikit.. sy temuduga pembantu ehwal ekonomi.. awk org mana yer.. nnt boleh jumpa kt sana.. apa2 whtsapp sy 0132073325..
ReplyDeleteSALAM.. untuk temuduga pembantu ehwal ekonomi ni biasa dia tanya apa je? Suami saya dapat jugak iv tu.. memang semua iv dekat Fama batu caves yea?
ReplyDeletedah ada jawapan ke belum? isteri saya ada interview pembantu ehwal ekonomi pada 14.8.18 lepas di fama sarawak.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam.. akak, nak kena sediakan sijil2 semua ke? Sbb dkt email yg sy dpt, diorang tak inform bawa sijil/salinan sijil tp bila bca entry akak, akak bawa semua tu. Ke masa akak dpt email dr diorang, diorang mmg ada inform kat situ sruh bawa sijil tu semua? Sy tkut pulak t tiba2 smpai kat sna diorang mntak sijil ape semua..
ReplyDeletewak dah dpt keputusan interview haritu ker?ke baru nak g interview
DeleteHi! Saya baru dpt panggilan ujian bertulis wak, belum iv lagi 😊
DeleteAssalam, sye ade dpt panggilan ujian bertulis FAMA utk jawatan setiausaha pejabat n29. Tpi dlm email tak dinyatakan utk bawa ape2 dokumen. So mcm mne ye? Lagi stu ape contoh soalan dia tnye sbb bnyak sngat nak bca huhu
ReplyDeleteMintak2 la berjaya dlm temuduga..hrp sgt dpt bekerja dlm fama..minggu pertama rasanya dia ckp keputusan akan keluar
ReplyDeleteawak call fama ker?
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteYe sy dh call fama kelmarin, dia ckp dlm bulan 10 ni tp xtau bila mgu ke berapa
Deletethanks share information..
DeleteThanks info
DeleteSalam semua.. Wew.. Nebes jgak bila bca komen2 kat sni.. Apa pn kita sama2 doa.. Sya ada ujian brtulis 5 oct nie.. Hahaha.. Doakn..
ReplyDeletesaya 4hb ni, nervous gak mcm bnyak gila topik nak cover huhu
DeleteHahahaha.. Nanti jgn lpa kongsi.. Sbb sya lwt sehari.. X stdy lg nie.. Btw ujian kat mn?
Deleteujian bertulis untuk jawatan apa eh? by the way , ahmad muzakkir awk apply jawatan ape? and mase call FAMA tu, FAMA ade ckp tak diorg akan bgtahu via ape? email @ surat @ call @ laman web ? soooo nervous
ReplyDeleteGred 41.. Doakn awk..
Deleteamiin. inshaallah mudah2an awk berjaya. kitaorg yg pgkt @ gred rendah ni pun nebesssss allah je tau hahaha.
DeleteHaha.. Tu la.. Nebes thp dewa.. Org ckp kalau xde kabel besar, susah nk lepas.. Lbh2 lg 41.. Ikut kn hati x nk p.. Tp bila fikir balik.. Xde kabel besar dr kabel doa kat Allah... Jgn mendahului takdir.. Dpt x dpt p ja.. Mudah dipermudahkn urusan kita semua..
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete